Sunday, 23 February 2014

Keajaiban Solat Sunat Dhuha


Assalamualaikum. 

How's your day today? Mine is good!Alhamdulillah.....

Harini nak cerita tentang solat sunat Dhuha. Saya teringin nak berkongsi tentang keajaiban di sebalik solat sunat ni melalui pengalaman saya sendiri. Sebelum bekerja dan berhijrah ke KL, saya rasa macam susah je nak kerjakan solat sunat ni. Masa tu saya fikir mesti kena hafal ayat tertentu. Waktu tu jugak saya tak pasti apa hikmah di sebalik solat sunat ni - apa perlunya saya buat.


Semuanya berubah bila roomate saya semasa saya tinggal di rumah bujang pertama di Setapak dulu, selalu suruh saya dirikan solat sunat Dhuha bila saya mengadu bilalah nak dapat kerja yang lebih baik. Sebab waktu tu, lepas habis belajar saya bekerja di restoran makanan segera - kerja syif, kerja kasar, kadang-kadang kena balik lewat malam. Saya tak tahan. 

Roomate saya tu la yang selalu ingatkan saya supaya dirikan solat sunat Dhuha dan dalam masa yang sama jangan abaikan solat wajib. Dengan dialah saya belajar cara nak solat Dhuha. Rupanya senang sangat. Rugi saya tak rebut peluang ni dari dulu. Kita boleh buat sekurang-kurangnya 2 rakaat, tak banyak masa pun kita ambil iaitu sekitar 5-10 minit saja setiap pagi. 

Saya konsisten buat selama beberapa minggu dan Alhamdulillah selepas tu Allah lapangkan rezeki saya dan saya dapat kerja di sebuah bank. Pada saya, kerja yang saya dapat tu dah cukup baik. Pada waktu tu jarang ada syarikat besar yang sudi ambil fresh graduate macam saya. Ya Allah, besarnya kuasa Dia. Jauh saya merantau dari Kedah ke KL, akhirnya Dia bagi saya peluang macam tu. 

Selepas tu saya terfikir, kenapa sebelum ni rezeki tak datang-datang? Rupa-rupanya, saya tak tahu cara yang betul untuk mintak dengan Allah dan kadang-kadang tak pernah mintak (tak doa secara spesifik). Allah akan bagi kalau kita mintak. Sayangnya kita tak mintak. Doa pun ala kadar saja. 

Sejak menceburkan diri dalam perniagaan ni, memang lebih banyak keajaiban yang saya dapat rasa. Ada sekali tu saya buntu sangat. 3-4 hari dah tak ada customer. Selalunya saya buat 2 rakaat saja tapi hari tu saya buat 4 raakat. Alhamdulillah, habis saja saya baca Doa Dhuha, ada orang Whatsapp saya. Saya dapat 2 order daripada 2 orang yang berbeza.

Roomate yang ajarkan saya dirikan solat sunat Dhuha ni pun dah banyak sangat perkara baik yang berlaku pada dia. Rezeki dia memang lapang sangat. Year after year saya tengok rezeki dia datang berganda-ganda dalam pelbagai bentuk - pekerjaan, bisnes, pembelajaran, rezeki umrah dan jodoh. 

Jomlah rebut peluang ni. Doalah apa saja dan betulkan niat. Jangan pulak kita utamakan solat sunat Dhuha tapi yang wajib kita abaikan. Usaha pun perlu seiring tau kalau nak Allah bagi rezeki. Yang penting jangan putus asa. Allah Maha Pemurah. Selalulah bergantung dan mintak dengan Dia. 
Berikut adalah cara-cara mengerjakan Solat Dhuha :



Dan berikut saya tinggalkan Doa Dhuha untuk pembaca semua:
Kalau ada masa, jangan lupa dirikan yer. 
Rasalah pengalaman pertama. 
Kemudian teruskan. 
Allah suka pada amalan yang sikit tapi berterusan. 

Wallahualam. 
Kredit To : Ryha Feyzal

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...