Thursday 27 February 2014

Cara Makan Vitamin Shaklee Yang Wajib Di Ketahui

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Apa yang saya pelajari setelah melibatkan diri selama setahun dalam Shaklee ialah tentang kepentingan mengambil vitamin dengan cara yang betul. Setiap pengedar Shaklee akan memberi jadual pengambilan vitamin mengikut kesesuaian customer tersebut. Sementelah pula setiap orang tidak mengambil vitamin yang sama, tidak mempunyai tahap kesihatan yang sama dan lain-lain lagi.

Ada yang susah nak makan vitamin pada waktu kerja. Jadi boleh ambil pada waktu pagi atau malam sahaja, ketika berada di rumah. Ada pula yang rasa mengantuk jika mengambil B Kompleks pada waktu pagi, maka disarankan pengambilan selepas makan tengah hari (lunch). Ada juga yang suka ambil semua serentak, sebab takut lupa. Semua boleh dan ianya fleksibel. Cuma ada beberapa 'basic rules' tentang ini. Di sini dikongsikan cara makan vitamin Shaklee yang wajib diketahui.





SELEPAS SARAPAN

Vitamin yang disarankan diambil pada waktu pagi ialah vitamin yang berfungsi untuk membekal tenaga iaitu :
Vita-Lea
B-Complex
Vitamin C
ESP / Cinch / Meal Shakes



SELEPAS MAKAN TENGAH HARI 

Kebiasaannya kita akan mengambil makanan berat pada waktu ini iaitu nasi dan lauk-pauk. Jadi pengambilan makanan yang berminyak akan membantu penyerapan vitamin larut lemak iaitu Vitamin A, D, E dan K. Sangat sesuai diambil :
Lecithin
OmegaGuard
Vita-E Complex

GLA Complex (GLA tidak digalakkan diambil bersama vitamin E. Jika ambil kedua-duanya, ambil GLA selepas makan tengah hari dan Vitamin E selepas makan malam atau sebaliknya) 

SELEPAS MAKAN MALAM 

Lecithin
Alfalfa Complex
OmegaGuard

SEBELUM TIDUR


Ostematrix
ESP (Terutama untuk ibu menyusu)
Herblax (2 kali seminggu sahaja)

Tambahan:
1. Nutriferon - seminggu satu sachet sahaja kecuali ketika rasa nak demam atau demam, boleh diambil setiap hari. 
2. Vivix - selepas makan

PENTING!! 

  • Vitalea tidak boleh diambil Ostematrix atau susu
  • Vitamin E tidak boleh diambil bersama Alfalfa
  • Pastikan pengambilan air masak mencukupi (2 hingga 3 liter)
* Tidak semua vitamin disenaraikan di sini. Untuk jadual yang lengkap sila hubungi saya segera. 


****************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau
Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim 

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...