Monday, 24 March 2014

Pesawat Tentera China Kesan ‘Objek Mencurigakan’ Di Selatan Lautan Hindi



chinese army

BEIJING- Pesawat tentera China dilaporkan mengesan sebuah “objek mencurigakan” di selatan Lautan Hindi semasa menjalankan usaha pencarian MH370, menurut sebuah laporan rasmi agensi berita Xinhua, hari ini.

Cerapan ringkas itu bagaimanapun masih belum dapat menggambarkan objek-objek tersebut yang dikatakan telah ditemui oleh anak kapal pesawat IL-76 China semasa misi pencarian di kawasan berkenaan.

Objek itu dikatakan berwarna  putih dan berbentuk empat segi.
Dua pesawat IL-76 milik China tiba di bandar Perth, Barat Australia pada Sabtu lalu, setelah usaha mencari dan menyelamat (SAR) antarabangsa meningkatkan fokus carian di selatan Lautan Hindi.

Beberapa satelit turut mengesan serpihan di kawasan yang mungkin mempunyai kaitan dengan kehilangan MH370.

Xinhua sebelum ini melaporkan bahawa misi yang dijalankan pada hari ini akan merangkumi kawasan sepanjang 400 kilometer dan 30 kilometer lebar.

Menurut Komander Liu Dianjun, pesawat China dijangka membuat lapan jam pusingan penerbangan semasa misi itu dengan jarak paling jauh 2,700 kilometer dari Perth.
Sementara itu, sebuah kapal pemecah ais China yang biasanya digunakan untuk penyelidikan di Antartika juga belayar ke kawasan itu setelah berlepas dari pelabuhan di Fremantle,Australia pada hari Jumaat dan dijangka tiba di kawasan carian pada Selasa, menurut Xinhua.

Beberapa kapal tentera laut China juga sedang dalam perjalanan.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...