Monday 30 June 2014

Shopping Raya - Cantik Murah Dan Berkualiti

Shopping Raya | Cantik | Murah | Berkualiti | 2 minggu lepas saya sekeluarga telah singgah ke Komplek PKNS, Shah Alam. Hampir setiap tahun kami shopping raya disini… tapi kali ni tidak? Kenapa? 

Shopping Raya | Murah | Berkualiti | Shaklee | Sg. Buloh | Setiawangsa
Berposing Dengan Pilihan Baju Raya Yang Ada

Faktor utamanya adalah kerana peningkatan harga yang saya rasakan amat ketara berbanding tahun-tahun lepas. Cuba bayangkan kalau tahun lepas harga baju melayu dewasa (biasa) adalah dalam lingkungan RM130-RM150 sepasang. Tetapi kali ni ianya melonjak kepada RM180-RM200 sepasang. Untuk baju kanak-kanak pun sama.. Sebagai contohnya, baju melayu kanak-kanak untuk saiz Darwish (saiz 32) pun dalam lingkungan harga RM80-RM120 sepasang. Mahal sangat kan? Kan? Kan? Kesemua harga tadi adalah berdasarkan survey saya dan suami ke beberapa kedai dan butik yang ada disitu. Oleh kerana harga yang tak berpatutan tu, kami decide untuk menangguhkan dulu pembelian baju raya. 
Kemudian pada weekend yang lepas, kami telah singgah ke pekan Tanjung Malim sebelum pulang ke kampung halamanku di Felda Soeharto. Dalam jam 10.30 am kami dah sampai ke sana. Suasana ketika itu masih lagi tenang tapi parking dah agak sukar nak dapat (very limited). 

 Cantik tak baju kanak-kanak ni?

Kedai / butik pertama yang kami masuk pada hari tu telah terus membuatkan saya dan suami tersenyum gembira. Butik ini agak famous dan mempunyai banyak rangkaian di seluruh Malaysia menawarkan harga yang amat murah berbanding di Komplek PKNS Shah Alam tempoh hari. 


Pelbagai design dan warna ditawarkan

Harga sepasang baju melayu (latest design) hanyalah RM115 dan baju kurung untuk saya pula adalah RM119. Dan yang bestnye kedai ni memang menawarkan beraneka baju sedondon untuk seisi keluarga. Bertepatan dengan moto kedai ini : Keluarga Sedondon, Keluarga Bahagia… 


Shopping Raya | Murah | Berkualiti | Shaklee | Sg. Buloh | Setiawangsa

Mulanya saya dan hubby sedikit cemas sebab saiz untuk baju yang kami pilih tu dah sold out. Cuma tinggal satu je lagi iaitu baju yang dipakai oleh sepasang model patung yang diperagakan dihadapan butik tu memang memakai saiz yang sama dengan saya dan hubby… Alhamdulillah… Pasni bolehlah kami berdua jadi model atau duta untuk kedai ni tahun depan… Ha! Ha! Ha! Nak tau nama kedai ni tak?.. Namanya Gene Martino Apparel Sdn. Bhd. Cuba Google, pasti jumpa…

Shopping Raya | Murah | Berkualiti | Shaklee | Sg. Buloh | Setiawangsa
 Ni bukan outlet Tanjung Malim ye... Terlupa nak snap picture
Walaupun begitu terdapat sedikit kekurangan pada kedai ini. Harga yang ditawarkan untuk golongan dewasa memang sangat berpatutan tetapi bagi golongan kanak-kanak sebaliknya. Harga baju untuk kanak-kanak ditetapkan pada harga +/-RM65 tidak kiralah saiz apa yang dipakai. Bagi saya ianya langkah kurang bijak disebabkan harga yang ditawarkan dikedai-kedai lain adalah mengikut saiz baju kanak-kanak itu. So saya dan hubby sepakat untuk beli baju raya dewasa yang sedondon untuk kami berdua sahaja di kedai tersebut. Untuk anak-anak, kami kena cari baju yang similar dengan kaler yang kami pilih tadi di kedai-kedai yang berhampiran. 

Shopping Raya | Murah | Berkualiti | Shaklee | Sg. Buloh | Setiawangsa
Melepaskan dahaga... Sehari sebelum puasa ni ye..
Alhamdulillah.. kami tak mengambil masa yang lama untuk mencari baju raya untuk anak-anak tu. Memang senang nak cari sebab kebanyakan kedai-kedai disitu menawarkan baju raya yang pelbagai warna. Kami berjaya perolehi baju anak-anak dalam lingkungan harga RM35-RM45 sepasang. Cukup berbaloi kan?? So impian kami sekeluarga untuk memiliki baju raya yang sedondon  tercapai jua… 
Begitulah sedikit catatan pengalaman shopping raya kami sekeluarga. Mungkin pembaca ada lokasi lain yang boleh dikongsi kan bersama. Jom catatkan lokasi tersebut dibahagian komen di bawah. Mungkin ianya boleh menjadi panduan kepada pembaca yang lain.. Insya-Allah… Wallhua'lam

2 comments:

  1. Uishh murah tu kak, cantik cantik pula tu. Ena ni tak beli beli lagi baju raya. Sedih! Nanti baru nak pergi beli.

    ReplyDelete
  2. wah cantik2nya baju yang di jual tu ya... anak-anak semua hero ya...sama macam saya! kalau dekat area tempat tggl saya ada satu supermarket jual murah.. murah tak murah mahal pun tak mahal.. baju melayu budak masih jual harga bawah RM 50 affordable la berbanding tempat lain dah lebih RM 50.. jahitan pn berkualiti.. nama supermarket tu Golden Dragon City Supermarket, kat area Putatan, Sabah

    ReplyDelete

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...