Monday 31 March 2014

Tips Penjimatan : Phone Lines & Mobile Data Plan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Semua orang pasti menginginkan duit yang lebih bagi meringankan beban keperluan harian dan keperluan hidup. Lebih-lebih lagi, di waktu ini kita dapati pelbagai barangan dan keperluan mengalami peningkatan harga. Tetapi sedarkah anda bahawa ada beberapa perkhidmatan yang menawarkan pulangan kewangan kepada pelanggan mereka. Mungkin jumlahnya tidaklah besar tetapi ianya mampu meringankan beban perbelanjaan seseorang.

Wednesday 26 March 2014

Malaysia Di Timpa Bala Bertimpa-Timpa...

Enjin terbakar, pesawat Malindo Air patah balik

 
Sebuah pesawat Malindo Air dalam perjalanan dari Subang ke Kuala Terengganu terpaksa berpatah balik sejurus selepas berlepas kerana kebakaran enjin dalam kejadian pagi ini.

Kesemua penumpang penerbangan, termasuk pasukan bolasepak Liga Super Terengganu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam penerbangan jam 7.30 pagi itu.

Malindo Air dalam satu kenyataan menyebut kejadian itu berlaku ketika pesawat dengan nombor penerbangan OD1804 itu mendaki pada ketinggian 7,000 kaki.

"Sistem pengesan kebakaran diaktifkan dan krew operasi serta-merta melaksanakan semakan kecemasan seperti prosedur operasi standard dalam situasi ini," kenyataan itu dipetik.

Satu kenyataan di laman web Terengganu FA menyebut, pasukan pemain itu menaiki penerbangan ganti ke Kuala Terengganu pada jam 10 pagi ini.

Mereka baru pulang selepas menewaskan pasukan Angkatan Tentera Malaysia di Stadium Selayang pada malam tadi.

Anggota pasukan tersebut merakam gambar kebakaran berkenaan, yang menunjukkan api besar menyala-nyala dari salah sebuah enjin kipas jenis turboprop pesawat tersebut.

Gambar yang dikongsi meluas di laman sosial dalam masa beberapa jam sahaja, sehingga mencetus kekeliruan apabila ada pengguna yang menyebut pesawat itu dikendali FireFly.

Dalam kenyataan ringkas, FireFly yang merupakan anak syarikat Malaysia Airlines (MAS) menjelaskan mereka tidak mengendalikan pesawat jenis ATR 72 itu.

Kes berkenaan menarik perhatian utama susulan siri kemalangan melibatkan pesawat penerbangan dari Malaysia.

Terutamanya, pesawat Malaysia Airlines MH370 yang gagal dikesan selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing, 8 Mac lalu masih belum ditemui.

Pihak berkuasa Malaysia pada hari Isnin lalu mengumumkan, penerbangan pesawat Boeing 777 itu berakhir di tengah Lautan Hindi, jauh dari sebarang daratan.

Pihak berkuasa MAS pula mengumumkan, kesemua 239 orang dalam pesawat berkenaan dikhuatiri telah meninggal dunia.

Turut menjadi perhatian adalah kes penerbangan MAS MH066 yang terpaksa dilencongkan ke Hong Kong, pada 24 Mac lalu kerana "generator pesawat tidak berfungsi".

Pesawat itu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Incheon, Korea Selatan.

Sehari sebelum itu, penumpang pesawat MAS MH144 dari Kuala Lumpur ke Kathmandu, Nepal turut mengalami detik cemas apabila sekumpulan itik merempuh cermin hadapannya ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan.
 
 

Tuesday 25 March 2014

Kehilangan MH370 Akan Kekal Misteri Selama-Lamanya!

www.mynewshub.my

Pakar industri penerbangan beranggapan andai kotak hitam penerbangan MH370 ditemui pun, ada kebarangkalian misteri yang menyelubungi kehilanganya tidak akan terjawab sampai bila-bila.
Mengikut laporan AFP mereka percaya perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit tidak mungkin menjawab tentang teka-teki mengapa dan bagaimana kapal itu dilencongkan ribuan batu jauh dari laluan sebenar.

Benar… banyak persoalan yang tidak mungkin terjawab semata-mata berdasarkan rakaman perbualan itu sahaja.

Antaranya… sukar untuk difahami mengapa ia melencong ketika hubungan dari menara kawalan Kuala Lumpur sepatutnya diserahkan kepada menara di Vietnam…

Sukar untuk difahami juga mengapa ia diterbangkan di bawah radar…untuk mengelak dikesan? Mengapa harus mengelak?

Tidak ada panggilan kecemasan dibuat… Mengapa? Mengapa pula semua alat komunikasi dimatikan secara berperingkat-peringkat.

Semua petanda memperlihatkan ia dirampas dan perkara itu disahkan pasukan penyiasat kerajaan.
Namun, pada masa yang sama… tidak ada sebarang tuntutan wang atau politik pun yang dibuat…MENGAPA?

