Saturday, 8 March 2014

2 in 1 Set Menyusu Dan Kurus Shaklee

Sepanjang tempoh mengandung berat badan kita perlu naik sekitar 10kg-15kg. Dan ia adalah sesuatu perkara yang normal sekiranya kita kelihatan sedikit tembam dari sebelum mengandung. Selepas melahirkan selain menyusukan bayi, satu hal yang sering difikirkan oleh seseorang wanita adalah untuk menguruskan badan. Ia adalah normal, kerana fitrah wanita untuk kelihatan cantik terutama di hadapan suami tercinta.

Kebaikan menyusukan anak dengan susu ibu adalah secara tidak langsung membantu ibu untuk menurunkan berat badan sewaktu mengandung dahulu. Hal ini kerana, proses menyusukan anak membantu membakar sebanyak 500 kalori setiap hari. Walaupun anda menyusukan anak sambil anda tidur!!!

Sebenarnya anda tidak perlu bersungguh-sungguh untuk menahan lapar atau mengambil kurang kalori dalam pemakanan harian. Hal ini kerana, diet harian adalah penting untuk kestabilan kesihatan anda, untuk kegunaan tenaga harian dan juga tenaga untuk menghasilkan susu ibu. Kekurangan makanan sebenarnya tidak menjejaskan aktiviti pengeluaran susu badan dan juga kualiti susu badan tetapi tubuh anda sedang bertarung dengan kekurangan gizi makanan dan menyebabkan anda lemah dan tidak sihat.

Maka lebih baik anda mengamalkan diet yang sihat, lengkap dengan nutrisi berbanding menahan lapar dan sakit semata-mata untuk kurus. Apalah gunanya berbadan kurus tetapi sering sakit dan tidak bertenaga. Bagaimana juga anda ingin menjayakan penyusuan susu ibu selama dua tahun sekurang-kurangnya yang memerlukan anda sentiasa cergas dan bertenaga. Ya, menyusukan anak masa kini ditambah anda seorang wanita bekerjaya menuntut penggunaan tenaga yang bukan sedikit.
 
Kredit To :Atiqah Aziz

****************************************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau

Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim 
 

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...