Tuesday, 10 June 2014

Pembentukan Awan Misteri - Urusan Solat Jenazah & Pengkebumian

Pembentukan Awan Misteri | Urusan Solat Jenazah & Pengkebumian | Lanjutan dari entry pagi tadi.. suami sempat bergegas ke masjid negeri Shah Alam untuk menunaikan solat jenazah pagi tadi. Menurut beliau, apabila tiba di masjid, cuaca adalah mendung dan hujan mula turun dengan renyai-renyai. Perkarangan masjid negeri tersebut telah di penuhi dengan lautan kereta jemaah yang hadir yang kebanyakannya adalah pekerja yang mengambil "time-off" untuk melunaskan penghormatan terakhir kepada Al-Fadhil Ustaz yang dihormati.


Lautan Manusia | Imam | Masjid Negeri Shah Alam | Shaklee | Sg. Buloh

Seperti yang dijadualkan, solat jenazah telah dimulakan pada jam 9.30 pagi. Selesai dari solat sunat tersebut, jemaah telah berpusu-pusu ke hadapan untuk melihat jenazah dengan lebih dekat.



Lautan Manusia | Imam | Masjid Negeri Shah Alam | Shaklee | Sg. Buloh
Lautan Manusia | Imam | Masjid Negeri Shah Alam | Shaklee | Sg. Buloh


Kemudian, jenazah diusung keluar dari masjid tempat beliau bertugas buat kali terakhir sambil diiringi dengan Salawt Nabi yang dikumandangkan oleh ahli jawatankuasa masjid yang bertugas. Kemudian AJK mengumumkan bahawa jenazah akan di bawa ke kampung halaman Ustaz di Batang Kali untuk dikebumikan.

Sewaktu jenazah dibawa keluar dari perkarangan masjid menggunakan Van Jenazah, fenomena di bawah telah dirakam oleh jemaah yang hadir. (Sumber dari saudara terdekat Allahyarham).

Fenomena Awan | Kebesaran Allah | Imam | Masjid Negeri | Shaklee | Sg. Buloh




Fenomena Awan | Kebesaran Allah | Imam | Masjid Negeri | Shaklee | Sg. Buloh


 Tafsiran?? Wallahua'lam....

Yang pasti, Allahyarham telah banyak berjasa kepada rakyat negeri Selangor. Moga segala ilmu yang dicurahkan ketika memberi kuliah dan ceramah di seluruh pelusuk negeri menjadi bekalan yang berguna untuk arwah. 

Setelah selesai menjalankan tugas di dunia, kini rahmat dan kebahagian menanti... Insya-Allah... Amin...

2 comments:

  1. Ya Allah,gerun pula ena tengok awan macam tu. Apapun, semoga Arwah di tempatkan dalam golongan orang orang yang beriman

    ReplyDelete
  2. semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh...

    ReplyDelete

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...