Showing posts with label Keluargaku. Show all posts
Showing posts with label Keluargaku. Show all posts

Monday, 21 July 2014

Teruja Sesangat!!! - Persiapan Raya & Balik Raya

Teruja Sesangat!!! |Persiapan Raya | Balik Raya | Pasti ramai di antara yang teruja untuk menyambut raya kan? Saya pun sama sebenarnya lebih-lebih lagi raya tahun ni saya dah dapat partner gegirl. Kalau raya sebelum ni, saya seorang je gegirl dalam family... Alhamdulillah pada kali ni Delisha akan jadi geng dengan Mama dia. :)

Hari Raya | Balik Kampung | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa

Thursday, 17 July 2014

Pengasuh vs Nurseri - Dilema Ibu Bapa Berkerjaya

Pengasuh vs Nurseri | Dilema Ibu Bapa Berkerjaya | Bukan mudah untuk mencari pengasuh yang baik dan sesuai untuk anak. Inilah realiti yang harus dihadapi oleh semua ibu bapa yang berkerjaya. Ramai juga yang mengorbankan kerjaya demi menjaga anak-anak tercinta.


Pengasuh | Nurseri | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa
Pic Adik Beradik Sempena Birthday Dhahir - 4 Tahun

Monday, 30 June 2014

Shopping Raya - Cantik Murah Dan Berkualiti

Shopping Raya | Cantik | Murah | Berkualiti | 2 minggu lepas saya sekeluarga telah singgah ke Komplek PKNS, Shah Alam. Hampir setiap tahun kami shopping raya disini… tapi kali ni tidak? Kenapa? 

Shopping Raya | Murah | Berkualiti | Shaklee | Sg. Buloh | Setiawangsa
Berposing Dengan Pilihan Baju Raya Yang Ada

Wednesday, 25 June 2014

Didikan Awal - Puasa Vs Solat

Didikan Awal | Puasa Vs Solat | Sejuk hati saya apabila melihat 4 hero saya ini mengerjakan solat berjemaah bersama Papa nya. Cuba lihat si kecik Abang bongsu tu, siap pakai kain pelikat lagi... Menurut Papanya, Daris tu sendiri yang minta untuk dipakaikan kain pelikat agar dapat meniru Papa nya... :)


Ibadah Puasa | Anak | Ustaz Hassan Din | Shaklee | Sg. Buloh | Setiawangsa


Friday, 6 June 2014

Ini Kisah Anak-Anakku - Dhahir Dan Daris

Ini Kisah Anak-Anakku | Dhahir Dan Daris

Dhahir (3 Tahun 10 Bulan)
Dulu bukan main susah nak makan....bila di ajak makan banyak je alasan yang di beri... sakit perut lah... pening pala lah... kenyanglah... Hi.. Hi... Hi...

Sekarang lain plak yang terjadi... Selepas Mama nya bagi makan Meal Shake, rajin plak dia minta makan...
Hari-hari akan keluar dialog yang sama... "Mama tak masak ke.... Mama masakla... Dhahir lapar ni... Nak makan... "Erm... Mama pun masakla apa yg ada...... Hi... Hi... Hi... :)

  

Triple Celebration - 28 May 2014

Assalamaualaikum dan Salam Sejahtera..

Dah lebih seminggu blog ni tak di update. Bukan kerana takde cerita yang boleh dikongsi tetapi kerana tiada masa yang terluang untuk mengadap laptop untuk mengupdate blog.

Hari ini saya menggagahkan diri untuk berkongsi pencapaian yang saya perolehi sempena sambutan hari guru peringkat daerah Kuala Selangor minggu lepas iaitu pada 28 Mei 2014. Pada asalnya niat hati hanyalah untuk mewakili sekolah untuk menghadiri sambutan hari guru tersebut sahaja. Tak sangka plak, sehari sebelum majlis sambutan tersebut, saya di beritahu yang sekolah saya - telah terpilih memenangi kategori pencapaian Bahasa Arab terbaik untuk Peperiksaan Sijil Rendah Agama (untuk tahun kedua berturut-turut) dan saya pula terpilih sebagai Guru Bahasa Arab Terbaik untuk daerah Kuala Selangor. Alhamdulillah... 

Monday, 5 May 2014

Perahan Susu Yang Ohsem!!! Susu Banyak Dalam Waktu Yang Singkat

Perahan susu yang ohsem dan banyak pasti menjadi impian bagi semua Ibu di luar sana. Lebih-lebih lagi bagi Ibu yang bekerjaya pasti ingin mengumpul susu dengan banyak dalam waktu yang singkat.

Berikut adalah pengalaman saya sendiri yang ingin dikongsikan dengan semua pembaca...

