Friday, 21 February 2014

Guru Sekolah Pondok Meninggal Dunia Ketika Solat Jemaah Di Masjid Beijing Kelantan

MENINGGAL dunia sewaktu sedang solat adalah antara cara kematian yang mungkin diimpikan oleh ramai orang.

Itulah yang terjadi di Masjid Beijing, Rantau Panjang, Kelantan apabila seorang guru pondok yang dikenali sebagai Mahama Jehma menghembuskan nafas terakhirnya sewaktu sedang menunaikan solat berjemaah.

Berusia 50 tahun, beliau yang mengajar di Sekolah Pondok Gupong, Weng, Thailand ketika itu dikatakan dalam keadaan Qiam (berdiri betul) pada rakaat pertama.

Keadaannya yang dijemput Ilahi sewaktu sedang beribadah itu ternyata menimbulkan rasa terharu di hati orang ramai.

Apa pun, takziah kami ucapkan dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin…

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...