Monday, 10 March 2014

Tompokan Minyak Yang Di Temui, Minyak Yang DiGunakan Oleh Tongkang





PASIR PUTEH - Keputusan analisa terhadap tompokan minyak berwarna kuning yang dilaporkan ditemui Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) semalam mendapati ia bukan digunakan mana-mana pesawat udara termasuk MH370.
Ketua Penguatkuasa Maritim Malaysia Wilayah Timur, Datuk Nasir Adam memberitahu demikian keputusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia Petaling Jaya yang diterima pada pukul 5 petang tadi.

"Keputusan adalah negatif. Ia adalah minyak bahan bakar yang digunakan tongkang dan bukan oleh mana-mana pesawat udara," katanya.
Semalam menemui tompokan minyak kekuningan itu pada pukul 11.30 pagi di kedudukan 20 batu nautika dari tempat pesawat MH370 hilang dari radar.
Sampel minyak diambil pada pukul 1.30 tengah hari semalam lalu diserahkan kepada Jabatan Kimia Petaling Jaya untuk dianalisa. - KOSMO!

Hakcipta terpelihara

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...