Seolah-olah ia dilarikan dari laluan asal semata-mata untuk ditamatkan hayatnya di Lautan Hindi.
Tetapi, mengapa perlu mengambil risiko untuk terbang rendah masuk kembali ke semenanjung Malaysia andai niat di hati adalah untuk menjunam di Lautan Hindi?

Kalau laut yang dicari… mengapa tidak terus ke Lautan Pasifik? Dengan itu tidak perlu terbang rendah bawah radar… Mengapa harus ke Lautan Hindi?

Kalau hendak kata kapal itu terbakar… takkan dari pukul 1 pagi sampai 8 pagi ia terbakar?  Ping terakhir ke satelit adalah pukul 8.11 pagi… bermakna ia masih terbang antara masa ia hilang hubungan ke waktu ping terakhir.

Semuanya tidak masuk akal… sebab itu kehilangan MH370 adalah misteri terhebat industri penerbangan dunia.

Apabila kita berhadapan dengan suasana yang begitu kompleks… maka gerak kerja kita pun tidak boleh teratur. Menghukum kerajaan Malaysia sebagai lemah dan sebagainya hanyalah sikap ‘benci semua yang kerajaan buat’ semata-mata dan bukannya memberikan ruang secara rasional bersandarkan realiti kejadian.

Pada masa ini, cabaran terbesar Malaysia adalah untuk mendapatkan kotak hitam kapal tersebut bagi mula mendapatkan petunjuk-petunjuk penting untuk menentukan punca kapal terbang itu hilang selepas ia bertolak dari Kuala Lumpur dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac.

Perjalanan yang mengelirukan itu… rasanya akan kekal sebagai misteri selama-lamanya…. 

Sumber : MYNEWSHUB

MH370: Kapten Nik Huzlan Nafi Buka Laman Peminat Di Facebook


MH370: Kapten Nik Huzlan nafi buka laman peminat di Facebook
Kapten Datuk Nik Huzlan Nik Hussain (kiri) ketika 
menjadi tetamu program Agenda AWANI
 
KUALA LUMPUR: Susulan misteri yang menyelubungi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 sejak 8 Mac lalu, populariti bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain turut meningkat.

NIk Huzlan yang mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang penerbangan merupakan ahli panel yang sering dijemput oleh Astro AWANI untuk berkongsi pandangannya untuk masyarakat memahami apa yang sebenarnya mungkin berlaku kepada pesawat Boeing 777- 200 itu.

Mungkin ingin mengambil kesempatan daripada popularitinya, sebuah laman peminat tiba-tiba muncul di Facebook atas nama Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan.

Nik Huzlan dalam satu kenyataan di Facebook rasmi beliau menafikan terlibat membuka laman peminat itu dan mengaku beliau tidak ada kena-mengena serta tidak pernah menulis apa-apa di laman itu.

"Ini boleh menimbulkan salah faham bagi sesiapa yang melawat page tersebut. Saya juga mendapati ada sejumlah gambar peribadi saya yang telah diposkan. Saya kurang selesa dengan keadaan itu," tulisnya.

Walau bagaimanapun, Nik Huzlan berterima kasih kepada orang yang membuka laman itu yang beliau percaya dilakukan dengan niat yang baik.

"Saya hanya ada satu laman FB yang dulu dinamakan XR Rider, dan baru ditukarkan kepada nama "Nik Huzlan"," katanya lagi.

Beliau juga berharap pihak yang membuka laman peminat itu dapat berhubung segera dengan beliau
"supaya isu ini dapat diselaraskan dengan sebaik mungkin."

Dalam diskusi terbaru dengan Astro AWANI, Nik Huzlan mengulas mengenai salinan transkrip komunikasi 54 minit terakhir antara pesawat MH370 yang hilang pada awal pagi 8 Mac dengan menara kawalan yang didakwa diperolehi akhbar The Telegraph.

Beliau menganggap transkrip itu, berdasarkan pengalamannya jadi juruterbang, sebagai meragukan dan satu 'jenaka'.

Pesawat MAS MH370 yang membawa 227 penumpang bersama 12 anak kapal hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dalam penerbangan menuju ke Beijing.


NIK HUZLAN
Sumber

PANAS!!!!… Berikut Penjelasan Inmarsat Bagaimana Ia Merumuskan MH370 Terhempas



www.mynewshub.my


Lokasi kehilangan MH370 diperkecilkan melalui pengkajian yang rapi terhadap ‘ping’ dari kapal berkenaan kepada satelit, menurut syarikat Inmarsat dari United Kingdom (UK) yang menyediakan data satelit koridor utara dan selatan, semalam.
Peningkatan tahap kompleks dalam mengkaji maklumat itu merupakan penyebab mengapa selepas dua minggu baru sebarang rumusan yang kukuh dicapai, tambah syarikat itu.

inmarsat

Menurut laporan The Telegraph, MH370 menghantar isyarat ‘ping’ kepada satelit secara berterusan setiap jam walaupun semua sistem komunikasi lain kapal telah dimatikan.
Isyarat seperti itu biasanya digunakan untuk menyeragamkan maklumat masa.

