Wednesday, 25 June 2014

Didikan Awal - Puasa Vs Solat

Didikan Awal | Puasa Vs Solat | Sejuk hati saya apabila melihat 4 hero saya ini mengerjakan solat berjemaah bersama Papa nya. Cuba lihat si kecik Abang bongsu tu, siap pakai kain pelikat lagi... Menurut Papanya, Daris tu sendiri yang minta untuk dipakaikan kain pelikat agar dapat meniru Papa nya... :)


Ibadah Puasa | Anak | Ustaz Hassan Din | Shaklee | Sg. Buloh | Setiawangsa




Yang ni plak, anak-anak bujangku menggayakan jubah yang dihadiahkan oleh Wan mereka baru-baru ni.  


Ibadah Puasa | Anak | Ustaz Hassan Din | Shaklee | Sg. Buloh | Setiawangsa


Memang dalam peringkat tumbesaran anak-anak, ada suatu masa yang mereka akan meniru apa sahaja yang Mama dan Papa mereka lakukan. Bagi mereka Mama dan Papa lah role model mereka. Samada yang baik mahupun yang buruk, semua mereka akan ikut. So kita kenalah selalu memperbaiki diri kerana secara tak langsung ianya akan membentuk peribadi anak kita itu sendiri.

Dalam usaha kita mendidik anak menjadi anak yang Soleh & Solehah, kita sering membuat kesilapan dalam menentukan mana ibadah yang lebih utama / afdal berbanding yang lain. Sebagai contohnya, ketika mengerjakan ibadah puasa Ramadhan, ramai ibu bapa yang memberi ganjaran berupa wang ringgit kepada anak mereka. Biasanya kalau berjaya bepuasa penuh sehari dapat RM1, kalau sebulan dan RM30. Bagi mereka RM30 sudah sangat besar nilainya kan...

Menurut Ustaz Abu Hassan Din Al-Hafiz, sebenarnya kita kena beri keutamaan dalam ibadah Solat. Kerana Ibadah Solat adalah Rukun Islam yang kedua manakala Ibadah Puasa adalah Rukun Islam yang ketiga. Mungkin ganjaran duit juga boleh diberi kepada anak-anak. 1 solat Fardu ganjarannya RM0.20, kalau dapat tunaikan 5 waktu dah dapat RM1 sehari. Kalau sebulan dan tentu berat tabung mereka... :)



Alhamdulillah anak saya yang no. 1 dan 2 itu telah dilatih bepuasa semenjak berumur 5 tahun lagi. Tiada ganjaran yang dijanjikan cuma galakan sahaja. Cuma anak saya yang no 2, Dhamir, 1st time akan berpuasa tahun ni dalam mengharungi sessi persekolahan pagi dan petang. Saya dan suami dah ingatkan dia awal-awal tentang perkara ini agar dia bersedia dari segi mental agar tiada rengekan penat waktu mulakan bepuasa hari Ahad ini. Insya-Allah...
Hidratkan Badan | Minuman Tenaga | Shaklee | Sg. Buloh | Setiawangsa

Memandangkan cuaca yang panas sekarang dan jerebu yang sudah mula muncul semula ni... disarankan agar seisi keluarga meminum lebih air masak dan mengambil Performance Drink ketika waktu bersahur nanti. Ianya akan membantu mengurangkan kehilangan bendalir dan meningkatkan hidrasi untuk badan. Ianya juga dapat memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam mengerjakan ibadah puasa dalam cuaca yang panas sekarang. Anda boleh mendapatkannya segera daripada saya.. Stok available... :)

****************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 (sms/Whatsapp) atau

Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim




1 comment:

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...