Friday, 7 February 2014

Kenapa Saya Akhirnya Join Shaklee? - Luahan Hati

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Jom klik sini untuk tahu bagaimana hendak menjadi ahli Shaklee seperti saya.

Tetapi sebelum anda menjadi ahli Shaklee, mesti tertanya-tanya, bagaimana saya boleh terjebak dengan Shaklee ye?? atau dengan erti kata lain, bagaimana saya boleh menjadi ahli shaklee..?:) Di bawah ini adalah sebab-sebab saya sendiri.






1) Saya sendiri

- saya memula kenal shaklee adalah ketika menyusu kan anak ke-3, Luqman. Waktu tu memang tekad nak susukan Luqman sehingga 2 tahun (anak pertama dan ke-2, hanya sempat susukan 6 bulan sahaja). Namun hangat hangat tahi ayam je..makan vitamin Shaklee waktu tu macam main-main je, sekejap makan, sekejap x makan..dan tiada keyakinan pada Shaklee boleh banyakkan susu..tetapi apabila susu dah kering, baru nak nyesal..:(

so bila lahir anak ke 4 Fatimah ni, tekad betul-betul nak susukan dia..sebab dah rasa nyesal sangat-sangat bila tgk 3 org anak, dapat nyusu paling lama pun x sampai setahun..so ni nk tekad makan Shaklee secara teratur supaya dapat nyusukan dia sampai 2 tahun..Memang x dinafikan susu ibu ini rezeki Allah, sekiranya dikehendakiNya, baru la ada susu kan..tapi macamana kita nak tahu kita ni ada rezeki susu ke tidak kalau tidak berusaha untuk mendapatkan 'rezeki' tersebut?

 Ramai kawan-kawan saya (termasuk saya sendiri..hehe) mengatakan "tidak ada rezeki nak susukan ibu sehingga 2 tahun"..tapi bila diselidik balik, sebenarnya usaha tiada ke arah situ. (tak kerap pump, serta tak makan vitamin untuk membantu memperbanyakkan dan memekatkan susu). Perlu diingatkan, Shaklee hanya membantu kita memperbanyakkan susu. Tetapi yang penting, adalah perlu kerap pam. Kerana susu kita ini adalah berdasarkan supply and demand. Lagi kerap kita pam, lagi kerap susu itu akan keluar. so kali ni, nak makan Shaklee secara teratur, dah baru lah tengok samada ada rezeki ke tidak untuk susukan Fatimah sehingga 2 tahun.


2)Untuk dapat harga murah

- dulu kerap beli kat kawan-kawan. Dan bila tekad nak susukan fatimah sehingga 2 tahun, maka vitamin tu akan kerap dibeli kan..so disebabkan nak harga murah, maka saya pun join la shaklee..berbaloi-baloi..:)



3) Untuk dapat duit sampingan (side income)

- saya dah ada kerja tetap..cuma memang minat dari dulu untuk  buat bisnes.Tapi kebanyakan bisnes yang saya tengok, semuanya nak duit modal dan juga kena peruntukan masa...Tetapi bila mendengar cerita dari kawan2 saya, serta bloggers yang lain, modal hanya rm65 sahaja seumur hidup sahaja..x rugi pun kan..x perlu la nak pinjam modal dari kawan-kawan or bank la untuk buat modal..sebaliknya, bila ada orang order dan bayar, kita bayar je kat shaklee, terus bagi email customer kita tu, pihak shaklee terus hantar ke customer kita tu..walaaa..mudahkan..Memang kena dengan jiwa saya..berbisnes Shaklee sambil bersantai..and Shaklee ini seperti family bisnes..sebab bila kita attend mana coaching di rumah 'ibu' kita atau Shaklee Conference , kita boleh bawak satu family kita ke tempat itu..memang kebanyakkan ahli Shaklee adalah ibu-ibu yang terikat dengan tanggungjawab menjaga anak-anak.

lagi satu shaklee ni kena dengan jiwa saya, sebab...ianya bukan seperti MLM lain..xde konsep piramid tu..maknanya kena usaha sendiri..kalau orang bawahan kita berusaha lebih banyak daripada kita, maka dia pun boleh melangkaui kita...so kalau usaha kita dapat la naik ke atas..kalau x usaha, orang bawahan yang usaha lebih pula akan naik atas kita..so fair and square la kan..man jadda, wa jada (orang yang berusaha, pasti akan berjaya).