Dengan mengkaji aliran ‘ping’ berkenaan, Inmarsat memutuskan bahawa kapal itu telah terbang lebih 5 jam selepas meninggalkan ruang udara Malaysia dan berkemungkinan telah mengambil dua laluan.

Naib Presiden Kanan (Hubungan Luar) Inmarsat Chris McLaughlin berkata kepada The Telegraph; “Kita melihat kepada kesan Doppler, yakni perubahan frekuensi akibat pergerakan satelit dalam orbitnya. Apa yang kami peroleh kemudiannya adalah jangkaan laluan utara dan jangkaan laluan selatan,”.

Walaupun Inmarsat menyampaikan maklumat itu kepada kerajaan Malaysia pada 12 Mac, ia terus mengkaji data yang ada.

Sejak itu, perbandingan turut dilakukan dengan lain-lain kapal terbang dalam laluan yang sama dan Inmarsat berjaya mewujudkan ‘persamaan luar biasa’ antara laluan yang diramal ke selatan dan bacaan yang diterima dari kapal terbang yang lain.

Maklumat itu bersama anggaran kelajuan MH370, memperkecilkan kawasan pencarian kepada 3 peratus daripada keluasan koridor selatan.

“Kami berkerja berdasarkan di mana ‘ping’ terakhir berlaku dan kami tahu bahawa kapal berkenaan mesti telah kehabisan minyak sebelum ‘ping’ otomatik seterusnya, tetapi kami tidak tahu kelajuan kapal itu bergerak – kami andaikan ia 450 knots,” kata McLaughlin.

“Kita tidak tahu bila bahan bakar kapal itu habis, kita tidak boleh tahu sama ada kapal itu menjunam atau meluncur dan kita tidak tahu sama ada kapal itu ketika penghujungnya sedang terbang lebih perlahan kerana ia terbakar dan berasap.” tambahnya.

Analisis itu telah diserahkan selepas ia dinilai oleh rakan industri penerbangan yang lain di UK dan oleh Boeing, lapor Sky News.

Punca kapal itu terhempas bagaimanapun masih misteri

Sumber

Petua Ubati Penyakit Lelah


Seperti yang kita sedia maklum, penyakit lelah/asma ini mungkin berpunca daripada keturunan dan persekitaran yang berhabuk. Salah satu petua yang dapat opah kongsikan dengan cucu-cucu sekalian adalah dengan menggunakan susu kambing yang juga minuman kegemaran Rasulullah SAW. Ambil 1 gelas susu kambing setiap pagi dan amalkan sehingga lelah beransur pulih. Selain itu, aktiviti berenang juga adalah satu senaman yang terbaik untuk pesakit lelah/asma.
 
Wallahua'alam..
 
Kredit To : Mrs. Gold

Monday 24 March 2014

Kisah Nyata 9 Mimpi Rasulullah


"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya. 
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut. 
SUMBER

Bas Sekolah Terbabas Di Hulu Langat, Seorang Pelajar Maut

Bas sekolah terbabas di Hulu Langat, seorang pelajar maut

HULU LANGAT:
Seorang pelajar maut, manakala tiga lagi parah apabila sebuah bas sekolah hilang kawalan di selekoh atas bukit di Hulu Langat petang tadi.

Mangsa, Chin Yeong Peng,17 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketika kejadian, 36 orang berada di dalam bas yang terdiri daripada 34 pelajar, seorang guru dan pemandu bas berkenaan.

Berdasarkan laporan awal, bas sekolah terbabit dalam perjalanan turun dari Menara Pemerhatian Hulu Langat sebelum kemalangan berlaku iaitu sekitar 2.06 petang.

Pelajar-pelajar terbabit adalah dari Sekolah Tinggi Katolik, Petaling Jaya.


bas sekolah


Sumber

Pesawat Tentera China Kesan ‘Objek Mencurigakan’ Di Selatan Lautan Hindi



chinese army

BEIJING- Pesawat tentera China dilaporkan mengesan sebuah “objek mencurigakan” di selatan Lautan Hindi semasa menjalankan usaha pencarian MH370, menurut sebuah laporan rasmi agensi berita Xinhua, hari ini.

Cerapan ringkas itu bagaimanapun masih belum dapat menggambarkan objek-objek tersebut yang dikatakan telah ditemui oleh anak kapal pesawat IL-76 China semasa misi pencarian di kawasan berkenaan.

