Ini ialah pesawat Boeing 777-2H6(ER) MH370
yang hilang dalam perjalanan ke Beijing pagi Sabtu yang lepas. Pesawat berusia 11
tahun (memulakan operasi 31 Mei 2002) ini mempunyai nombor pendaftaran
9M-MRO dan kali terakhir mendarat di Kuala Lumpur jam 520 petang Jumaat dari Beijing. Pesawat ini adalah salah sebuah dari 15 Boeing 777-200
yang digunakan oleh MAS dalam operasi harian.
Penerbangan MH370 hilang
perhubungan dengan menara kawalan Subang jam 2:41 pagi tadi dan
lokasinya masih belum diketahui. Ia membawa 239 penumpang dan 12 orang
anak kapal. Mari kita doakan mereka semua selamat

No comments:
Post a Comment