Tuesday, 4 March 2014

23 Fakta Mengenai Lelaki Yang Mungkin Wanita Belum Tahu

 
Santai-santai sambil BlogWalking (BW)... Bila dah BW tu banyak la info yang aku dapat. Then aku baca satu blog ini tentang 23 Fakta Mengenai Lelaki Yang Mungkin Wanita Belum Tahu, memang banyakkan fakta tu? So aku list out kan fakta tersebut yang mungkin gadis2, wanita2 atau perempuan2 perlu tahu untuk mengenali lebih dalam tentang lelaki.
  1. Lelaki tertarik dengan wanita bukan dari rupa paras, tetapi dari segi kekemasan penampilan dan kematangannya.
  2. Bila lelaki cakap,”saya tak faham lah dengan awak ni camane” maksud cara wanita berfikir tak sama seperti lelaki.
  3. Lelaki boleh angau dengan senyuman seorang wanita. Ohhh~
  4. Perkara sensitif bagi lelaki adalah bila teman wanitanya selalu menceritakan perihal bekas kekasihnya.
  5. Jangan provok lelaki atau cabar dia dengan mengapi-apikan tentang sesuatu,mesti dia buat punya. Kalau provok benda buruk, lain jadinya.
  6. Bila lelaki berkata,”tinggalkan saya seorang diri” itu bermaksud “saya harap awak boleh ada disisi dan menenangkan saya”
  7. Lelaki tak suka perempuan gedik!
  8. Bagi lelaki, sayang itu tak diluahkan dengan kata-kata tetapi lebih kepada memberi perhatian dan ambil berat terhadap wanita itu.
  9. Kadang-kadang lelaki tiada keputusan yang muktamad. Hahaha.
  10. Lelaki sukakan wanita yang pandai memasak dan buat kek.
  11. Jangan prejudis dan berprasangka terhadap lelaki berkenaan cinta. Bila dia tahu wanita percayakan dia, lelaki akan menjadi begitu serius dalam perhubungan.
  12. Lelaki pun menangis. Erkkkk !
  13. Bila lelaki menelefon wanita atau ingin memulakan perbualan, soalan pertama yang akan ditanya “tengah buat apa? sibuk ke?” atau “ awak dah makan?”
  14. Sebelum mempercayai seorang lelaki, uji lah dia dulu. Tapi jangan berpanjangan,confirm dia bosan dan anggap wanita tak percayakan dia. Lepas tu, say good bye lerr.
  15. Lelaki benci kekotoran di bajunya walaupun kotor tu kecik je. Bagi lelaki,penampilan adalah segalanya.
  16. Lelaki akan cuba membelikan barang yang selalunya wanita suka, tapi biasanya mesti tersalah beli. Tak sama jiwa kot. Hahaha.
  17. Bila lelaki katakan “awak nampak cantik” bermaksud dia sukakan wanita itu.
  18. Bila lelaki minta peluang kedua untuk betulkan kesilapan, berilah ia ruang. Tapi kalau sekali lagi dia buat perangai boleh lupakan je.
  19. Lelaki punya banyak masalah tersimpan yang tidak terlihat dari pandangan mata kasar.
  20. Bila berbual lelaki tiba-tiba terdiam, wanita perlu katakan sesuatu.
  21. Lelaki juga sukakan wanita yang penyayang.
  22. Bila betul-betul serius dalam perhubungan,seorang lelaki akan  menyayangi wanita lebih daripada apa yang anda jangkakan. Dan juga lebih dari cara anda menyayangi lelaki tersebut.
So semua sekali tu korang baca dan faham betul2 ok. Eh kenapa ada 22 je? Tadi kata 23? Yang lagi 1 tu cuba korang tambahkan sendiri ya. Mungkin pandangan korang lagi bernas daripada 22 fakta diatas. 

Kredit To : Putera Dunia

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...