Objek itu dikatakan berwarna  putih dan berbentuk empat segi.
Dua pesawat IL-76 milik China tiba di bandar Perth, Barat Australia pada Sabtu lalu, setelah usaha mencari dan menyelamat (SAR) antarabangsa meningkatkan fokus carian di selatan Lautan Hindi.

Beberapa satelit turut mengesan serpihan di kawasan yang mungkin mempunyai kaitan dengan kehilangan MH370.

Xinhua sebelum ini melaporkan bahawa misi yang dijalankan pada hari ini akan merangkumi kawasan sepanjang 400 kilometer dan 30 kilometer lebar.

Menurut Komander Liu Dianjun, pesawat China dijangka membuat lapan jam pusingan penerbangan semasa misi itu dengan jarak paling jauh 2,700 kilometer dari Perth.
Sementara itu, sebuah kapal pemecah ais China yang biasanya digunakan untuk penyelidikan di Antartika juga belayar ke kawasan itu setelah berlepas dari pelabuhan di Fremantle,Australia pada hari Jumaat dan dijangka tiba di kawasan carian pada Selasa, menurut Xinhua.

Beberapa kapal tentera laut China juga sedang dalam perjalanan.

Sumber

Petua Banyakkan Susu Badan / Ibu

Susu ibu adalah makanan yang terbaik untuk bayi. Doktor sendiri menyarankan agar hanya memberi bayi susu ibu pada 6 bulan pertama bayi.Susu ibu mengandungi laktosa yang bagus untuk sistem pencernaan bayi. Laktosa memberi sumber tenaga utama kepada bayi.

Protein juga terkandung di dalam susu ibu, jenis proteinnya adalah kecil dan mudah dicernakan oleh usus bayi yang lembut.Sumber utama protein ialah asid amino yang penting dalam pembentukkan struktur otak.
Antara zat lain yang terkandung di dalam susu ibu ialah asid lemak dan vitamin dan mineral.

Didalam Al-Quran juga menyuruh ibu untuk menyusukan bayi sehingga bayi berusia 2 tahun. Hal ini terkandung di dalam ayat




Variasi Resipi Cara Bancuh ESP Shaklee

Bagaimana cara nak bancuh esp shaklee? Ramai jugak yang tanyer saya pasal cara bagaimana nak bancuhnya... haaaa oklah saya akan ceritakan cara bancuh dan apa yang boleh dicamporkan supaya esp shaklee rasa lebih enak diminum dan lagi berkhasiat.
Variasi resipi bancuh ESP Shaklee
Sana sini orang asyiklah bercerita pasal esp shaklee ni... Kebaikan dan kesannya boleh dapat dilihat apabila kita konsisten amalkannya.. barulah boleh nampak perubahan pada kulit dan rasakan badan lebih bertenaga dari biasa. .. inilah best seller produk shaklee berbanding yang lain.... ESP dikatakan antara product killer Shaklee....hanya mereka yang dah rasa kebaikan dan kehebatannya sahaja tahu akan kesan yang sangat bagus kepada masalah yang mereka hadapi. ...
Apa ESP tu yer??... esp atau nama penuhnya energizing soy protein.. Semua orang dah tahu kebaikan dan manafaatnya tapi kali ni saya nak share cara-cara bancuh ESP Shaklee dengan pelbagai resepi yang sangat best dan pasti semua orang akan suka....especially mereka yang baru beli atau dah lama beli tapi tak tahu apa lagi yang boleh dipelbagaikan dengan esp ni ..asik bancuh dengan milo...dengan susu jerrr. .. lagi dan lagi...

Sunday 23 March 2014

Waktu Yang Di Larang Tidur


Petua Untuk Anak Dengar Cakap / Tidak Degil


Kalau dulu opah dah bagi petua macam macam mana nak mudah hamilkan?Sekarang dah dapat anak, anak agak degil dan keras kepala pula. Kita sebagai ibubapa mesti mahu yang terbaik untuk anak-anak kan.Kalau boleh cuba elakkan dari menengking atau memukul anak,kerana anak akan memprotes secara diam dan akan bertindak lebih degil. Tapi tak bermakna kita harus menurut semua kehendak anak, sebagai bubapa kita harus bertindak lembut tapi tegas.

