Saturday, 22 February 2014

9 Rahsia Tidur Si Manja

Sebelum anak-anak melabuhkan di atas katil di malam hari dia seharusnya diajar tentang beberapa panduan atau adab penting sebelum melelapkan mata.

Ini kerana tidur yang sempurna bukan sahaja dapat menyegarkan tubuh ketika bangun tidur keesokan harinya,malah turut membantu dia menjadi seorang yang berakhlak mulia.Berikut adalah antara adab tidur yang perlu diamalkan bagi membantu anak kecil anda memperoleh keberkatan hidup sepanjang hayatnya.





1)Wudhu
- Rutin biasa yang diajar oleh kebanyakkan ibu bapa sebelum membenarkan anak mereka masuk tidur ialah membersihkan diri dengan menggosok gigi dan membasuh kaki.Namun ada baiknya jika anak anda turut dididik sejak kecil untuk mengambil wudhu sebelum tidur.Apabila anggota tubuh bersih,insya-ALLAH tidurnya lebih lena tanpa sebarang gangguan.




2)Berdoa
- Ibu bapa perlu mengajar anak membaca surah-surah lazim seperti yang dilakukan oleh Rasullah sebelum baginda tidur.Antara surah-surahnya ialah Al-Fatihah,Al-Ikhlas,an-Naas,Al-Falaq dan lain-lain.Selain itu ajar anak untuk membaca doa sebelum tidur.Tujuan utama amalan seperti ini ialah untuk menjauhi dia daripada gangguan syaitan sewaktu tidur.

3)Baca Buku
-Mengikut ramai pakar motivasi,masa tidur adalah waktu paling sesuai untuk ibu bapa mendekati anak. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku-buku cerita teladan. Dari situ gunakan kreativiti sendiri untuk menonjolkan mesej-mesej baik daripada cerita berkenaan agar ia dapat dijadikan tonggak hidup si kecil.

4)Bisikan Doa
- Ibubapa digalakkan untuk berdoa ketika anak hampir melelapkan mata.Amalan ini penting kerana dipercayai ketika ini adalah antara waktu-waktu doa mudah di makbulkan.Sambil berdoa usap bubun dikepala anak anda dan ramas lembut jari-jarinya.


5)Ungkapan sayang
-Ketika anak dalam keadaan "tidur-tidur ayam",dengan sepenuh hati katakan anda sayang kepada si manja. Selain itu luahkan apa sahaja puji-pujian agar dia tahu anda sentiasa menyayangi dirinya. Ketika manusia dalam keadaan" tidur-tidur ayam",otak kanan masih bekerja.Jadi apa sahaja yang anda perkatakan ia akan melekat di minda si cilik.

6)Posisi
- Posisi tidur yang baik seperti saranan Rasullahadalah tidur di sisi sebelah kanan(rusuk kanan sebai tumpuan).Sementara itu posisi yang paling perlu dihindari ialah dalam keadaan meniarap.

7)Mohon Maaf
- Jika sebelum si kecil tidur anda tanpa sengaja memarahinya,ambil peluang sebelum dia melelapkan mata untuk minta maaf.Jadikan amalan untuk kedua-dua pihak saling memohon maaf antara satu sama lain.Tidur tanpa meminta maaf dan memaafkan akan menyebabkan dendam itu tersimpan di otak kiri dan dikuathiri ia boleh menjejaskan peribadi anakanda di kemudian hari.

8)Ciuman
- Janganlah membiarkan naka anda tidur tanpa ciuman selamat malam.Biasakan dia untuk bersalam dan mencium anda sebelum lena.Cara sebegini bukan sahaja dapat dijadikan simbol anda sayangkannya malah turut membantu dia tidur dengan nyenyak kerana dia tahu anda sentiasa di sisimya.



9)Doa
- sesudah bangun tidur,si anak hendaklah diasuh untuk sentiasa membaca doa. Amalan ini dapat menyucikan hati dari sifat-sifat negatif.Malah dengan cara sedemikian,ia dapat membersihkan hati kesayangan anda itu daripada perasaan yang tidak baik.

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...