Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Thursday, 22 October 2015

SALES!!! Baju Muslimah Pilihan

SALES!!! Baju Muslimah Pilihan


Assalamualaikum...

Dah lama sangat tak update blog ni. So memandangkan sekolah dah bersambung cuti dari hari ke hari ni (Dah 4 hari dah ni... ), jadi ambik lah sikit peluang untuk update blog ini. Alhamdulillah...

Supplement | Kesihatan | Baju | Tudung | Muslimah | Sungai Buloh | Sales | Cantik | Menawan | Syariah
Baju Kurung Beraneka Pilihan
Semalam hubby bgtau yang dia berkenan dengan satu brand BAJU MUSLIMAH ni... Dia kata set pakaian yang ditawarkan lengkap dari sekecik2x pakaian (luaran tau..) hingga ke JUBAH dan TUDUNG.... Kalu x percaya cuma tengok kat bawah ni....Dan yang paling best ianya menawarkan pelanggan untuk menjadi rakan bisness. Samada sebagai Affiliate ataupun Dropshipper.

Thursday, 28 August 2014

Produk Shaklee | Sebelum Dan Selepas Mengamalkannya | Kos Perubatan |

Produk Shaklee | Sebelum Dan Selepas Mengamalkannya | Kos Perubatan | Dalam kebuntuan memikirkan entry apa yang hendak di siarkan di blog ini, tiba-tiba saya mendapat idea untuk berkongsi dengan semua tentang fakta ini. Iaitu mengenai rekod perubatan kami sekeluarga bagi tahun 2012 sehingga 2014.

Kos Perubatan | Vitamin | Supplement | Kesihatan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa


Kenapa perlu berkongsi maklumat ini? Di akhir entry ini nanti saya akan huraikan secara detail ye.... Okay, jom lihat dulu rekod-rekod perubatan berikut :

1) Tahun 2012 : Bilangan ahli keluarga - 6 orang

Kos Perubatan | Vitamin | Supplement | Kesihatan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa


2) Tahun 2013 : Bilangan ahli keluarga - 6 orang


Kos Perubatan | Vitamin | Supplement | Kesihatan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa

3) Tahun 2014 : Bilangan ahli keluarga - 7 orang


Kos Perubatan | Vitamin | Supplement | Kesihatan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa

Rekod diatas sebenarnya dicatat oleh suami bagi tujuan medical claim. Syarikat tempat suami bekerja tu hanya bagi RM1500 setiap orang untuk tujuan perubatan. Sebab itulah rekod untuk 2012 dan 2013 terhenti bila kuota tersebut telah habis.

Untuk tahun 2012, kuota telah habis pada 25/06/2012 dan bagi tahun 2013, kuota telah habis pada 24/07/2013. Untuk tahun 2014 pula, sehingga 28/08/2014, kuota masih berbaki sebanyak RM469.80.

Untuk makluman semua, kami sekeluarga telah mengamalkan pengambilan supplement Shaklee sejak September 2013. Dengan izin Allah, banyak kesan positif yang telah kami alami dan rekod diatas itu tadi adalah salah satu daripadanya.

Fakta yang lain tetapi berkaitan dengan rekod diatas tadi ialah tentang kekerapan kami ke ke klinik telah berkurangan dari 21 lawatan pada tahun 2012 ke 19 lawatan pada tahun 2013 dan terkini, hanya 13 lawatan pada tahun 2014.

Secara tidak langsung juga jumlah ubat di dalam peti ais kami turut berkurangan. Ini bermakna tahap kesihatan kami sekeluarga bertambah baik meskipun bilangan ahli keluarga kami juga kian bertambah. Alhamdulillah....

Pencapaian dan kegembiraan inilah yang saya ingin kongsikan dengan semua pembaca. Pasti kita semua akan gembira apabila semua ahli keluarga kita sihat dan ceria.

Insya-Allah pada entry yang akan datang saya akan berkongsi pula tentang perubahan yang dialami oleh kami sekeluarga dari segi penyembuhan penyakit. Moga entry ini sedikit sebanyak memberi manfaat pada semua tentang kelebihan produk Shaklee dan kepentingan kesihatan untuk kita semua.

Akhir kata, saya ingin berkongsi sebuah pesanan dari seorang Doktor yang juga mengamalkan Shaklee yang mengimpikan untuk melihat hospital-hospital di Malaysia ini lengang (tidak sepadat sekarang) kerana rakyat Malaysia telah mengamalkan pemakanan supplement dan cara hidup yang sihat. Jom sahut seruan ini....