PETUA UNTUK ANAK LEBIH DENGAR CAKAP

  1. Setiap pagi, sebelum pergi sekolah, anda berdiri di belakang anak dan kedua-duanya (anak dan ibu atau bapa) menghadap kiblat.
  2. Letakkan kedua-dua telapak tangan ibu/ayah yang dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut.
  3. Kucup dahi anak dan biarkan dia pergi ke sekolah. Telapak tangan anda (ibu/bapa) ada aura dan gunakannya sebaik-baiknya.
  4. Selepas berwuduk jangan dilapkan air wuduk sampai kering. Hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita contohnya lebihan wuduk di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.
  5. Tinggalkan pesanan ketika anak sudah 'hampir' terlena. Menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya. Bisikkan semua pesanan masa tu..“Walaupun anak kita tido,tapi rohnya tidak tidur”.
  6. Baca surah Taha ayat 1-5 kat telinga anak masa dia tidur.
  7. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun-umbun  kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali.
  8. Membaca surah Al Fatehah 1 kali, Alam Nasyrah 1x.
  9. Niat dalam hati mohon pada Allah: "Ya Allah permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati, lembutkan hati dan ditetapkan iman dan mohon anak aku ini mendengar cakap ibu bapanya".
"Jika benih iman dan akhlak yang baik disemaikan lebih awal lagi, InsyaAllah anak-anak ini tidak mudah terpedaya dan terpesong dengan cabaran-cabaran hidup apabila menempuh perjalanan hidup mereka kelak"."-Prof Dr Muhaya


CARA MELARANG ANAK

Cara untuk melarang anak  juga perlu lebih moden contoh, kalau anak hendak pegang benda yang kotor, anda jangan melarang seperti ini

"Jangan pegang benda tu nanti kotor!"

tapi gantikan dengan

"kalau adik pegang benda tu, tangan adik akan kotor, banyak kuman akan melekat. adik mau banyak kuman kat tangan adik"?

perhatikan perbezaan ayat itu, yang mana lebih lembut. Perkataan 'jangan' hanya akan membuatkan anak kita lagi mahu melakukan sesuatu yang dilarang

Kredit To : Mrs. Gold

Kebaikan Dan Kelebihan ESP Shaklee


ESP Shaklee membuatkan daku jatuh cinta dengannya..
Kenapa? Tak percaya?.. testimoni ramai berpuashati dengannya..

Apa ESP Shaklee?   
ESP Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), di mana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses. Tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.




 
Kebaikan dan kelebihan ESP membantu :

  • Membina sel2 baru utk kulit cerah dan bersih, kerana setiap hari yg ke-21, sel-sel baru terhasil dan memerlukan sokongan daripada protin untuk hasil yang lebih baik.
  • Pulihkan pigmentasi - kulit berseri, tona kulit sekata, pulihkan parut jerawat....
  • Ibu hamil lebih bertenaga dan berseri, dan membekalkan asid amino yang bertindak untuk otot dan organ bayi.
  • Sangat berkesan utk ibu menyusukan anak (act as milk booster)
  • Membantu pertumbuhan plasenta, uterus, dan untuk membantu aliran darah ibu yang sentiasa bertambah semasa mengandung.
  • Membantu ibu2 yang mengalami morning sickness kerana ESP membekalkan tenaga.
  • Bagus untuk ibu hamil yg ingin mengurangkan tanda2 Strecthmark.
  • Membantu mengurangkan paras kolesterol dan penyakit jantung.
  • Membantu mengawal masalah diabetes.
  • Membantu memberi tenaga segera... mereka yg sering letih dan lesu
  • Membantu menurunkan berat badan – NAK KURUS!!! Sebab ESP mengenyangkan..
  • Bantu pulihkan gastrik dan bagus utk mereka yang baru pulih dari sakit.

Kredit To : Normal Ab. Shukor

****************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau

Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim


Saturday 22 March 2014

Petua Mengatasi Sembelit

Hari ini opah nak kongsi petua mengatasi sembelit pula. Bukan semua orang di lahirkan dengan sisitem penghadaman yang sempurna, mampu menyingkirkan toksin dari badan setiap hari.Toksin yang terkumpulm di dalam badan jika tidak dikeluarkan akan memberi kesan yang tidak bagus kepada badan.Antara kesan-kesannya ialah
  • Berat badan naik mendadak
  • Sering keletihan, kurang bertenaga, sakit kepala
  • Insomnia (masalah tidur), Mata gelap
  • Daya ingatan dan tumpuan yang lemah, Rasa cemas
  • Alahan, Masalah sinus, Sistem imun yang lemah
  • Masalah sistem pencernaan – sembelit, kembung perut
  • Masalah sendi
  • Masalah kulit – jerawat, eczema
  • Selulit, Kenaikan berat badan, Tanda-tanda penuaan awa
PETUA MERAWAT SEMBELIT
  • Makan buah pisang atau betik selalu.
  • Ambil dua biji pisang lemak manis yang cukup masak. Buang kulitnya dan kisar bersama segelas air. Amalkan minum air pisang ini dua kali sehari sehingga sembuh.
  • Dapatkan akar temu lawak dan segenggam biji sawi. Masukkan ke dalam periuk dengan air secukupnya. Rebus hingga mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Tapis dan minum airnya pagi dan petang setiap hari sehingga sembuh.
  • Rebus daun gelenggang dan jadikan ulaman makan bersama nasi setiap hari.
  • Amalkan makan buah atau jus prune.Prune terkenal dengan kandungan serat yang tinggi, sekaligus membantu anada merawat sembelit.
  • Untuk sesetengan orang dengan meminum kopi dapat membantu mempercepatkan pengeluar najis kerana kopi apat menambah pergerakkan usus.Tapi bagi sesetengah orang yang lain,kopi mempunyai daya serapan air yang tinggi sekaligus membuatkan najis anda menjadi keras dan mengakibatkan sembelit 
  • Minum banyak air (Air dapat melembutkan najis dan dapat menyenangkan kita untuk membuang air besar)
  • Buang air besar dalam keadaan yang mencangkung lebih baik dari duduk.Kedudukan yang mencangkung dapat memudahkan pengeluaran najis.
  • Sentiasa bersenam, dengan 30 minit bersenam setiap hari dapat menambahkan pegerakkan usus sekaligus dapat menguruskan badan anda.

