Tuesday 18 March 2014

Buah dan Manfaat

Assalamualaikum,



Buah-buahan kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral yang sangat bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan kita. Selain dari rasanya yang sedap, buah-buahan juga boleh dijadikan sebagai pengganti snek yang tidak sihat. 



Buah dan Manfaat
Buah dan Manfaat (Gambar hiasan) - cforcookie.wordpress.com


Sebelum ini telah dibincangkan mengenai tips membeli makanan sihat. Manfaat beberapa jenis buah-buahan adalah seperti berikut:



1. Jenis buah : Aprikot, labu, tembikai susu, pic, pisang, keledek

Kandungan vitamin A di dalam buah-buahan ini bermanfaat untuk individu yang mengalami masalah rabun dan dapat melawan penyakit. Kandungan Carotenoids (warna merah, oren atau kuning) bertukar kepada Vitamin A ketika proses penghadaman.




2. Jenis buah : Tembikai, nenas, mangga, strawberi, betik, buah-buahan sitrus, kiwi

Buah-buahan ini kaya dengan vitamin C yang bermanfaat memulihkan dan menambah tisu badan kita di samping penting untuk sistem imunisasi. Simptom kekurangan Vitamin C adalah seperti lemah otot, kesan lebam, gusi berdarah, tekanan dan keletihan.




3. Jenis buah : Kurma, pisang, nenas, limau mandarin, buah ara, pic, avocado
Kandungan protein yang terkandung dalam buah-buahan ini bermanfaat untuk mengatasi masalah seperti keguguran rambut, kekeringan kulit, pening kepala dan kesukaran untuk tidur. 


4. Jenis buah : Anggur, kismis, epal, jambu, buah ara, prun

Serat yang tinggi serta kalori yang rendah mampu membuatkan kita terasa kenyang. Serat juga dapat menurunkan kadar kolesterol serta tahap gula dalam badan. Tentu ianya sangat sesuai kepada mereka yang ingin mengurangkan berat badan. 



5. Jenis buah : Pisang, avocado, aprikot, kismis, buah ara, mangga, strawberi

Khasiat potasium di dalamnya bermanfaat mengekalkan tahap air dan asid dalam sel tisu di samping membantu menguatkan otot. Simptom tekanan darah tinggi, diabetis dan kelemahan memori dapat diatasi dengan pengambilan potasium.



Selain daripada dimakan sebagai snek, buah-buahan juga boleh diproses menjadi jus buah atau dimakan sebagai salad . Oleh itu, buah-buahan memang bermanfaat untuk kesihatan kita. Boleh juga membaca makan malam untuk diet. 
Bagi golongan yang senantiasa sibuk sehingga mengabaikan pengambilan buah-buahan sebagai sumber serat dan vitamin, bolehlah mengambil supplemen yang di sediakan oleh Shaklee seperty Vitamin C, Protein (ESP), Omega, Vitamin E dan sebagainya. Disamping ianyanya mudah di ambil, vitamin-vitamin yang ditawarkan juga mempunyai khasiat yang tinggi.
Kredit To : Mizzaiza 

****************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau

Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim 

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...