Masalah Haid | Kini Ada Penyelesaiannya | Setiap kaum Hawa pasti akan
mengalami haid bermula dari alam remaja hingga ke alam dewasa. Bagi mereka yang
mengalaminya secara normal pasti rasa bersyukur sesangat kerana tidak mengalami
masalah yang sering dialami oleh kaum hawa yang lain.
Pembekal untuk Set Penyusuan, Set Bersalin, Set 3M, Set Kesuburan, Set Perlangsingan, Set Resdung & Alahan, Set Jantung Sihat, Set Sakit Sendi, Set Kesihatan Wanita, Set Pelajar dll... Mari bersama menyertai group perniagaan SHAKLEE ini...
Showing posts with label Set Senggugut. Show all posts
Showing posts with label Set Senggugut. Show all posts
Monday, 4 August 2014
Saturday, 22 February 2014
Senggugut Oh Senggugut...Please Go Away!
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Masa di asrama sekolah dulu kan, selalu tengok kawan-kawan terjelepok
atas katil bila datang bulan. Ada yang sakit biasa-biasa dan ada juga
yang kena senggugut serius. Masa tu biasanya saya nasihatkan mereka ni
letak minyak angin pada perut. Yang mana sakit secara ekstrim, Ahli Biro
Kebajikan asrama akan bagi Panadol. Ada yang boleh lega selepas tu, ada
yang masih sakit.
Menurut sumber dari Wikipedia, antara simptom senggugut termasuklah:
- Perut kembong
- Kejang perut
- Payu dara bengkak atau sensitif
- Ketegangan atau bimbang (anxiety)
- Masalah tidur (insomnia)
- Sakit sendi atau otot
- Pening kepala
- Lesu
- Jerawat
- Hayunan perasaan (Mood swings)
- Peningkatan masaalah kulit sediaada, dan pernafasan (contoh, alahan, jangkitan) atau masaalah mata (gangguan bulbar, conjunctivitis)
Monday, 10 February 2014
Senggugut ~ Cara Moden & Tradisi Tak OK, Amik Shaklee Mujarab!
Pagi2 memang
rezeki senang masuk. Maka itu, Erna yg juga rakan biz Shaklee saya ni
suruh kami kongsikan testimoni penggunanya yg mengamalkan Vitamin2
Shaklee untuk melegakan senggugut yg dah bertahun2 dideritainya. Memang
derita ye kalau senggugut... siapa yg mengalami je tau.
Jom baca ni:
Thursday, 6 February 2014
Wanita Dan Haid
Haid adalah suatu keadaan fisiologi yang tetap dan teratur. Ia dialami oleh wanita yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya untuk mengandung. Semasa kedatangan haid, seseorang wanita akan kehilangan darah.

Fungsi kitaran haid ialah menghasilkan telur (ovum) yang matang daripada ovari dan menyediakan lapisan dalam rahim untuk implantasi embrio. Jika tidak berlaku persenyawaan, telur akan mengalami degenerasi dan dibuang bersama bahan-bahan lain yang keluar daripada tubuh wanita melalui saluran vagina.
Proses haid akan
membuang keluar darah, mukus/lendiran dan sel-sel yang sudah mati.
Proses ini berlaku dalam tempoh yang agak tetap daripada masa akil
baligh sehinggalah menopaus (putus haid) kecuali semasa mengandung dan
penyusuan.
Proses haid bermula daripada umur 12 atau 13 tahun tetapi kadangkala seawal umur 10 tahun dan selewat-lewatnya 16 tahun. Permulaan haid banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan status nutrisi serta pemakanan. Putus haid berlaku pada purata umur 47 tahun (julat umur antara 45 hingga 55 tahun).
Purata tempoh kitaran haid bagi wanita yang normal ialah 28 hari. Hari pertama haid dianggap sebagai hari pertama bagi setiap kitaran baru. Setiap kitaran bagi seorang wanita yang normal dan sihat ialah di antara 20 hingga 45 hari. Purata kitaran haid di kalangan gadis ialah 6.6 hari manakala pada umur 21 tahun, purata tempoh haid menjadi enam hari sehinggalah mencapai tahap putus haid. Jumlah purata darah dan tisu yang hilang semasa kedatangan haid ialah 70 ml.
Proses haid bermula daripada umur 12 atau 13 tahun tetapi kadangkala seawal umur 10 tahun dan selewat-lewatnya 16 tahun. Permulaan haid banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan status nutrisi serta pemakanan. Putus haid berlaku pada purata umur 47 tahun (julat umur antara 45 hingga 55 tahun).
Purata tempoh kitaran haid bagi wanita yang normal ialah 28 hari. Hari pertama haid dianggap sebagai hari pertama bagi setiap kitaran baru. Setiap kitaran bagi seorang wanita yang normal dan sihat ialah di antara 20 hingga 45 hari. Purata kitaran haid di kalangan gadis ialah 6.6 hari manakala pada umur 21 tahun, purata tempoh haid menjadi enam hari sehinggalah mencapai tahap putus haid. Jumlah purata darah dan tisu yang hilang semasa kedatangan haid ialah 70 ml.
Kitaran Haid
Sesetengah wanita
akan mengalami simtom atau gejala yang tidak selesa dalam tempoh haid
tersebut. Di dalam tempoh tersebut wanita akan mengalami masalah seperti
sakit kepala, pengumpulan cecair, ketegangan payu dara, mudah meradang,
keresahan, sakit tulang belakang, kesakitan dan kekejangan pada
bahagian abdomen serta tekanan perasaan.
Abnormal semasa haid dan cara mengatasi
Tidak semua wanita
yang akan mengalami kedatangan haid tanpa masalah. Adalah dianggarkan
seramai 10 peratus wanita mempunyai masalah sakit puan yang kronik.