Kredit To : Mrs. Gold

Subhanallah - Peristiwa Unik Laungan Azan

 
Apabila telah dikumandangkan azan, wajib hukumnya bagi umat muslim di dunia untuk melaksanakan solat. Disebalik merdunya suara Azan yang berkumandang, ada keistimewaan tersendiri dari azan sehingga bagi muadzin (orang yang menyeru azan) sekalipun, Allah telah menjanjikan pahala kepadanya. Di balik keistimewaannya, azan juga menyimpan fakta yang mengagumkan.

1. Kalimat penyeru yang mengandungi kekuatan dahsyat

Apabila azan berkumandang, kaum muslim yang benar-benar beriman dan bertakwa kepada Allah akan bergegas ke masjid menunaikan solat. Tanpa sedar saraf akan memerintahkan tubuh untuk segera menunaikan solat. Simpulan kesedaran psiko-religius dalam otak umat muslim akan bergetar, berhubung secara serentak dan dengan jumlah kesedaran seorang hamba (abdi). Seakan suara khas azan telah tertanam dalam alam bawah sedar setiap muslim. Sehingga ketika mendengarnya, pancaindera tubuh mereka lalu bergerak untuk solat. Suara azan seakan telah menyentuh fitrahnya untuk beribadah.

2. Ramai bukan muslim yang mendapat hidayah setelah mendengar azan

Banyak kisah perjalanan hidup kaum mualaf hingga akhirnya mendapat hidayah yang seringkali menyentuh nurani. Apabila suara azan yang didengar mereka telah menggetarkan hati dan kesedaran untuk mengucap syahadah. Seakan fitrah Islam dalam diri mereka terbangkitkan melalui alunan azan itu.

Kementerian Hal Ehwal Agama Turki pernah melapokan sekurang-kurangnya 634 orang telah masuk Islam selama tahun 2011, termasuk 467 wanita, yang berusia rata-rata 30 hingga 35 tahun dan berasal dari negara yang berbeza  Jerman, Maldiva, Belanda, Perancis, China, Brazil, AS, Romania dan Estonia. Mereka adalah pelancong-pelancong yang melancong ke Turki.

Di bandar Kayseri Turki sendiri, sekurang-kurangnya 14 orang telah masuk islam selama empat tahun berturut, termasuk 10 wanita. Mufti bandar Kayseri, Syaikh Ali Marasyalijil menyebutkan umumnya mereka masuk Islam setelah tersentuh mendengar alunan azan.

Rapper dari Amerika Syarikat, Chauncey L Hawkins yang popular dipanggil Loon mengakui masuk Islam setelah mendengar suara azan ketika berkunjung ke Abu Dhabi, Dubai.

3. Perintah azan datang melalui mimpi

Pada awalnya Rasulullah SAW tidak tahu dengan cara yang digunakan untuk mengingatkan umat muslim bila waktu salat tiba. Ada sahabat yang menyampaikan idea untuk mengibarkan bendera, menyalakan api di atas bukit, meniup terompet dan membunyikan loceng. Semua cadangan itu dianggap kurang sesuai.

Hingga datanglah sahabat, Abdullah bin Zaid yang bercerita jika dia mimpi bertemu dengan seseorang yang memberitahunya untuk mengumandangkan azan dengan menyerukan lafaz-lafaz azan seperti ketika ini. Lalu dikabarkanlah perihal mimpi ini kepada Rasulullah. Umar bin al-Khattab mendengar hal itu dan ternyata dia juga mengalami mimpi yang sama. "Demi Tuhan yang mengutusmu dengan Hak, ya Rasulullah, aku benar-benar melihat seperti yang dia lihat (di dalam mimpi)". Lalu Rasulullah bersabda: "Segala puji bagimu." Rasulullah bersetuju untuk menggunakan lafaz-lafaz azan itu sebagai tanda waktu salat tiba.