Wallhua'lam..

****************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau
Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim

Monday, 25 August 2014

Buluh Perindu | Pasti Anda Terpegun | Saksikan Video Ini!!

Buluh Perindu | Pasti Anda Terpegun | Saksikan Video Ini!! | Pernah tak anda melihat macam mana rupa pokok buluh perindu?. Saya sangkakan ianya sama seperti pokok buluh lemang atau buluh madu. Rupanya pokok buluh perindu ini amat sukar untuk ditemui. Ianya hidup hanya di dalam hutan-hutan tebal seperti di Kalimantan, Indonesia. Pokok buluh perindu mempunyai banyak khasiat istimewa dari segi kaedah tradisional.

Buluh Perindu | Kasih Sayang | Vitamin | Supplement | Kesihatan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa
Rupa Pokok Buluh Perindu

Saturday, 16 August 2014

Sampel Tulang Haiwan Kolam Ikan Patin Di Perak - Sah Babi!!

Sampel Tulang Haiwan Kolam | Ikan Patin | Di Perak | Sah Babi | Astaghfirullah!!! Itulah yang boleh saya luahkan apabila membaca berita ini dari akhbar Beritan Harian. Mungkin ramai antara kita yang telah memakan ikan yang diternak di kolam ini. Moga Allah mengampuni dosa kita yang dizalimi ini.

Kami sekeluarga pula memang tak berminat sangat ikan kolam atau ikan air tawar ini. Cuma apabila berkunjung ke pantai timur menggunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pasti singgah di RNR Temerloh, Pahang untuk menghilangkan "ketagih" memakan ikan patin masak tempoyak. Di harapkan ikan air tawar di Temerloh bebas dari unsur babi seperti kes diatas. 

Moga semua pihak yang berkenaan memandang serius isu ini dan mengambil langkah pengawasan yang lebih ketat ke atas pengusaha-pengusaha ikan air tawar di Malaysia ini.

Ikan | Kolam | Air Tawar | Babi | Vitamin | Supplement | Kesihatan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa

Friday, 15 August 2014

Sedih!! | Kucing Tak Mahu Berganjak Dari Kubur Tuannya |



Sedih!! | Kucing Tak Mahu Berganjak Dari Kubur Tuannya | Sekadar Ingin berkongsi sebuah kisah yang di ambil dari mynewshub. Hubungan yang sangat istimewa antara seekor kucing dan manusia jelas terserlah di gambar yang dikongsikan dibawah. Haiwan pun pandai menunjukkan rasa sayang pada manusia yang berbuat baik padanya. Biarpun telah berpisah oleh kematian.

Sedih | Kasih | Kucing | Manusia | Vitamin | Supplement | Kesihatan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa

Daripada gambar dirakamkan, dapat dilihat kucing ini kelihatan sedih menyentuh pusara tuannya ketika talkin dibacakan dan tidak berganjak meninggalkan kawasan kubur meskipun selepas semua orang beredar.




Sedih | Kasih | Kucing | Manusia | Vitamin | Supplement | Kesihatan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa


Berdasarkan komen diberikan, ada yang berkata arwah bukanlah pemilik kucing ini tetapi mempunyai tabiat gemar memberi makan dan menolong kucing terbiar dan kucing ini mungkin salah seekor daripadanya.


Pasti kucing ini mendoakan kesejahteraan untuk arwah yang banyak berjasa kepadanya. Moga arwah tergolong dalam golongan mereka yang beriman.

Ini pula kisah seekor kucing yang setia dengan temannya yang telah mati. KLIK disini.

Wallahua'lam

Semakan Keputusan | Permohonan Kemasukan Ke Universiti | Lepasan STPM | Sessi Akademik 2014/2015 |

Semakan Keputusan | Permohonan Kemasukan Ke Universiti | Lepasan STPM | Sessi Akademik 2014/2015 | Pada hari Selasa yang lepas, 12 Ogos 2014 telah di umumkan secara rasmi keputusan permohonan bagi kemasukan ke IPTA. Saat ini pasti dikenang hingga ke akhir hayat kerana ianya menentukan hala tuju diri seorang pelajar.

Berikut adalah beberapa cara untuk pelajar menyemak status permohonan mereka.

1) SMS

Kesihatan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa

Wednesday, 13 August 2014

Virus Ebola - Penjelasan Dari Kementerian Kesihatan Malaysia

Virus Ebola | Penjelasan | Kementerian Kesihatan Malaysia | Susulan mengenai berita tentang kes pertama rakyat Malaysia yang menghidap penyakit Ebola semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan satu surat pekeliling untuk rakyat Malaysia.

