Thursday, 17 July 2014

Pengasuh vs Nurseri - Dilema Ibu Bapa Berkerjaya

Pengasuh vs Nurseri | Dilema Ibu Bapa Berkerjaya | Bukan mudah untuk mencari pengasuh yang baik dan sesuai untuk anak. Inilah realiti yang harus dihadapi oleh semua ibu bapa yang berkerjaya. Ramai juga yang mengorbankan kerjaya demi menjaga anak-anak tercinta.


Pengasuh | Nurseri | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa
Pic Adik Beradik Sempena Birthday Dhahir - 4 Tahun


Saya sendiri pernah menghadapi masalah ini. Selepas kahwin dahulu kami menetap di Shah Alam. Alhamdulillah ketika itu 2 orang anak saya, Darwish & Dhamir saya hantar ke rumah Kak Raihan di Sekseyen 19, Shah Alam. Ni pun atas rekomen kawan saya yang juga menjaga hantar anaknya pada beliau. Layanan yang diberi memang tip top. Anak sentiasa gembira dan wangi bila di bawa pulang. :)

Kemudian pada tahun 2010, kami berhijrah ke Sungai Buloh. Pada mulanya anak-anak masih dihantar ke Shah Alam kerana saya masih mengajar disana. Tetapi akibat kesesakan jalan raya (dengan anak-anak kecik dibawa sama) yang harus ditempuh setiap kali balik dari sekolah (Shah Alam - Sungai Buloh) membuatkan suami menyarankan saya bertukar sekolah segera.

Alhamdulillah, awal Januari 2011, saya dapat bertukar ke sekolah yang hanya mengambil masa 5 minit perjalanan dari rumah. Tetapi masalah lain pula timbul - tiada pengasuh untuk anak-anak. Puas kami bertanyakan kawan-kawan dan kenalan samada terdapat jiran yang boleh menjadi pengasuh tetapi gagal. Ada yang menolak disebabkan dah ramai jaga budak dan ada yang kami reject disebabkan keadaan persekitaran rumah yang kurang sesuai untuk anak-anak

Oleh kerana masa yang suntuk dan sessi persekolahan pun nak bermula, suami telah dapat hubungi seorang pengusaha nurseri yang iklannya ada terpampang di pasaraya di taman perumahan kami. Pada mulanya nampak ok tapi bila Darwish bercerita yang dia sendiri kena jaga adik-adik disamping menjaga adik yang dalam buaian, hati kami sedih dan pilu. Rupanya nurseri tu hanya mempunyai seorang pengusaha dan seorang pembantu untuk menjaga >10 orang kanak-kanak. Di tambah pula nurseri tu menjadi transit kepada budak-budak sekolah kebangsaan telah menjadikan nurseri itu amat padat. Setelah seminggu, saya dan suami bertekad untuk mengeluarkan segera anak-anak kami dari nurseri itu.

 Antara Kes-Kes Yang Pernah Menggemparkan Negara

Alhamdulillah, dalam tempoh 2 hari (during wekend) tu kami di recommend untuk berjumpa dengan Kak Zai. Seorang yang amat penyayang dan amat peramah. Keadaan dalam rumah pun kemas, tersusun dan bersih. Anak-anak saya pula didapati terus mesra bila pertama kali jumpa beliau. Syukur sesangat.. Allah telah memudahkan urusan kami..

Begitulah sedikit pengalaman saya tentang isu pengasuh untuk anak-anak ni. Kesimpulannya, kita sendiri kena lihat individu yang ingin menjaga anak-anak kita tu. Buat spot check selalu dan rajin bertanya pada anak yang dah pandai bercakap tentang apa yang berlaku di rumah pengasuh setiap hari. Bukan nak mengorek rahsia tapi sekadar memastikan kebajikan dan keselamatan anak terbela.

Pengasuh | Nurseri | Ibu Bapa | Bekerjaya | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa
 Jangan Perkara Ini Berlaku Pada Anak-Anak Kita

Entry ini ditulis selepas tersentuh membaca luahan hati Pn. Nurul Lizah yang kecewa dengan perkhidmatan nursery untuk anak beliau. Klik Sini untuk detail.

Insya-Allah, jika keadaan mengizinkan saya bercadang untuk berhenti kerja dan menjaga anak-anak dirumah. Suami sudah mengizinkan tetapi hanya bila bisnes kami sudah semakin berjaya kelak. Jika pembaca mempunya impian yang sama, boleh PM saya untuk bimbingan dan maklumat lanjut.

Wallhua'lam..

7 comments:

  1. mmg pn tp apekan daya suami sy xmampu nk tampung keperluan kalo dia sorg bekerja huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul... Kita keje pun nak bantu suami kt mana yang patut... Sambil tu try bisnes online dgn azam nak jadi WAHM satu hari nanti... :)

      Delete
  2. Assalammualaikum... hafizah,

    kes nursery nie tak pernah ada kesudahan.. nursery mempunyai bilangan anak2 yang perlu dijaga terlalu ramai.. inilah dilema ibu bapa yang bekerjaya.. nak berhenti keje sayang pulak kan.. serba salah.

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...
      Terima kasih diatas komen yang diberi... Sekadar berkongsi pengalaman saya.. Moga ianya memberi manfaat...

      Delete
  3. semoga bisnes akak maju cepat2 ye.. saya ni tak taulah nnt ada anak camne... susah jugak, bayak dah dengar kes pengasuh pukul/cubit budak...seriau jugak lah

    ReplyDelete
  4. tak sanggup tengok kekejaman manusia yang tidak berhati perut.... namun itu semua peringatan dan sentiasalah berdoa agar anak-anak kita dijauhkan dari segala kezaliman dan kejahatan ...

    ReplyDelete
  5. sedihnya :(... saya pun ibu berkerja.. tapi bernasib baik sebab anak-anak saya makcik saya yang jaga. Mudahan anak kita akan sentiasa dilindungi allah

    ReplyDelete

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...