4. Dikumandangkan saat peristiwa-peristiwa bersejarah

Selain digunakan untuk menunjukkan waktu solat, azan juga dikumandangkan semasa peristiwa penting dan bersejarah. Misalnya ketika seorang bayi lahir. Peristiwa penting yang berlaku dalam Islam juga azan dikumandangkan. Ketika pasukan Rasulullah berjaya menguasai Mekah dan berhala-berhala di sekitar Kaabah dihancurkan, Bilal bin Rabbah mengumandangkan azan dari atas Kaabah.

Peristiwa lain, ketika Konstantinopel jatuh ke tangan pasukan Ottoman yang mengakhiri Empayar Rom Timur, beberapa perajurit Ottoman masuk ke dalam lalu mengumandangkan azan sebagai tanda kemenangan mereka.

5. Bilal tak kuat meneruskan azan

Setelah Rasul wafar, Bilal lagi mahu untuk mengumandangkan azan kerana selalu menangis setiap kali mengingat Rasul.

6. Berbilion kali dikumandangkan sejak 14 abad lalu

Azan dikumandangkan 5 kali sehari. Semenjak azan pertama kali dikumandangkan 14 abad lalu hingga saat ini. Tidak boleh dikira berapa juta kali azan telah berkumandang.

Anggaplah setahun 356 hari. Jika 14 abad adalah 1400 tahun, maka 1400 tahun x 356 hari = 511000 hari. Dalam satu hari, azan 5 kali dikumandangkan. Sehingga sekurang-kurangnya azan telah dikumandangkan 2.555.000 kali. Jika dalam satu hari ada 1 juta muslim di dunia yang mengumandangkan azan, jadi azan telah dikumandangkan sebanyak 2.555.000.000.000 kali. Subhanallah!

7. Tidak berhenti dikumandangkan hingga kiamat

Bumi berbentuk bulat. Ini menyebabkan berlaku perbezaan waktu solat pada setiap kawasan. Ketika azan telah selesai berkumandang di satu kawasan, maka selanjutnya azan berkumandang di kawasan lain.

Ikrar Shaklee Untuk Sentiasa Selamat

Salah satu slogan atau ikrar Shaklee adalah Sentiasa Selamat.

Banyak produk sekarang telah melalui proses yang panjang dan telah memasukkan bahan-bahan tertentu demi mengekalkan kesegaran atau membekalkan bahan yang banyak untuk menampung permintaan. Lebih-lebih lagi, rakyat Malaysia memang obses kepada kecantikan. Mahu kurus dan cantik macam si polan, mahu jelita macam artis xx. Keadaan ini menyebabkan penjual mengambil kesempatan, lihatlah banyakkan produk kesihatan / kecantikan yang diambil daripada negara tertentu dan dijenamakan semula tanpa melihat kepada isi kandungan dan keselamatan produk tersebut.

Ya memang bahan-bahan itu berkesan untuk tujuan tertentu. Contohnya sibutramine yang banyak dimasukkan ke dalam makanan kesihatan atau set diet. Sibutramine kalau ikutkan memang baik untuk pengurusan berat badan, tetapi ia diberikan haruslah dalam pemantauan doktor bertauliah. Ini kerana ia boleh menyebabkan jantung berdegup terlalu pantas. Bahan ini pula dimasukkan ke dalam makanan tambahan untuk kurus, dan tanpa pengawasan doktor! Apakah ini selamat?

Shaklee pula bermula dengan penemuan Vitalizer oleh Dr Shaklee hampir 100 tahun lalu terus setia dan komited dengan ikrarnya, iaitu sentiasa selamat. Menyediakan produk yang selamat kepada pengguna. Ini kerana Shaklee berminat dengan kesihatan. 

Apakah yang terkandung di dalam ikrar Sentiasa Selamat Shaklee?

1. Ia melakukan 100,000 ujian kualiti ke atas produk-produknya setiap tahun.
2. Sebanyak 23,000 ujian ketulenan dan keselamatan terhadap produk keluarannya.
3. 80,000 ujian potensi dan kualiti dijalankan 
4. Tidak mengandungi bahan tiruan.
5. Tanpa bahan kimia berbahaya.


Shaklee sentiasa selamat

Friday 21 March 2014

Petua Mendapat Anak Lelaki




Anak adalah pengikat kasih sayang suami isteri, selain itu kehadirannya juga menambah seri dalam kehidupan. Setiap pasangan mengimpikan anak yang sihat dan comel bagi menyambung warisan mereka.

Tetapi adakalanya,kita tidak mendapat jantina anak yang diingi, sebagai contoh sudah punya 4 anak tapi ksemuanya perempuan atau sebaliknya.Tidak salah untuk berusaha mendapatkan jantina anak yang diingini selagi tidak bertentangan dengan hukum.

