Thursday 20 March 2014

MH370: Dua objek dipercayai milik pesawat ditemui, kata PM Australia

KUALA LUMPUR: Dua objek yang mungkin berkait rapat dengan pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac, telah dijumpai, kata Perdana Menteri Australia Tony Abbot.

Menurut laporan AFP, pesawat P-3 Orion milik Australia telah dihantar ke kawasan di mana objek itu kelihatan.

Australia mengetuai pasukan pencarian di bahagian selatan Lautan Hindi.

Abbot berkata pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia telah menerima maklumat tersebut berdasarkan maklumat yang diterima daripada satelit.

"Berikutan analisis pakar imej satelit ini, dua objek mungkin berkaitan dengan pencarian telah dikenal pasti." katanya di Parlimen negara itu.

The Sydney Morning Herald melaporkan bahawa Abbot telah memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkara ini.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia dijangka mengadakan sebuah sidang media pada pukul 12.30 petang waktu Malaysia.

Sumber-Astro Awani

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...