Tuesday, 18 March 2014

Ngeri: 6 Mati Dalam Masa 10 Minit Kerana Dadah Ni



Bahana Dadah

Mati Dalam Masa 10 Minit




Ngeri. 6 pengunjung Konsert Festival Muzik di Bukit Jalil, mati hanya dalam masa 10 minit selepas mengambil dadah ecstasy jenis baharu. Kesemua mereka dikatakan mengalami sesak nafas sebelum menghembuskan nafas terakhir. 



Bahan Ujikaji Dadah




Hasil pemeriksaan kesemua mereka didapati positif Dadah jenis methampetamine dan ampetamine. Dan yang lebih malang keenam-enam mereka boleh dianggap sebagai bahan ujikaji untuk dadah terbaru ini yang akan dijual dipasaran secara besar-besaran.



Apa yang boleh kita katakan, dadah ni memang power. Dan seharusnya kerajaan segera bertindak menghalang dadah jenis terbaru ini daripada menembusi pasaran untuk mengelakkan lebih ramai lagi kawan-kawan kita di luar sana mati secara mengejut.



Dadah Setiap Dua Minggu



Menurut kajian Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dadah baharu dikeluarkan setiap dua minggu. Sebelum dijual secara besar-besaran pastinya ada yang menjadi bahan ujikaji. Kalau selalunya tikus ataupun haiwan lain yang digunakan untuk menguji setiap produk baharu dipasaran, untuk dadah mereka lebih gemar memilih manusia sendiri. Huh ngeri...

Kredit To : RDZZ

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...