Wednesday, 26 February 2014

Ibu Menyusu Tak Boleh Makan 9 Makanan Ini...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Hari ini saya nak share tentang makanan yang perlu dielak semasa kita menyusukan bayi kita. Begitu ramai para ibu yang sangat prihatin apa yang boleh makan dan tidak boleh makan ketika mereka hamil. Tapi mereka lupa, terdapat juga satu dietary guidelines yang mereka perlu ikut apabila menyusukan si kecil mereka. Tidak hairanlah jika sesetengah ibu yang menyusukan anak mendapati anak mereka selalu tidak sihat dan mengalami sakit perut. Ini kerana, semuanya berkaitan engan pemakanan yang dimakan oleh para ibu.

 


Bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu bagi memenuhi keperluan pemakanannya, terutama sepanjang tempoh beberapa bulan pertama kehidupannya. Jadi apa saja yang ibu makan dan minum, akan “disalurkan” terus kepada bayi ketika menyusu seterusnya memberikan kesan pada kesihatan bayi. Oleh itu amatlah penting bagi wanita yang menyusukan bayi harus mengamalkan diet pemakanan yang seimbang.
Pelbagai makanan boleh diambil ketika menyusukan si kecil, tetapi ada sesetengah makanan yang dimakan, boleh memudaratkan kesihatan dan perkembangan bayi anda. Salah satu tips yang boleh digunakan untuk track kesan pemakanan ibu terhadap bayi anda ialah untuk adakan diari makanan. Melalui diari makanan, kita dapat mengetahui makanan apa yang memberi tindak balas yang negatif pada bayi anda.

APAKAH MAKANAN YANG PERLU DIELAK?

1. Memakan terlalu banyak buah-buah citrus seperti lemon, limau, oren, dan limau gedang. Ia boleh mengganggu sistem gastro-usus dan salur penghadaman bayi yang belum matang. Bayi yang sensitif terhadap buah citrus dalam susu ibu mungkin mudah mengalami ruam lampin. Makanlah buah-buahan tropikal yang lain seperti buah mangga, jambu batu atau epal atau hadkan pengambilan buah-buah citrus.


2. Makanan laut dengan kandungan merkuri yang tinggi seperti ikan yu, ikan todak dan tenggiri. Tahap merkuri yang tinggi akan menjejaskan otak dan sistem saraf bayi anda. Pilihlah makanan laut yang rendah kandungan merkuri termasuklah udang, salmon, tuna dalam tin, dan ikan air tawar.

3. Memakan makanan yang diketahui mengalami alahan makanan. Bayi mungkin akan mengalami alahan yang sama sehingga mengalami sakit perut, mempunyai masalah tidur, atau gatal-gatal, ruam, dan ekzema atau pernafasan yang berbunyi.

4. Meminum alcohol, bukan saja dilarang dalam Islam tetapi juga boleh dirembeskan ke dalam susu ibu.

5. Pengambilan caffeine dalam minuman. Minuman bercaffeine seperti kopi, teh, minuman ringan, minuman tenaga, dan minuman bercoklat boleh dirembeskan ke dalam susu ibu akan menyebabkan gangguan tidur pada bayi. 


6) Coklat juga mengandungi caffeine yang akan membuatkan bayi kembung perut. Oleh itu, para ibu harus menghadkan pengambilan coklat ketika menyusu.


7) Pengambilan sesetengah sayur seperti kobis, kobis bunga, timun dan brokoli boleh menyebabkan bayi anda kembung perut.

8) Makanan pedas seperti kari, boleh menyebabkan bayi sakit perut, jadi makan dalam jumlah yang terhad. Perhatikan jika bayi anda mengalami sakit perut, cirit-birit atau muntah-muntah, yang mungkin menunjukkan bahawa sistem penghadaman bayi anda yang sensitif tidak boleh menerima makanan ini.


9) Pengambilan makanan yang tinggi lemak tepu dan trans-lemak sangat tidak bagus untuk bayi anda. Ini adalah kerana, lemak tepu dan trans-lemak boleh mengurangkan pengeluaran Omega-3 yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sempurna.

PERLUKAH DIET UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN??

Kebanyakkan wanita selepas bersalin yang begitu teruja ingin menurunkan berat badan mereka. Tetapi bagi mereka yang sedang menyusu perlu merancang untuk menurunkan berat badan secara beransur-ansur dari masa ke masa. Para ibu memerlukan kalori bukan hanya untuk bayi, tetapi juga untuk stamina mereka sendiri apabila menjaga bayi yang baru lahir. Malah, BabyCenter.com menjelaskan bahawa mengurangkan berat badan dengan drastic boleh membebaskan toksin dalam badan yang akhirnya akan diserap di dalam susu ibu. Para ibu hanya perlu makan makanan yang dan lakukan senaman yang sederhana; berat anda akan turun pada kadar yang sihat untuk anda dan bayi anda.

Kredit To : Normeelah

****************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau
Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim 

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...