Monday 23 June 2014

Ustaz Abu Bakar Chik - Meninggal Dunia

Ustaz Abu Bakar Chik | Meninggal Dunia | Pagi ini saya dikejutkan dengan berita sedih yang melibatkan seorang aktivis agama terkenal negara iaitu Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Chik yang kembali ke rahmatullah awal pagi tadi akibat kemalangan di lebuhraya dekat Bukit Besi menuju ke Ajil sekitar jam 3.16 pagi tadi.

Ustaz Abu Bakar Chik | Meninggal Dunia | Kemalangan

Pembantu beliau, Hasmizi Hassan, turut cedera dalam kemalangan tersebut. Kereta beliau dikhabarkan melanggar Van Vanette yang dinaiki 6 orang penumpang.  Kereta tersebut kemudiannya terbakar sebaik sahaja kedua-duanya dibawa keluar dari kereta berkenaan.


Ustaz Abu Bakar Chik | Meninggal Dunia | Kemalangan

Ustaz Abu Bakar Chik | Meninggal Dunia | Kemalangan

Ustaz Abu Bakar Chik | Meninggal Dunia | Kemalangan


Allahyarham Ustaz Abu Bakar Chik merupakan AJK Pas Pusat dan juga bekas Ketua Pemuda Pas Pusat.  Jenzah beliau dijangka akan dibawa balik dari Hospital Hulu Terengganu untuk dibawa ke Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah (MTT) Tok Jiring  untuk disolat dan dikebumikan.

Ustaz Abu Bakar Chik | Meninggal Dunia | Kemalangan


Berikut adalah entry terakhir dalam facebook Allahyarham (Ustaz ABC) :


alam kapal kalau ada dua pengarah,
Layar kan rabak,bahtera kan terbelah..
Salah dan silap tegurlah dengan hikmah..
Itulah baru namanya hidup berjemaah..


Semoga Al-Fadhil Ustaz Abu Bakar Chik ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal Soleh... Insya-Allah... Amin

Al-Fatihah...

Ustaz Abu Bakar Chik | Meninggal Dunia | Kemalangan





1 comment:

  1. Al Fatihah. Semoga rohnya ditempatkan dalam golongan orang orang yang beriman

    ReplyDelete

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...