Saturday 1 March 2014

Penyelidik Jepun Memeluk Islam Selepas Mengkaji Ayat Tin Dan Zaitun




“Demi Tin dan Zaitun…” Presiden Kumpulan Penyelidik Jepun Memeluk Islam



 
Buah Zaitun



Satu Keajaiban Saintifik Al-Quran
Dr Taha Ibrahim Khalifa, bekas Dekan dan Profesor Medicinal Plants and Drugs Universiti Al-Azhar menceritakan tentang satu keajaiban Al-Quran.


Metallothionein (MT): Suatu bahan yang dihasilkan oleh otak manusia dan binatang dalam kuantiti yang sedikit.  Bahan ini ialah satu protein yang mengandungi Sulfur di mana ianya mudah untuk bergabung dengan zink, besi dan fosforus.  Bahan ini sangat penting kepada badan manusia untuk mengurangkan kolestrol, melakukan proses penghadaman, menguatkan jantung dan mengawal pernafasan.

Penghasilan MT menaik secara perlahan-lahan antara umur 15 hingga 35 tahun.  Kemudian, penghasilannya akan berkurang dan akan berhenti pada umur 60 tahun.  Sebab itu, bukan mudah untuk mendapatkan MT pada manusia, dan kuantiti yang sedikit juga didapati pada binatang.

Maka dengan sebab ini, ramai penyelidik mencarinya pada tumbuh-tumbuhan.  Sekumpulan penyelidik Jepun mencari bahan ajaib ini yang dapat menghilangkan simptom penuaan.  Pasukan tadi hanya menemui bahan ini pada 2 jenis tumbuhan sahaja: buah tin dan zaitun.

Allah yang Maha Besar telah menyebut di dalam kitab suci:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun, dan demi bukit Sinai, dan demi kota (Mekah) ini yang aman.  Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya, Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka).”   (Surah Al-Tin 95: 1-5)

Mari kita berfikir sejenak tentang sumpah Allah terhadap buah tin dan zaitun.  Kemudian mari kita cuba kaitkan terus kepada sebaik-baik kejadian iaitu manusia dan kemudian dikembalikan ke tempat yang serendah-rendahnya.

Setelah MT dikeluarkan dari buah tin dan buah zaitun, para saintis mendapati bahawa MT yang didapati dari buah tin dan buah zaitun secara berasingan, tidak memberi manfaat yang dikehendaki.  Namun, manfaatnya hanya dapat dilihat apabila kedua-duanya dicampurkan sekali.  Setelah menyedari tentang hakikat ini, kumpulan penyelidik dari Jepun cuba mencari kadar campuran yang terbaik untuk mendapatkan kesan yang terbaik.

Didapati kadar campuran yang terbaik ialah 1 bahagian buah tin kepada 7 bahagian buah zaitun!

Dr Taha Ibrahim Khalifa telah mencari dalam Al-Quran dan mendapati bahawa At-Tin’ telah disebut sekali manakala ‘Zaitun’ telah disebut 6 kali secara jelas dan sekali secara tersirat pada surah Al-Mu’minun:

     “Dan (Kami juga menumbuhkan untuk kamu) pokok yang asal tumbuhnya di kawasan Gunung Tursina, yang mengeluarkan minyak dan lauk bagi orang-orang yang makan.” 
(Surah Al Mu’minun 23:20)

Dr Taha telah menghantar semua maklumat yang telah dikumpul dari Al-Quran kepada pasukan penyelidik Jepun tadi.  Setelah mengesahkan bahawa apa yang dijumpa tadi telahpun disebut dalam Al-Quran 1427 tahun yang lalu, Presiden kepada pasukan penyelidik Jepun tadi telah mengumumkan kemasukkannya kepada Islam dan paten tentang kajian yang dibuat oleh pasukan tadi telah diserahkan kepada Dr Taha Ibrahim Khalifa.

Olive

Dia lah yang menurunkan hujan dari langit; sebahagian daripadanya untuk minuman kamu dan sebahagian lagi menyebabkan tumbuhnya pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) untuk kamu melepaskan binatang-binatang ternak: makan padanya. Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir.”  
(Surah Al Nahl 16:10-11)

Dipetik dari SINI

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...