Menurut surat tersebut, berita tersebut adalah palsu. Surat yang dikeluarkan oleh Datuk Dr. Lokman Hakim Bin Sulaiman (Timbalan Ketua Pengarah) meminta agar berita palsu dihentikan segera dan mohon menyebarkan surat pekeliling di bawah kepada orang ramai.

Virus | Ebola | Malaysia | Vitamin | Supplement | Kesihatan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa

Monday, 11 August 2014

Isu Boikot - Cara Hidup Yahudi vs Produk Yahudi

Isu Boikot | Cara Hidup Yahudi | vs | Produk Yahudi | Khabarnya usaha memboikot Restoran Mc Donald yang dijalankan oleh rakyat Malaysia pada hari Jumaat lepas telah berjaya. Alhamdulillah... Kemudian usaha boikot itu dengarnya diteruskan pada hari Ahad lepas untuk Pasaraya Tesco pula. 

Boikot | McD | Tesco | Starbucks | Vitamin | Supplement | Shaklee | Sg. Buloh | Setiawangsa

Tuesday, 5 August 2014

Cuti Panjang Untuk Semua - Tahun 2015

Cuti Panjang Untuk Semua | Tahun 2015 | Tahun hadapan merupakan tahun yang ditunggu-tunggu oleh semua. Ini adalah kerana tahun 2015 mempunyai 11 kali cuti hujung minggu yang panjang. Betul ke?? Memang betul fakta ni tau.. Kalau tak percaya boleh rujuk pada Kalendar 2015 yang berikut... 

Cuti | Holiday | Percutian | Tahun 2015 | Vitamin | Supplement | Kesihatan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa

Wednesday, 23 July 2014

Altel - If It's Not Altel, Say Farewell...

Altel | If It's Not Altel | Say Farewell | Itulah caption Telco Altel yang baru. Sedarkah anda yang sim card Altel tengah laku macam pisang goreng panas di pasaran sekarang? Sudah ramai kawan yang bertukar kepada Telco yang baru ni. Dan feedback yang diperolehi daripada mereka amat-amat positif.


Altel | 4G Servis | Syed Bukhary | Shaklee | Sg. Buloh | Setiawangsa | Vitamin | Supplemen | Kesihatan
2 Sim Card Altel Yang Baru Di Beli

Friday, 11 July 2014

Terkini!! Gaza Di Serang - Solat Hajat & Qunut Nazilah

Terkini!! | Gaza Di Serang | Solat Hajat & Qunut Nazilah | Pihak kerajaan Malaysia menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah mengarahkan kesemua masjid dan surau di seluruh negara untuk mengadakan Solat Hajat dan bacaan doa Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan penduduk Palestin yang sedang berdepan dengan kekejaman Israel.
 
Ini berikutan dari kekejaman tentera Israel yang telah mengistiharkan perang 3 keatas Gaza. Operasi yang diberi nama "Operasi Batu Konkrit" setakat ini dilaporkan telah meragut lebih 70 nyawa rakyat Palestin.

Kita sebagai umat Islam wajib membantu mereka dengan sekurang-kurangnya membacakan doa untuk keselamatan dan kesejahteraan mereka. Di antara doa yang mahsyur dan disyorkan untuk kita baca adalah doa Qunut Nazilah.

Qunut Nazilah | Pray For Gaza | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa
  

Thursday, 10 July 2014

Sedih!!! Huffaz Yang DiKurung

Sedih!!! | Huffaz Yang DiKurung | Tersentuh sangat hati ini bila melihat video dibawah. Dikhabarkan beliau merupakan seorang Huffaz yang telah menghafal sebanyak 30 Juzuk Al-Quran. Seringkali menjadi Imam Solat. Tetapi kini ditahan pihak berkuasa hanya kerana tidak mempunyai passport atau pengenalan diri...


Pengambilan Ubat Di Bulan Ramadhan

Pengambilan Ubat | Bulan Ramadhan | Biarpun kita sudah saban tahun mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini, tapi kerap kali kita menerima persoalan dari anak-anak, kawan-kawan dan saudara mara tentang beberapa perkara-perkara yang mungkin boleh membatalkan puasa. Diantaranya adalah mengenai pengambilan ubat.

Untuk rujukan semua, berikut adalah panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Moga ianya memberi manafat kepada semua..