Untuk pengetahuan XX merujuk kepada kromosom perempuan dan XY merujuk kepada kromosom lelaki. Jantina anak lelaki 100%  datang dari kromosom ayah,dan jika masih tak mendapat anak lelaki jangan sesekali menyalahkan isteri anda.

Bagi mendapatkan cahaya mata lelaki terdapat bermacam faktor yang mempengaruhinya. Terutamanya faktor pemakanan. Ibu seharusnya banyak mengambil makanan:

Manusia Mempunyai 360 Sendi Sudah Disabdakan 1400 Tahun Lalu

 
‘Aisyah RA meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Setiap manusia telah diciptakan dengannya tiga ratus enam puluh sendi. Oleh itu sesiapa yang mengagungkan Allah, Bersyukur kepadaNya, bertahlil, memuji Allah, dan mencari pengampunan dari Allah, dan mengalih batu, atau duri, atau tulang dari laluan orang ramai, dan mengajak kepada kebajikan dan melarang daripada kejahatan, dengan sendinya tiga ratus enam puluh, ia akan berjalan pada hari akhirat dengan mengeluarkan dirinya dari neraka.” [HR Muslim]

Buraida meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Setiap orang mempunyai tiga ratus enam puluh sendi, oleh itu ia harus memberi sedekah untuk setiap satu dari nya.” Ditanyakan kepadanya: “Ya Rasulullah, siapa yang mampu berbuat demikian?” Rasulullah SAW menjawab:“Kalian boleh menimbus kahak yang mungkin kalian temui di dalam masjid, atau mengalihkan batu, duri, atau tulang dari laluan orang-ramai. Jika kalian tidak mampu berbuat demikian, solat dua rakaat Ad-Dhuha sudah mencukupi. “ [HR Abu Dawud, disahihkan oleh Albani]

Dr. Hamid Ahmad Hamid dalam bukunya “The Journey of Faith inside the Human Body”, mengesahkan terdapatnya 360 sendi pada tubuh manusia seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW 1400 tahun yang lalu , iaitu seperti berikut:

  • 147 sendi di tulang belakang
  • 25 sendi antara tulang belakang
  • 72 sendi antara tulang dan tulang rusuk
  • 50 sendi antara tulang bahagian luqaimat (lumbar?)
  • 24 sendi di dada
  • 2 sendi antara tulang sternum dan thoracic cage
  • 18 sendi antara tulang dada dan tulang rusuk.
  • 2 sendi antara klavikula dan skapula (tulang belikat).
  • 2 sendi antara skapula dan dada
  • 86 sendi di hujung teratas
  • 2 sendi antara tulang scapular
  • 6 sambungan antara siku.
  • 8 sendi antara pergelangan tangan
  • 70 sendi antara tulang tangan
  • 92 sendi di hujung terbawah
  • 2 sendi pinggul
  • 6 sendi antara tulang lutut
  • 6 sambungan antara pergelangan kaki
  • 74 sendi antara tulang kaki
  • 11 sendi di pelvis
  • 4 sendi antara vertebra tulang ekor (coccyx)
  • 6 sendi antara tulang acetabulm
  • 1 sendi sumphysis kemaluan


Jumlah sendi 360

Fungsi sendi ini adalah bagi memudahkan pergerakan anggota –anggota di tubuh manusia.

Pada zaman Nabi SAW adalah tidak mungkin bagi manusia untuk mengetahui bilangan sendi ini dengan ketepatan seperti itu, kerana sebahagian besar sendi ini halus saja dan berada pada kedudukan yang sangat sukar untuk dilihat. Sendi-sendi halus ini tidak diketahui sebelum adanya kemajuan anatomi , dan pada masakini para saintis barat hanya mampu menganggarkan bilangan sendi di dalam tubuh manusia adalah di antara 250 hingga 350.

Allah SWT berfirman:
“Apakah Dia (Allah) yang menciptakan itu tidak tahu, sedangkan Dia adalah Maha Halus, lagi Maha Mengetahui?” ( Al-Mulk :14)

“Dan tidaklah yang diucapkannya (Rasulullah SAW) itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (An-Najm: 3-4)

*Sumber dari mysweetmiko.blogspot.com

4 Teknik Cara Saidina Umar Mendidik Anak

Lepasan SPM 2013 : Tawaran Biasiswa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Debaran untuk mengetahui dan mengambil keputusan SPM 2013 telah pun selesai. Bagi calon-calon yang berjaya dengan cemerlang di ucapkan Tahniah dan bagi mereka yang kurang berjaya, boleh berusaha lagi di cabaran yang mendatang.

Bagi mereka yang berjaya, kini mula sibuk untuk memohon mana-mana biasiswa bagi merealisasikan impian untuk melanjutkan pelajaran ke universiti di dalam mahupun luar negara tercapai.

Berikut adalah beberapa link bagi beberapa biasiswa yang boleh di pohon oleh pelajar lepasan SPM 2013 :

























Semoga berjaya....

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...