Sunday, 9 February 2014

Pengedar Shaklee | Kawasan Sungai Buloh | Kawasan Setiawangsa Dan Kawasan Sekitar


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Shaklee | Sg. Buloh | Setiawangsa


Untuk pengetahuan semua, saya dan suami telah mendaftarkan diri secara rasmi sebagai ahli berdaftar Shaklee pada hujung September 2013 dengan No. ID - 911790

Shaklee | Sg. Buloh | Setiawangsa

Kini saya dan suami bersama dalam menumpukan untuk menjual produk Shaklee yang hebat ini di kawasan Sungai Buloh, Rawang, Subang, Damansara, Kepong, Shah Alam dan Klang dengan cara BY HAND

Thursday, 9 January 2014

Selamat Tahun Baru 2014...

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...



Alhamdulillah... Pada 3 hari yang lepas telah genap sebulan saya melahirkan puteri sulong kami yang lahir pada 6 December 2013 di Hospital KPJ-SMC Shah Alam..

 


Puteri kami sekarang ini bertambah sihat dan mbam sekarang... :)



Ribuan Terima kasih di ucapkan kepada penyumbang-penyumbang hadiah. Semoga Allah melimpahi rahmat dan rezeki yang berkat kepada anda semua...

   
 
                 Hadiah Yang Di Balut                            Setelah Di Buka Pembalutnya

Walaupun penat melayan keletah 4 orang Abang-Abang nya yg begitu excited dengan kelahiran baby gegurl ini, tapi ianya merupakan cabaran seorang ibu dalam membesarkan anak-anaknya...


Minta maaf sebab lambat untu mengupdate citer puteri yang ditunggu-tunggu kami ini di dalam blog... Hanya update dalam group Wassup dan FB je... Hi.. Hi...Hi...

Untuk makluman semua, kami telah namakan puteri kami ini dengan nama Nur Dayini Delisha yang membawa makna : Cahaya yang Patuh, Yang Gembira dan Menggembirakan Orang Lain. Semoga Puteri kami ini mempunyai ciri-ciri nama tersebut... Insya-Allah... Amin...


Tapi percaya atau tidak, anak-anak saya semuanya membawa sifat seperti makna nama-nama mereka. Sebagai contoh, anak yang sulong tu ialah Darwish - warak (Sudah Pandai Membaca Al-Quran Dari Umur 6 tahun), Dhamir - Permata Hati (Paling Manja), Dhahir - Lembah Yang Tenang (Keletahnya Paling Menghiburkan) dan Daris - Pelajar (Suka Tiru Terutamanya Apa Yang Papa dan Mama Dia Buat)... So, kepada semua pembaca disarankan agar memilih nama yang baik untuk anak-anak kita... 

Untuk pertama kalinya juga, saya berpantang dengan produk Shaklee .. Dan untuk puteri tersayang, saya amalkan set untuk menambah tenaga dan melebatkan susu badan ... Setakat ini, Mama dan puteri tersayang berada dalam keadaan sihat walafiat... Alhamdulillah...

Dalam tempoh berpantang ini juga lah... Suami tersayang rajin memasak untuk isteri yang berpantang ini... Walaupun suami selalu memasak mengikut resepi di internet (Detail Di Sini) tapi menu yang di masak tersebut menjadi dan anak-anak selalu memuji masakan Papanya... Ha.. Ha.. Ha..


Kalau dulu memang berpantang di kampung, tapi kini apabila Darwish dan Dhamir sudah memasuki alam persekolahan dan juga keaadan Mak yang baru terkena serangan stroke, maka suami lah tempat bergantung untuk menguruskan isteri dan anak-anak...

Alhamdulillah sekarang Mak sudah beransur sihat. Terapi dan ubat Shaklee - Vivix yang diambil telah mula menampakkan kesan positif. Sekarang Mak sudah boleh berjalan sendiri dengan berpaut pada kerusi dan juga sudah boleh menggenggam bola.



Suami pula sebenarnya baru kehilangan Papa Tercinta yang telah mengadap Ilahi pada hari Jumaat, 18 Oktober 2013 jam 1.50 petang. Ketika itu semua anak-anak lelaki beliau tengah mengerjakan solat Jumaat. Hanya Ibu dan adik perempuan sahaja bersama Papa ketika akhir nafas nya... Al-Fatihah untuk Papa...


Saya dan keluarga kena tabah menghadapi dugaan ini...

Kerana Allah lah yang telah  mengurniakan Puteri Sulong kepada kami...
Allah jua yang menjemput Papa kembali ke pangkuannya....
Allah jua yang menguji Mak dengan penyakit stroke...

Innalillah Wa Inna Lillahi Rajiun...
Daripada Allah Kita Datang... Dan Kepadanya Jua lah Kita Di Kembalikan....

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...