Thursday, 27 February 2014

Surah Al-Kahfi : Tips Untuk Membacanya Pada Malam Jumaat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,



Selain dari Surah Yaasin yang lazim baca baca pada malam Jumaat, Surah Al-Kahfi juga mempunyai Fadhilat yang besar dan disunatkan dibaca pada malam Jumaat.

Tapi agak keberatan untuk membaca surah Al-Kahfi berbanding dengan surah Yaasin oleh kerana surah ini agak panjanf berbanding surah Yaasin.

Oleh itu, berikut adalah beberapa petua yang boleh di amalkan bagi mendapat fadhilat membaca surah Al-Kahfi tersebut :

************

Habiskan membaca Surah Al kahfi dengan cara best dan tidak susah !


Surah Al-Kahfi mempunyai 110 ayat. So kita boleh split kannya kepada 3 bahagian :

[1] Start lepas Maghrib,kita habiskan ayat 1 sampai Ayat 31.
Sebab ayat 32 tu dah masuk cerita lain,nanti tak syok nak follow up baca terjemahan dia kalau tergantung.
Ayat 32 dah masuk cerita pasal dua lelaki dengan kebun tu.

[2] Lepas Isya' kita sambung ayat 32 sampai ayat 59. 

Kalau larat sambung lagi dari 60 sampai 82. Tu dah masuk cerita pasal Nabi Musa dengan Nabi Khidir.

[3] Subuh Jumaat tu kita habiskan je ayat 83 sampai 110 tu. 

Tak ada la semput sangat. Ayat 83 tu start dengan kisah Zulkarnain.

See how it goes lah. Bila split bahagian macam tu tak ada la rasa terkejar sangat. Boleh lah savour maksud ayat dengan baca terjemahan dia sekali untuk each bahagian tu.
Benar, surahnya sedikit panjang dari lazimnya yang kita biasa.
Kita cuba untuk cari jalan dan cari masa


Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...