Pengalaman kawan saya sendiri mommylydzar, dia bekerja sambil buat shaklee..x sampai 2 tahun, dia behenti kerja kerana income yang dia perolehi hasil shaklee melebihi daripada gaji bulanan yang dia dapat..saya tertanya2 gak, banyak ke dia dapat...dan kemudiannya, ada sorang ni baru masuk kerja di tempat saya (saya seorang pengajar..:)..), dia rupanya member shaklee..saya saje korek rahsia dari dia sebab tertanya2 camne kawan saya boleh berhenti kerja dan buat shaklee ni full time (bukan dia buka cerita pun..hehe)..dan dia kata , dia pun baru masuk shaklee baru setahun. dan dia kata..alhamdulillah..bulan pertama dapat rm30++..then bila dah setahun ni, dia dah boleh maintain rm2k++ (wow..banyak tu...bagi saya kerja part time, pastu x perlukan modal, dia promote shaklee kat FB je..kat kengkawan dia sendiri, x buat blog cam saya ni pun..:), dah boleh dpt rm2k++..) bayangkan kawan saya  yang dh berhenti kerja tu..berapa agaknya income shaklee dia ye..mereka berdua sebenarnya yang memberi inspirasi kepada saya supaya menjadi member shaklee ni..pastu saya google blogger yang lain yang join shaklee ni pun, semuanya memang memberangsangkan..harap2 saya akan menjadi salah seorang daripada mereka satu hari nanti..:)


4) Tambah dan share ilmu baru 

- Bila makan vitamin shaklee ini, secara tidak lansung, saya kena amik tahu apa benefit yang saya dapat setiap satu vitamin tersebut..saya juga berpeluang mengetahui pelbagai info berkaitan dengan kesihatan, kecantikan, pemakanan etc..dan ilmu tersebut saya boleh kongsi dengan sesiapa pun tidak kira umur dan usia..kawan-kawan saya..mak saya, ayah saya, adik beradik saya, orang tua..kanak-kanak etc..Dah minat saya pada kesihatan dan kecantikan, maka dengan mudah saya belajar ilmu berkaitan serta berkongsi dengan orang lain..:)..

5) Amalan rohani
Dan yang paling saya suka sekali bila join shaklee ini adalah amalan rohani yang diajar oleh kumpulan kami. Bila saya sudah join Shaklee ini, baru saya sedar yang sebenarnya rezeki kita tak perlu dicari. Sebaliknya kita hanya perlu menjemput rezeki. Allah telah memperuntukkan setiap hambanya rezeki masing-masing, kita cuma perlu menjemput rezeki tersebut dalam hidup kita. Dalam kumpulan Shaklee kami, kami telah diajar bahawa kita perlu mengamalkan amalan rohani sebagai pelaris bisnes kita, iaitu seperti berzikir ( Ya Wahhab, Ya Latiff dan lelain), istighfar, solat Dhuha, Solat Taubat dan lelain, bagi menjemput rezeki kita. Dan bukan kan semua amalan ini mendekatkan kita kepada Allah, Pemberi Rezeki kita?? takde amalan pelaris jampi seramah bomoh-bomoh tu..hehe



Cukup la dengan 5 sebab di atas...so saya dah pun menjadi ahli shaklee...saje nak mencuba bisnes yang tak perlukan modal, bisnes yang produknya dekat di hati/hidup saya..anda bila pula..?kalau kita tak cuba, kita takkan tahu nasib kita.;).


Klik LIKE Fanpage saya Hafiza Halim untuk info dan promosi terkini dan dapatkan harga istimewa dengan diskaun hebat. Tak lupa juga hadiah percuma dan konsultasi berterusan..:)

Nak mendaftar menjadi ahli Shaklee pun sangat dialu-alukan. Yuran keahlian hanya RM65 seumur hidup..murah kan..?? Dengan menjadi ahli Shaklee, anda berpeluang menambah pendapatan sendiri. Jom sama-sama menjadi muslimah jutawan! Bila kita ada lebih, barulah boleh bagi lebih untuk pembangunan umat. InsyaAllah...Klik sini untuk mengetahui bagaimana nak join Shaklee.


Kredit To : Normelah

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...