Monday, 24 February 2014

Khasiat Tomato Dan Petua Kecantikan



Pada entry kali ni saya nak kongsikan khasiat buah tomato. Kalau mase kecik-kecik saya panggil tometo, alah budak-budak kan...tapi memang ade gak yang panggil dengan sebutan tometo dan bukan tomato, dah terbiase kan lidah tu....

Buah tomato ni sedap dimakan itu saje sebagai ulam dan ade yang menggunakan dalam masakan. Tapi korang tau tak apakah khasiat yang terkandung dalam buah tomato itu? Selain tu saya jugak akan kongikan manfaat buah tomato dari segi kecantikan. Wah...yang pompuan-pompuan sukelah tu...


Khasiat Buah Tomato


  • Mengandungi vitamin A, B1 dan C
  • Baik untuk kencing manis
  • Baik untuk mata
  • Baik untuk gangguan usus dan hati
  • Baik untuk gangguan pernafasan
  • Baik untuk ibu yang menyusukan
Mengikut petua orang dulu-dulu, buah tomato jugak banyak memberi manfaat dari segi kecantikan wajah. Antaranya ialah:

Melicinkan dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit dan kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2 atau 3 kali.

Menghaluskan Kulit 
Buah tomato dikisar halus, kemudian lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam. Setelah agak lama, cuci muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato juga berfungsi untuk membersihkan kuit.

Bagi sesesiapa yang ada alergi pada produk-produk yang ada kat luar sana tu, better amalkan cara tradisional je. Selain tu dapat jimatkan kos. Cubalah.....

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...