Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Tiap kali hujung minggu menjelma pasti kaum Ibu pening kepala untuk membasuh baju sekolah anak-anak yang mempunyai pelbagai kotoran degil. Saya pun termasuk dalam golongan tersebut tau... Hik!!3x...
Macam2x cara dah guna tapi masih belum menemui penyelesaian yang memuaskan hati... Suami pun gunakan Mr. Google untuk membantu dan rasanya tips di bawah ini yang agak membantu... Jom try....
*********************
Mama rasa semua ibu menghadapi masalah serupa apabila membasuh baju
sekolah anak-anak terutama pada bahagian belakang lengan, tepi-tepi
kocek, leher dan keseluruhan baju le apabila anak-anak dah mula pandai
'membeli-belah'. Misalnya kuah roti canai, coki coki, waima apa-apa
makanan atau kotoran sekalipun. Kebiasaannya, anak-anak akan dibebel
berkati-kati sebelum ibu-ibu tetap menyental juga baju mereka. Betul
kan? Tambah-tambah bagi ibu yang bekerja, tahap ketensyenan tu
berkali-kali ganda terutama menjelang weekend, apabila kena basuh baju dan kasut anak-anak.
Mama nak kongsi tips ni yang kawan mama kongsikan pada mama... ok, nak tau sabun apa yang terbaik?
Attack? Tak payah... kalau duit kocek banyak ok le... bagus tapi mahal ooi...
Vanish? boleh le,.. tapi tetap mahal..
Daia.. mama guna untuk baju-baju mama je kerana mama suka keharumannya
Tak percaya.. test le..
Sikenit ni, boleh le kalau basuh tudung... lepas tu rendam dalam softener..
Ini le rahsianya...
Pewangi... siapa kata softlan love wangi?
Mama kata softener Daia lagi ok.. tambah2 gabungkan dengan sabun Daia..
Mama berikan beberapa senarai sabun yang mama guna... Tapi kan, semenjak
mama berjumpa dengan sabun cap Buruh aka cap Kapak hasil perkenalan
singkat setelah diperkenalkan oleh kawan mama, Zila.. mama rasa mama
tolak dah vanish dan attack. Cuba bayangkan, nak beli vanish sebotol
dah makan RM 20 ++ dan attack 2.5 kg dah RM 24, tapi sabun cap kapak tu,
sebatang panjang cuma RM 3.90 je tau. **Tu pun mama dapat free daripada
Zila.. tq... Sental je sabun ni, tapi potong dulu le pada
ketulan-ketulan kecil dan jauhkan daripada air apabila tidak digunakan
(simpan di tempat tinggi le) kalau tak cair le sabun ni... Lepas sental
ala-ala 'mak datin' bukan sentalan 'superman' baru le campak dalam mesin basuh dan masukkan le sabun Daia dan softener Daia.. gerenti kotoran degil hilang dan baju wangi sangat-sangat tau...
Cuba le sabun cap kapak ni, kalau dulu-dulu warna hijau, sekarang ni
warna kuning macam dalam gambar. Lepas ni, ibu-ibu mesti tersenyum je
walaupun nampak baju anak-anak yang kotor. sabun ni bukan takat nak
basuh baju je, kasut yang lepas kena selut pun gerenti putih
bersinar-sinar. Lepas tu, kata cikgu India ni, kalau di celah-celah paha
tu dah nampak macam kusam, sental je dengan sabun cap kapak ni, boleh
putih! Pendek kata, powernya kuat tapi lembut di kulit, jadi jangan takut le tangan akan mengelupas.
Tapi kan, pelik juga kenapa tak ada sabun ni dalam iklan di tv kan.
Mungkin sabun ni bukan dari 'kasta Brahmin' almaklum harganya yang
murah, jadi tak berbaloi le kalau nak 'beli' iklan yang mahal-mahal.
Lagipun petua nenek moyang ni hanya tersimpan dalam ingatan dan
disebarluaskan melalui bualan mulut je kan. Mama rasa banyak lagi petua
dan tips lain yang tak ada dalam iklan tv, jom le kongsi?
Kredit To : Ezaiza
No comments:
Post a Comment