Monday, 31 March 2014

Tips Penjimatan : Phone Lines & Mobile Data Plan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Semua orang pasti menginginkan duit yang lebih bagi meringankan beban keperluan harian dan keperluan hidup. Lebih-lebih lagi, di waktu ini kita dapati pelbagai barangan dan keperluan mengalami peningkatan harga. Tetapi sedarkah anda bahawa ada beberapa perkhidmatan yang menawarkan pulangan kewangan kepada pelanggan mereka. Mungkin jumlahnya tidaklah besar tetapi ianya mampu meringankan beban perbelanjaan seseorang.




Hari ini saya ingin berkongsi tentang perkhidmatan U-Mobile. Saya dan suami telah pun bertukar kepada U-Mobile lebih dari sebulan. Secara keseluruhannya kami amat berpuas hati dengan servis yang diberikan.Untuk pengetahuan semua kami menggunakan package UMI38 daripada beberapan beberapa pakej Prepaid Plan yang di tawarkan. 




Dan berikut adalah kelebihan yang kami perolehi :


1) Kadar panggilan percuma selama 150 minit kepada semua rangkaian
Bagi medium user macam kami, ianya merupakan tawaran yang amat berbaloi. Biasa Telco yang lain hanya menawarkan kadar panggilan percuma kepada rangkain yang sama sahaja.

2) Mobile Data Plan : 1 GB
Dengan size yang di tawarkan itu cukup bg kami melayari internet menerusi Hand Phone kami. Mungkin ianya tidak mencukupi jika kami adalah downloader tegar. :)

3) 30 SMS Percuma
Dengan perisian seperti Whatsapp, WeChat dan Line, fungsi sms sudah mula berkurangan. Jadi kami rasa 30 sms percuma yang ditawarkan ini berbaloi dengan pakej (UMI38) yang di ambil.

4) Kelajuan Internet Yang Hebat
Telco yang kami gunakan sebelum ini tidak dapat memberi kelajuan Internet yang kami perolehi sekarang. Sekarang kami melayari internet dengan kelajuan H+... Memang ama-amat berpuas hati kerana sebelum ini kami hanya dapat menggunakan kelajuan Internet dengan G ataupun E sahaja.

5) Unused Plan boleh di bawa ke bulan hadapan
Ianya merupakan tawaran yang saya tak jumpa pada Telco yang lain. Cuba bayangkan berapa banyak kita dapat jimat dengan tawaran ini.

6) MGM Plan (Member Get Member Plan)
Kita memperolehi komisyen setiap kali kawan kita berdaftar di bawah kita. Ini bukan sistem pyramid kerana ianya hanya 1 level sahaja. Dengan pendaftaran yang berjumlah cuma RM8, nyata ianya harga yang berpatutan untuk semua




7) Bonus, Komisyen Dan Reward
Banyak bonus di tawarkan oleh U Mobile. Di antaranya adalah 
     a) bonus 15% selama 6 bulan sekiranya kita bertukar dari Telco sedia ada kepada  U-Mobile.  


     b) reward dalam bentuk points yang boleh di tukar kepada duit dengan setiap top up yang dibuat.



     c) lifetime untuk setiap prepaid plan adalah 2 bulan (normally hanya 1 bulan sahaja).

Saya dan suami bukan bekerja atau mempunyai kepentingan dengan U-Mobile tetapi kami hanya cuma ingin berkongsi tawaran yang hebat ini kepada semua pembaca. Semoga perkongsian yang sedikit ini memberi manfaat pada semua.. Insya-Allah

Jika ada sesiapa yang berminat dan dah berdaftar dgn U-Mobile ni nanti jangan lupa bagitau saya ye... :)


No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...