Sesetengah wanita mempunyai masalah seperti berikut:
1. Dismenorea
Merupakan satu
keadaan di mana wanita mengalami kesakitan dan kekejangan yang teruk
semasa haid. Dianggarkan sebanyak 50% wanita mengalami masalah ini
dengan gejala kekejangan yang berlaku pada awal kedatangan haid dan
hilang selepas satu hingga dua hari tanpa menjejaskan aktiviti harian.
Sebanyak 10% wanita dikatakan mengalami sakit kekejangan yang teruk pada
bahagian bawah abdomen dan kerap kali disertai gejala sistematik
seperti mual, muntah, cirit-birit, sakit kepala dan kepeningan. Ia juga
kerap berlaku di awal tempoh haid. Masalah dismenorea boleh dikelaskan
kepada primer atau skunder. Dismenorea primer berlaku kerana pengecutan
otot rahim dan akan disebabkan oleh masalah penyakit tertentu.
Sebaliknya, dismenorea sekunder berlaku disebabkan masalah tertentu
seperti endometriosis, fibroids (ketumbuhan otot-otot pada bahagian
rahim) atau penyakit inflamasi pelvik.
Sebelum menyarankan
kaedah rawatan, ahli farmasi atau doktor harus mengenalpasti masa
bermulanya sakit berhubung dengan haid tersebut. Sakit akibat dismenorea
primer berlaku sebelum atau semasa dua hari pertama haid. Jika
kesakitan berlanjutan dan menjadi lebih teruk, ia mungkin diakibatkan
oleh masalah yang serius dan perlu dirujuk kepada doktor pakar.
2. Menoragia
Merupakan
pendarahah yang banyak semasa haid. Ini berlaku pada sembilan peratus
hingga 14% wanita dan boleh mengakibatkan beberapa masalah. Pembekuan
darah biasa berlaku semasa pendarahan yang banyak tetapi ia tidak
merbahaya. Wanita perlu berjumpa doktor jika pendarahan berlaku di
antara tempoh haid atau semasa mengandung.
3. Amenorea
Merupakan masalah
tidak datang haid (primer) atau kurang alami haid (sekunder). Sesetengah
wanita tidak datang haid melebihi tempoh tiga bulan. Amenorea primer
selalunya dikaitkan dengan kegagalan berlaku haid sebelum 18 tahun dan
dikaitkan dengan disfungsi kromosomal, pituitari atau ovarian. Pesakit
yang mengalami amenorea primer dan sekunder perlu dirujuk kepada doktor.
Amenorea sekunder biasanya disebabkan oleh mengandung, penyusuan,
menopaus dan pemberhentian pil kontraseptik. Sebab-sebab lain ialah
gangguan bahagian hipotalamus (bahagian otak), kelenjara pituitari,
kelenjar adrenal, ovari dan uterus.
4. Pendarahan dan kesakitan semasa tempoh antara haid
Berlaku di
pertengahan kitar haid dan boleh berlaku selama beberapa jam sehingga
beberapa hari. Kesakitan ini boleh disertai dengan pendarahan. Terdapat
hubungan di antara kesakitan interhaid, pendarahan dan ovulasi. Ramai
wanita yang mengalami pendarahan dan kesakitan yang singkat di antara
kitaran haid. Ketidakselesaan ini biasanya disebabkan oleh ovulasi. Jika
masalah in berlanjutan dan menjadi teruk (melebihi dua hari), wanita
tersebut perlu dirujuk kepada doktor.
5. Sindrom prahaid
Ramai wanita yang
mengalami gejala berulang-ulang yang kompleks. Ini dikenali sebagai
Sindrom Prahaid. Biasanya gejala ini membabitkan rasa mual selama dua
atau tiga hari sebelum kedatangan haid atau di akhir-ahir tempoh haid.
Ia disebabkan oleh naik turun paras hormon. Di antara gejala yang sering dialami ialah:
Psikologikal – emosi menjadi terlalu sensitif, meradang, lesu, tertekan, keresahan dan gangguan tidur.
Neurologik – sakit kepala (migrain), pening, pitam, sawan
Payu dara – ketegangan, bengkak
Saluran gastrousus – sembelit, kembung perut, kekejangan pada bahagian abdomen, ketagihan gula-gula
Kaki dan tangan – bengkak dan berair (edema)
Kurang kencing
Kulit berjerawat
Kaedah rawatan
Jenis dan keberkesanan rawatan bagi masalah di atas bergantung kepada kumpulan gejala atau simtom yang dialami oleh wanita:
Sakit – kekejangan otot, sakit kepala, sakit payu dara, sakit belakang dan lesu.
Pengumpulan cecair – kenaikan berat badan, masalah kulit, sakit payu dara dan pembengkakan.
Kesan psikologi – sedih, kesepian, keresahan, tidak selesa, mudah meradang, murung, tertekan.
Ubat-ubat yang
ingin dipreskripsi haruslah bergantung kepada kumpulan gejala di atas
serta mengenalpasti tahap gangguan haid yang telah diterangkan seperti
di atas.
Di antara ubat dan kaedah rawatan yang boleh digunakan ialah:
- Ubat penahan atau menghilangkan rasa sakit
- Pil kontraseptif
- Progesteron dalam bentuk sintetik
- Analog GnRH (suntikan agen hormon) Mengurangkan paras hormon estrogen
- Kaedah tanpa drug seperti cara pemakanan yang sihat, senaman, teknik mengurangkan tekanan, kebersihan (penggunaan tuala wanita) dan sokongan sosial.
*******************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini , saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.
H/P: 019-3131 395 atau
Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim
Subscribe to:
Posts (Atom)