Resepi Berbuka | Di Bulan Ramadhan | Gulai Ayam | Masak Lomak Cili Api | Nogori Style | Nie adalah salah satu menu favourite suami dan anak-anak saya. Suami kalau makan gulai ni sampai hirup kuahnya sampai habis, Hi! Hi! Hi! Kita yang masak ni rasa syok sangat kan... Berbaloi-baloi rasanya memasak untuk yang tercinta...
Kalau nak try ni resepi untuk panduan semua... Selamat memasak ye.... :)
Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style
Pembekal untuk Set Penyusuan, Set Bersalin, Set 3M, Set Kesuburan, Set Perlangsingan, Set Resdung & Alahan, Set Jantung Sihat, Set Sakit Sendi, Set Kesihatan Wanita, Set Pelajar dll... Mari bersama menyertai group perniagaan SHAKLEE ini...
Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts
Thursday, 10 July 2014
Tuesday, 8 July 2014
Resepi Berbuka Di Bulan Ramadhan - Gulai Tempoyak Ikan Kembung
Resepi Berbuka | Bulan Ramadhan | Gulai Tempoyak Ikan Kembung | Dah lebih seminggu kita berpuasa kan.. Alhamdulillah!! Semoga ibadah puasa kita semua diterima oleh Allah.... Insya-Allah..
Gulai Tempoyak Ikan Kembung
Weekend lepas kami sekeluarga telah balik ke rumah Ibu hubby di Semenyih untuk berbuka bersama. On the way ke sana tu saya nampak banyak gerai menjual durian di bahu jalan. Memang sodap makan durian ni kan tapi saya lebih gemar makan gulai tempoyak dalam puasa ni... Setuju kan? Oleh itu hari ni saya nak share 1 resepi yang berasaskan tempoyak. Pasti lazat.... Mmmmm....
Gulai Tempoyak Ikan Kembung
Saturday, 5 July 2014
Resepi Berbuka Di Bulan Ramadhan - Ayam Masak Cendawan Ala Cina
Resepi Berbuka | Bulan Ramadhan | Ayam Masak Cendawan Ala Cina |Hari ni saya nak share 1 lagi menu istimewa untuk semua pembaca setia. Nampak macam menarik.. Jom kita cuba sesama...
Ayam Masak Cendawan Ala Cina
Ayam Masak Cendawan Ala Cina
Thursday, 3 July 2014
Resepi Berbuka Di Bulan Ramadhan - Gulai Nenas Ikan Kering Orang Utara
Resepi Berbuka | Bulan Ramadhan | Gulai Nenas Ikan Kering Orang Utara | Ini adalah antara lauk yang wajib ada kalau tinggal kat asrama dulu. Mula-mula dulu memang tak suka tapi la ni dah terbayang-bayang dimata... Partner lauk ni masa kata asrama dulu ialah telur hancur masak pedas. Pergh!!! Memang terangkat... Ha!.. Ha!.. Ha!..
Gulai Nenas Ikan Kering Orang Utara
Gulai Nenas Ikan Kering Orang Utara
Tuesday, 1 July 2014
Resepi Berbuka Di Bulan Ramadhan - Udang Masak Serai Wangi
Resepi Berbuka | Bulan Ramadhan | Udang Masak Serai Wangi |
Bahan-Bahan :
600 gm udang harimau - digoreng setengah masak
4 batang serai
100 gm cili kering
100 gm bawang merah
100 gm cili merah
70 gm bawang putih
70 gm halia muda
3 sudu besar pati asam jawa
30 gm belacan bakar
100 gm pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Cara Memasak :
1. Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda.
2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair.
3. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat
4. Masukkan pati santan dan udang.
5. Masak hingga naik bau.
***********
Jom join GA saya ni:
Bahan-Bahan :
600 gm udang harimau - digoreng setengah masak
4 batang serai
100 gm cili kering
100 gm bawang merah
100 gm cili merah
70 gm bawang putih
70 gm halia muda
3 sudu besar pati asam jawa
30 gm belacan bakar
100 gm pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Cara Memasak :
1. Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda.
2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair.
3. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat
4. Masukkan pati santan dan udang.
5. Masak hingga naik bau.
***********
Jom join GA saya ni:
Monday, 30 June 2014
Resepi Berbuka Di Bulan Ramadhan - Ayam Panggang Bermadu
Resepi Berbuka | Bulan Ramadhan | Ayam Panggang Bermadu | Ramai diantara kita merasa susah hati apabila menjelang waktu berbuka kerana memikirkan juadah apa hendak dimasak pada hari tersebut kan?. Bagi mereka yang bekerjaya, pasti pasar Ramadhan menjadi tumpuan kerana faktor kesuntukan masa. Bukan pening nak masak apa tapi pening plak nak beli apa.. He! He! He!
Untuk bulan Ramadhan tahun ini, mari kita luangkan sedikit masa untuk memasak demi keluarga tercinta kerana air dari basuhan tangan seorang isteri boleh menjadi senjata rahsia untuk mengikat hati anak-anak dan suami. Betul tak? Kalau tak dapat memasak masa weekday, pastikan weekend nanti kita memasak untuk tersayang. Pasti semua akan ceria dan gembira..
Sekadar nak berkongsi resepi yang saya perolehi dari kengkawan. Moga memberi manfaat untuk semua :
Ayam Panggang Bermadu
Bahan-bahan :
1kg kepak ayam
1 senduk besar minyak bijan
2 senduk besar madu (kalau u suka manis, tambahkan lagi )
sedikit serbuk lada sulah (sesuka hati, siapa yang suka pedas, tambahlah lagi)
sedikit garam secukup rasa
Cara memasak :
Gaulkan ayam bersama madu, minyak bijan, serbuk lada sulah & garam hingga rata. Perapkan semalaman atau lebih dan selepas tu, boleh lah dipanggang ayam tu.....
***********
Jom join GA saya ni:
Subscribe to:
Posts (Atom)