Sunday 2 March 2014

Bawang putih adalah sejenis herba

Sebenarnya dari segi ilmu botani, bawang putih dikategorikan sebagai herba; bukan sayur-sayuran atau buah- buahan. Nama latin atau saintifik bagi bawang putih ialahAllium sativum. Bahan aktif dalam bawang putih dipanggil Allicin - sejenis bahan kimia yang dihasilkan apabila bawang putih dihancurkan samada dipotong, ditumbuk atau dikunyah. 

Manfaat dan khasiat bawang putih untuk kesihatan


  • Kaya dengan vitamin C, B dan A serta mengandungi selenium, potassium, kalsium, zink dan banyak lagi.
  • Antibiotik semulajadi yang membantu sistem tubuh membantutkan pertumbuhan dan pembiakan bakteria dan virus dalam badan
  • Menipiskan darah - sesuai untuk masalah jantung, kolesterol tinggi dan mencegah serangan jantung dan strok
  • Mengandungi germanium yang merupakan agen anti kanser dan anti tumor
  • Membantu menstabilkan tekanan darah samada tinggi atau rendah
  • Membantu menstabilkan paras gula dalam darah
  • Meningkatkan ketahanan badan terhadap masalah alergi, demam dan selsema
  • Membantu peningkatan cecair hempedu bagi mengurangkan lemak pada hati
  • Membantu mengelakkan kenaikan berat badan berlebihan
  • Membantu menurunkan paras gula dalam darah
  • Membantu masalah jangkitan fungus pada kulit seperti panau, yeast dan sebagainya

Petua tradisional menggunakan bawang putih


  • PANAU : belah dua seulas bawang putih, sapukan pada bahagian yang kena panau semasa mandi. Amalkan setiap hari
  • BATUK : bakar seulas bawang putih dgn kulitnya sekali. Lenyekkan bawang yang telah dibakar didalam beberapa titis minyak urut/ minyak zaitun/ minyak kelapa. Sapukan pada dada, belakang badan, sekitar leher dan tengkuk. Amalkan sehingga batuk reda
  • DEMAM/ SELSEMA : Kunyah 2 ulas bawang putih mentah. Minum banyak air masak. Amalkan setiap hari sehingga demam/ selsema reda
  • KEMBUNG PERUT : Bakar dua biji bawang putih. Makan begitu sahaja
  • MEMEKATKAN AIR MANI : Makan seulas bawang putih bakar setiap pagi semasa perut kosong. Amalkan selama 40 hari berturut-turut tanpa putus
  • SAKIT KEPALA : Hiris bawang putih nipis2. Tampal di dahi dan pelipis kiri kanan kepala. Ulang sehingga reda.

Bagi anda yang ingin menikmati khasiat bawang putih ini, anda boleh dapatkannya dengan membeli Set Garlic Shaklee. Dapatkannya daripada saya dengan harga yang istimewa... 


****************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau
Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim 

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...