Friday, 28 February 2014

Maksimumkan Peluang Anda Untuk Hamil.



Mengikut statistiknya, apabila satu pasangan suami dan isteri membuat percubaan untuk memperolehi zuriat, apabila berlakunya persetubuhan intim antara suami dan isteri tersebut tanpa sebarang perlindungan yang boleh menghindarkan kehamilan seperti kondom, hakikatnya hanya 20 peratus sahaja peluang untuk sang isteri mengandung. Manakala, bagi wanita yang berusia dalam linkungan 40-an, peratusan peluang untuk hamil tersebut berkurangan daripada 20 peratus kepada 5 peratus sahaja. Inilah yang kelaziman yan terjadi apabila setiap pasangan yang sudah berumahtangga mencuba dan terus mencuba dalam tempoh masa tertentu tapi masih lagi belum dikurniakan rezeki untuk memperolehi cahayamata. Mula terdetik kebimbangan dalam diri masing-masing apakah diri sendiri atau pasangan mempunyai masalah kesuburan?

KESUBURAN Maksimumkan Peluang Anda Untuk Hamil.

 

Meningkatkan peluang anda untuk kehamilan

Berikut adalah beberapa cadangan untuk memaksimumkan peluang anda untuk hamil :

  • Mengubah gaya hidup dengan mengkaji kecergasan dan diet anda.
  • Merancang masa terbaik untuk hamil.
  • Menyemak sejarah perubatan anda untuk memastikan ia tidak menjadi halangan.
Bagi sesetengah pasangan yang sudah menimang anak, kehamilan bukanlah sesuatu yang sukar kerana mereka dipermudahkan oleh Allah SWT untuk senang mendapat zuriat. Namun, bagi pasangan yang lain, mereka mungkin memerlukan satu tempoh tertentu dan juga beberapa langkah-langkah tambahan untuk mencapai matlamat akhir mereka iaitu mendapatkan zuriat. Jika anda masih tidak mengandung selepas 12 bulan mencuba segala tips yang dipraktikkan atau enam bulan mencuba jika anda usia anda 35 tahun atau lebih, disarankan agar cuba mendapatkan bantuan pakar kesuburan.


Walaupun begitu, mustahak bagi pasangan untuk terus optimis dan cuba untuk tidak berasa bimbang. Ramai yang tidak tahu bahawa kesukaran untuk mengandung sebenarnya adalah satu perkara biasa. Mengikut sumber, kira-kira satu dalam sepuluh pasangan akan mengalami kesukaran untuk hamil. Lazimnya, kebanyakan mereka yang berusaha dan mengikut saranan yang diberikan, inshaAllah akan hamil. Terdapat pelbagai rawatan yang berbeza. Ada yang mudah. Ada lebih kompleks. Setiap usaha yang dilakukan adalah untuk mendekatkan anda dengan matlamat dan meningkatkan peluang anda untuk berjaya hamil.

Penggunaan Suplemen Bagi Tingkatkan Kesuburan Untuk Hamil

omegaguard Maksimumkan Peluang Anda Untuk Hamil.
Anda juga boleh mengambil suplemen tertentu bagi meningkatkan kesuburan suami dan isteri:


1) Zinc Complex
Zink memberi kesan terhadap pelbagai hormon termasuklah hormon seksual, hormone tiroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostat dan tiroid yang tidak aktif . Kekurangan zink juga dikatakan antara sebab kemandulan. Istilah yang digunakan adalah “Below the level of technical sterility”  bermaksud ‘di bawah paras kesuburan’. Ia mempengaruhi bilangan sperma (sperm count) dan pergerakan sperma (sperm motility). Justeru, zink ini memang penting untuk meningkatkan kesuburan.


2) Vitalea 
Pengambilan Vitalea adalah bagi memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian yang diperlukan dapat dipenuhi. Kebiasaanya, pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak fakto dan kekangan. Uniknya, Vitalea atau multivitamin Shaklee mengandungi formula iron yang sangat penting bagi tubuh.


3) B Complex
Memainkan peranan paling penting bagi mengelakkan kemurungan (anti-stress) dan membantu untuk menstabilkan hormon. Vitamin B Complex Shaklee ini turut mengandungi Asid Folik dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.


4) Vitamin E 
Vitamin E membantu meningkatkan hormon seks sama ada untuk  lelaki mahupun wanita. Keunikan Vitamin E Shaklee adalah kerana ianya turut mengandungi silenium berbanding lambakan Vitamin E lain di pasaran yang dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung dalam masa yang sama boleh meningkatkan pengeluaran hormon testosteron.


5) GLA Complex
Berperanan membantu mengatasi masalah haid tidak yang teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. Lebih baik dari Primrose Oil.


6) Alfalfa Complex
Alfalfa ini turut dikenali sebagai vitamin cinta. Ia membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri kerana fungsinya seperti herba Kacip Fatimah.


Apa yang penting adalah bahawa anda dan pasangan sentiasa optimis. Jika ada sebarang masalah, anda perlu berbincang bersama-sama untuk mencari penyelesaian. Berterus-terang dan berbincang akan mengurangkan sebarang stress yang tidak diperlukan dalam situasi ini.


Ingat! Sentiasa berikhtiar. Panjatkanlah doa kepada Allah SWT tanpa putus asa. Jangan putus harapan!


****************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau
Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim 

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...