Panduan | Pengambilan Ubat | Ramadhan | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa


Jika terdapat persoalan yang tidak terjawab dari panduan diatas, mungkin boleh berhubung dengan pihak berkenaan melalui FB yang tertera ataupun bertanya terus kepada mereka yang arif (Ustaz, Ustazah dll).

Wallahua'lam..



Tuesday, 8 July 2014

Tawaran Percuma Dari Al-Rajhi Bank - Bayan Quran

Tawaran Percuma | Al-Rajhi Bank | Bayan Quran | Di khabarkan pihak Al Rajhi Bank telah membuat tawaran untuk semua umat Islam mengdownload applikasi Al-Quran yang amat menarik dan cantik ini dengan percuma. 

Percuma | Al-Rajhi | Al-Quran | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa

Monday, 30 June 2014

Shopping Raya - Cantik Murah Dan Berkualiti

Shopping Raya | Cantik | Murah | Berkualiti | 2 minggu lepas saya sekeluarga telah singgah ke Komplek PKNS, Shah Alam. Hampir setiap tahun kami shopping raya disini… tapi kali ni tidak? Kenapa? 

Shopping Raya | Murah | Berkualiti | Shaklee | Sg. Buloh | Setiawangsa
Berposing Dengan Pilihan Baju Raya Yang Ada

Thursday, 26 June 2014

Update!! Kes Penculikan - Behrang, Perak

Update | Kes Penculikan | Behrang, Perak | Alhamdulillah, kini adik Fitri Aida yang diculik semalam sudah selamat di pangkuan keluarga. Di doakan agar semangat beliau kembali pulih dan dapat kembali ke alam persekolahan dengan segera.



Wallahua'lam

Lagi Kes Penculikan - Behrang, Perak

Lagi Kes Penculikan | Behrang, Perak | Belum reda kes penculikan di Puchong yang berlaku hari Isnin lepas, kini berlaku pula di Behrang, Perak.

Seorang pelajar perempuan, berumur 9 tahun dari SKAB, Slim River telah diculik pada jam 1 tengah hari semalam. Dikhabarkan  penculik yang terlibat telah diberkas pihak polis apabila melanggar sekatan yang dibuat oleh anggota Polis di Sungkai, Perak.

Penculikan | Fitri Aida | Behrang | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa


Wednesday, 25 June 2014

Penstrukturan Semula - Kabinet Malaysia 2014

Penstrukturan Semula | Kabinet Malaysia 2014 | Sebentar tadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan perubahan dalam Kabinet Malaysia. 

Tiada perubahan yang besar cuma kemasukan ahli parlimen dari parti MCA dan Gerakan yang mengisi kekosongan yang telah di reserve untuk mereka sebelum ini. Berikut adalah struktur dan ahli kabinet Malaysia yang terbaru.


Malaysian Cabinet | 2014 | Shaklee | Sg. Buloh | Setiawangsa


Dengan penambahan ahli kabinet ini diharapkan ianya memberi manfaat pada rakyat
Wallhua'lam..

Wassalam

Detik Terjumpanya Adik Firdaus - Allah Maha Besar!!

Detik Terjumpanya Adik Firdaus | Allah Maha Besar | Ya Allah! Ya Robbi! Ya Rahman!... Itulah diantara ucapan awal pegawai bertugas yang menjumpai adik Fidaus dalam bilik yang terkunci. Sedih dan pilu rasanya bila melihat video ini. Hampir menitiskan air mata mengenangkan kesunyiaan dan penderitaan yang adik Fidaus lalui.

Adik Firdaus | Operasi Menyelamat | Tragis | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa

Operasi yang pada mulanya dijalankan untuk menangkap pendatang tanpa izin (PATI) bertukar menjadi operasi menyelamat insan kerdil yang terus menggegarkan negara. Saksikan moment yang menyedihkan ini...

Tuesday, 24 June 2014

Keadaan Terkini Adik Muhammad Firdaus

Keadaan Terkini Adik Muhammad Firdaus

Adik Firdaus | OKU | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa


SEREMBAN: Remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah 15, semakin kuat apabila boleh duduk sendiri di katilnya di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban, semalam.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, melahirkan perasaan kagum terhadap perkembangan positif remaja itu. 


"Selera makan Firdaus juga semakin baik, termasuk makan coklat hingga tidak berhenti-henti," katanya selepas melawat Firdaus di Hospital Tuanku Jaafar Seremban, hari ini. 

Beliau yakin remaja yang ditemui dalam keadaan menyedihkan Sabtu lalu akan pulih dengan lebih cepat.


Sumber : Bharian


Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...