Thursday 20 March 2014

Inilah Imej Oleh Satelit Australia Yang Dikatakan Serpihan MH370


SEORANG wartawan yang berada di dalam pesawat milik Amerika Syarikat jenis P-8 dalam misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines difahamkan menerima isyarat radar dari sebuah objek besar di Lautan Hindi yang mungkin boleh dikaitkan dengan pesawat berkenaan.
 


Radar itu menerima isyarat yang dilihat siginifikan dengan misi berkenaan dan para anak kapal pesawat berkenaan cuba untuk melihat visual objek berkenaan.

Berita itu disiarkan melalui tweet oleh agensi media ABC News dalam maklum balas kepada tweet wartawan berkenaan iaitu David Wright.
“Ada isyarat mengatakan ada sesuatu di bawah sana,” menurut tweet ABC News.

Sementara itu twitter yang sama turut memaklumkan bahawa pihak Australia juga sudah mendedahkan imej satelit berkenaan yang memaparkan objek berkenaan.

“Baru diterima, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) Australia berkongsi imej satelit berkenaan objek yang dikesan yang mungkin ada kaitan dengan pesawat MH370,” menurut tweet ABC News.
Gambar yang disiarkan pada awal artikel ini ialah objek kedua yang dikesan satelit Australia berkenaan.

2003ImejSatelit

Gambar objek pertama yang dikatakan berukuran 24 meter dilihat terapung di kawasan perairan itu, juga dikongsikan oleh pihak AMSA (Gambar bawah).


2003ObjekAustralia


Kredit To : MYNEWSHUB.MY

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...