Wednesday, 26 February 2014

Kenapa Gagal Menyusukan Bayi Sehingga 2 Tahun?

* Entry adalah berdasarkan pengalaman peribadi penulis dan tidak merujuk mana mana pakar penyusuan susu ibu atau perunding laktasi

Bila saat disahkan yang anda hamil, azam untuk menyusukan bayi anda dengan susu ibu haruslah ditanam jauh ke dalam lubuk hati. Tiada susu formula yang setanding dengan susu ibu. Namun disebabkan kurang ilmu ramai ibu ibu muda terutama yang melahirkan anak sulung gagal untuk menyusukan bayi sendiri dan terpaksa memberi susu formula pada bayi seawal minggu pertama dalam pantang.

Di sini saya senaraikan beberapa masalah dan penyelesaian untuk menjayakan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun.



1) Susu kurang / tiada.

Sering berlaku di mana ibu baru menganggap bahawa sejurus bayi dilahirkan susu akan mencurah curah keluar. Tidak ya puan puan kerana ini adalah hanya kolostrum yang terbentuk. Kolostrum tidak keluar mencurah curah. Hanya sedikit sekiranya diperah menggunakan tangan (teknik marmet) dan pada waktu ini perut bayi hanya bersaiz buah cery, sangat kecil dan kolostrum sahaja sudah cukup untuk mengenyangkannya. Satu tips ialah sentiasa menyusukan bayi anda untuk stimulasi. Lebih kerap stimulasi berlaku lebih cepat merangsang pengeluaran susu.

2) Bayi menangis kerana susu tidak cukup.

Jangan sesekali beranggapan samada menyebut atau terlintas di dalam otak anda bahawa susu tidak cukup. Susu sentiasa cukup atau berlebih lebih sesuai dengan keperluan bayi. Ibu perlu faham konsep demand & supply. Selagi ibu tidak give up dan berfikiran disamping kerap menyusukan bayi dan membuat perahan. InsyaAllah susu akan cukup. Bayi menangis bukan kerana tidak cukup susu tetapi ingin dibelai, dipeluk dan didakap oleh ibu. Sentiasa peluk dakap bayi anda supaya bayi tenang dan tak meragam.

3) Bayi tidak pandai menghisap (sucking problem)

Anda perlu check latching. Pastikan keseluruhan nipple dan aerola masuk ke dalam mulut bayi dan apabila bayi menghisap pipi montelnya akan kembang kuncup. Itu menunjukkan yang bayi latching dengan betul dan dapat menghisap dengan baik. Sekiranya bayi latching dengan baik, bayi hanya akan menyusu sekejap dan sudah kenyang kerana hasil sucking yang betul bayi menerima banyak susu dan mudah full (kenyang). Ini adalah masalah biasa bagi first time mom. Anda boleh meminta tunjuk ajar dari kaunselor laktasi hospital anda bersalin sekiranya mengalami masalah ini.

4) Plan B

Sekiranya ingin menjayakan penyusuan susu ibu, jangan sesekali anda merancang Plan B di mana Plan B selalunya telah dirancang ketika anda masih hamil. Dalam senarai penyediaan alatan atau keperluan untuk melahirkan jangan sesekali menyenaraikan botol susu dan susu jenama apa yang sesuai untuk bayi sekiranya susu ibu tidak cukup. Sekiranya 2 item di atas berada dalam senarai, sila padamkan secepat mungkin. Sentiasa positif dan katakan pada diri sendiri yang anda mampu untuk menyusukan bayi. Doa lah pada Allah SWT sentiasa dan bersungguh sungguh semoga anda diberi kesihatan dan kekuatan untuk menyusukan seawal selepas melahirkan. Didik suami, ibu atau ibu mertua yang menjaga anda semasa berpantang untuk sama sama memahami kebaikan menyusukan bayi. Sokongan mereka sangat penting untuk menjayakan penyusuan susu ibu sehingga bayi berumur 2 tahun.
 
5) Perlu atau tidak supplemen menyusu?
Bagi saya, YA! Bukan kerana saya distributor Shaklee menyebabkan saya mengatakan sebegitu tetapi kerana saya sendiri telah merasai sendiri bagaimana perbezaan ketika berpantang dan menyusukan anak pertama serta kedua dan ketiga. Badan saya yang letih tak bermaya, kurang bertenaga, asyik mengantuk ketika berpantang anak pertama menyebabkan saya mengalah pada penyusuan susu ibu seawal 2 bulan selepas melahirkannya. Kecewanya saya hanya Allah saja yang tahu. Apabila mengetahui yang saya mengandung lagi saya penuhkan ilmu di dada berkaitan penyusuan susu ibu seterusnya berpantang dan menyusukan dengan bantuan Set Berpantang dan Set Menyusu dari Shaklee. Alhamdulillah, saya tidak mengantuk tak tentu pasal dan walaupun terpaksa bangun malam berkali kali namun saya masih bertenaga dan ceria esok paginya. Alhamdulillah saya telah berjumpa dengan supplemen penyusuan yang sesuai untuk saya. Bukan saja untuk membanyakkan susu (susu sebenarnya telah sedia banyak untuk semua org) tapi untuk memberi saya tenaga luar biasa untuk menjayakan penyusuan sehingga 2 tahun. Alhamdulillah.

Bagi yang nak mencuba Set Menyusu Shaklee ini sangat sangat di alu alu kan. Panduan pengambilan dan konsultasi cara membuatkan susu lebih meriah akan disertakan. Berikan hanya yang terbail untuk si manja anda. Tanam lah azam untuk memberi khasiat susu ibu yang terbaik sehingga 2 tahun seperti yang telah disebut di dalam Al Quran. InsyaAllah, semoga Allah SWT mempermudahkan usaha anda untuk memberikan yang terbaik kepada anak anak syurga kita semua. Amin.

Kredit To : Hasliana

****************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau
Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim 

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...