Thursday, 27 February 2014

Sukar Tidur Malam Ketika Hamil


Assalamualaikum. & Salam Sejahtera..

Masalah tidur semasa hamil adalah perkara biasa. Dalam trimester pertama, anda mungkin terkejut betapa kerap anda rasa ingin tidur.








Mengapakah tiba-tiba saya rasa hendak tidur?

Pada awal kehamilan, anda mula merasa sangat mengantuk pada waktu siang. Tahap hormon progesteron yang tinggi dalam badan menyebabkan anda rasa mengantuk secara tiba-tiba.

Progesteron boleh membuatkan kehidupan seharian di tempat kerja terasa seperti begitu memenatkan, seolah-olah anda sedang berlari dalam acara marathon. Anda juga mungkin rasa begitu letih sehingga anda menyangka anda hendak terkena demam selesema. Keadaan anda yang keletihan ini juga boleh membuatkan loya dan muntah-muntah yang berlaku pada awal kehamilan menjadi lebih teruk.

Malangnya, progesteron juga boleh mengganggu tidur anda pada waktu malam dan menyebabkan anda rasa lebih letih pada waktu siang. Apa yang anda boleh lakukan ialah berehat sebanyak mungkin dan tidur sebentar bila-bila anda boleh.



Mengapakah sukar bagi saya untuk tidur dengan selesa semasa hamil?

Payudara anda yang membengkak mungkin membuatkan sukar bagi anda mendapatkan posisi tidur yang selesa, terutamanya jika anda biasa tidur meniarap.

Trimester pertama merupakan waktu yang terbaik untuk melatih diri anda tidur mengiring. Posisi ini dapat memperbaiki aliran darah dan nutrien kepada bayi dan uterus (rahim) anda. Berbaring dalam posisi ini juga membantu buah pinggang anda mengkumuhkan bahan buangan dan cecair. Lebih cepat anda membiasakan diri tidur mengiring, lebih mudah untuk anda tidur dengan selesa apabila perut anda sudah memboyot nanti.



Mengapakah saya asyik rasa hendak membuang air kecil?

Uterus anda yang sedang membesar memberi tekanan kepada pundi kencing dan menyebabkan anda lebih kerap berlari ke tandas. Keadaan ini boleh mengganggu tidur anda. Anda mungkin dapat tidur lebih lena jika anda kurangkan minum pada waktu malam. Oleh itu, pastikan anda minum banyak air pada waktu siang kerana penting bagi anda mengelak daripada ternyahhidrat.


Adakah kurang tidur akan membahayakan bayi saya?

Tidak. Rasa mengantuk adalah perkara biasa semasa hamil dan ia tidak akan membahayakan bayi anda.

Dengarlah kata badan anda apabila ia memberitahu supaya anda mengurangkan aktiviti dan berehat. Jika anda tidur terlalu sedikit dalam awal kehamilan, anda mungkin berisiko lebih tinggi mengalami praeklampsia dan tekanan darah tinggi.

Terimalah hakikat bahawa tiga bulan pertama kehamilan anda akan jadi sangat meletihkan, oleh itu, berehat atau tidurlah sebentar bila-bila anda ada peluang.


credit


SUPPLEMENT SHAKLEE YANG BOLEH MEMBANTU ANDA


OsteMatrix
120 kaplet
Harga runcit semenanjung Malaysia ialah RM61
Hubungi saya untuk ketahui harga tergolek. Hee.

Antara kebaikan OsteMatrix yg lain ialah:
  1. Bantu tidur lena sepanjang malam.
  2. Badan terasa bertenaga dan mudah bangun pagi keesokan harinya, terutama apabila digabung dengan pengambilan Shaklee B-Complex.
  3. Menghilangkan lenguh-lenguh dan bisa-bisa badan.
  4. Mengurangkan rasa sakit pinggang dan kejang kaki terutama buat ibu hamil .
  5. Melawaskan sistem penghadaman – mudah ‘membuang’ keesokan harinya (bukan cirit birit)

Jom dapatkan OsteMatrix anda hari ini!

Kredit To : Nur Hifzan

****************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau
Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim 

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...