Friday, 21 February 2014

Tips Nutrisi Untuk Ibu Menyusu



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Wanita mempunyai kemampuan menakjubkan untuk menghasilkan kuantiti yang mencukupi dan kualiti susu ibu untuk menyokong keperluan bayi mereka walaupun mengalami kekurangan zat. Walau bagaimanapun, ibu menyusu perlu melakukan peningkatan jumlah kalori dan nutrien untuk mengekalkan bekalan susu mereka.

Ramai yang beranggapan apabila sudah melahirkan, keperluan nutrisi sudah tidak menjadi keutamaan. Ternyata ramai yang silap. Keperluan pemakanan ibu menyusu adalah sama dengan ibu hamil, ibu menyusu disyorkan untuk terus makan sama seperti bagaimana mereka makan semasa tempoh kehamilan mereka. Malahan, seorang wanita yang menyusu memerlukan 300 hingga 400 kalori sehari lebih daripada kalori yang diperlukan semasa mengandung, dan adalah penting bahawa kalori ini datang dari makanan yang berkhasiat. Ibu menyusu pada kebiasanya akan kehilangan 1 hingga 4 pounds setiap bulan walaupun tanpa menyekat pengambilan kalori mereka.


Tidak diragui lagi, kualiti berkhasiat daripada makanan yang anda makan adalah yang paling utama dalam penyusuan susu ibu. Dengan hanya menambah kalori kosong, seperti yang terdapat dalam makanan yang manis atau makanan ringan, tidak akan membantu anda atau bayi, kata Linda M. Hanna, IBCLC , penyelaras program untuk Laktasi dan Pendidikan pranatal Perkhidmatan di Pusat Perubatan Cedars -Sinai di Los Angeles.

Malah, beliau berkata, jika seorang ibu tidak mengambil makanan berkhasiat yang mencukupi, bilangan “lampin kotor” akan berkurangan, satu petanda bahawa bayi anda mungkin tidak mendapat makanan yang mencukupi.


makanan untuk ibu menyusu


Keperluan Protein
Ketika penyusuan, anda perlu makan 2 hingga 3 hidangan protein setiap hari. Satu hidangan bersamaan dengan 3 hingga 4 auns daging, ikan atau ayam. Sumber protein yang baik termasuk:
  • Daging
  • Ayam
  • Makanan Laut
  • Telur
  • Keju
  • Susu dan yogurt
  • Keju Cottage
  • Tauhu
  • Kekacang
Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) mengesyorkan agar ibu-ibu menyusu untuk tidak makan ikan jerung, ikan todak, ikan kembung raja atau tilefish kerana kandungan merkuri yang tinggi.
Ini akan membantu badan anda untuk membekalkan susu dengan super lemak baik dan hind-milk yang memuaskan pada sesi penghujung penyusuan atau perahan.

Keperluan Kalsium
Pengambilan harian kalsium yang dicadangkan untuk ibu-ibu menyusu adalah 1,300 miligram sehari. Membaca label pemakanan boleh membantu memastikan anda mendapat kalsium yang cukup. Sebagai contoh, satu cawan susu atau yogurt mengandungi 300 miligram kalsium. Walaupun makanan tenusu adalah sumber yang baik, anda tidak semestinya perlu minum susu untuk menghasilkan susu. Sumber-sumber terbaik kalsium adalah:
  • Susu
  • Yogurt
  • Keju keras
  • Kalsium diperkaya jus oren
  • Kalsium diperkaya tauhu

Keperluan Zat Besi
Zat Besi juga penting bagi ibu-ibu menyusu. Jika anda berumur 18 tahun atau lebih muda, anda perlu mendapatkan 10 miligram zat besi setiap hari. Bagi mereka lebih 19 tahun, pengambilan harian yang dicadangkan ialah 9 miligram. Sumber yang baik untuk zat besi termasuk:
  • Daging
  • Ayam
  • Makanan Laut
  • Kekacang
  • Buah-buahan kering
  • Kuning telur

Keperluan Vitamin C 
Ibu-ibu yang menyusukan memerlukan vitamin C lebih daripada yang diperlukan semasa mengandung. Jika anda berumur 18 tahun atau lebih muda, anda perlu mendapatkan 115 miligram vitamin C setiap hari. Manakala jika anda adalah 19 tahun atau lebih tua, anda perlu mendapatkan 120 miligram setiap hari. Sumber vitamin C yang baik termasuk:
  • Buah-buahan sitrus
  • Brokoli
  • Tembikai
  • Kentang
  • Tomato
  • Kiwi
  • Bunga Kubis
  • Kubis

Multivitamin
Ibu yang menyusukan perlu mengambil beberapa jenis multivitamin setiap hari yang mengandungi 100 peratus daripada elaun pemakanan yang disyorkan (RDA). Jika mahu, anda boleh teruskan mengambil vitamin prenatal atau mineral tambahan anda. Walau bagaimanapun, ia mengandungi lebih zat besi daripada yang diperlukan untuk penyusuan. Jika anda mempunyai masalah dengan sembelit atau sakit perut, bertukar kepada multivitamin umum yang mengandungi 100 peratus daripada elaun pemakanan yang disyorkan (RDA).

Keperluan Air
Ketika penyusuan badan anda perlu minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari. Minum segelas air setiap kali anda menyusukan bayi anda. Selain air, cecair lain yang baik adalah jus, susu, broths, teh herba dan sup.

Senaman dan suhu yang tinggi akan meningkatkan keperluan anda untuk cecair. Oleh itu jika anda aktif atau cuaca panas, pastikan anda terhidrat dan minum lebih air.

Mari kita lihat pula bagaimana Set Penyusuan Shaklee membantu dalam melengkapkan nutrisi ibu-ibu menyusu ini. Set Penyusuan 3M ini mengandungi Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP.


Set Penyusuan Shaklee 3M.

a) Vita-Lea Iron Formula
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak. Contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan zat besi bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lagi. Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.

b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, anti stress (sebagai penenang), membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga dan membantu ibu untuk sentiasa berfikiran positif. Ibu yang kurang stress dan tenang, secara automatik penghasilan susu akan menjadi lebih lancar. Sekiranya si ibu mengambil pil perancang memerlukan pengambilan B complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang akan memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. Di samping itu, vitamin B juga dapat menjadikan wajah ibu cantik berseri dan tidak kusam.

c) Vitamin C
Pengambilan vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susu ibu. Di samping itu, bagi ibu-ibu yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah, insya Allah akan cepat sembuh dengan pengambilan vitamin C. Satu lagi kesan pengambilan vitamin C, kulit akan menjadi lebih bersih, cerah & cantik. Vitamin C akan membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Alfalfa
Telah digunakan sekian lama secara tradisi oleh para ibu untuk meningkatkan penghasilan susu. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Alfalfa turut membantu dalam sistem perkumuhan dan membantu membuang angin dalam badan, secara automatik bayi sukar untuk kembung perut.

e) Energizing Soy Protein (ESP)
Mengandungi Isoflavone yang bertindak seperti hormon estrogen, membantu dalam meningkatkan penghasilan susu. Di samping itu Isoflavone melambatkan penuaan, membantu melembap, menggebu dan menganjalkan kulit dan payudara. ESP juga menggandungi protein yang tinggi untuk keperluan bayi anda.

f) Ostematrix

Ianya sangat penting untuk memastikan kesihatan gigi dan tulang anda. Susu yang anda berikan kepada bayi anda mengandungi kalsium yang tinggi. Jika anda tidak mengambil kalsium yang mencukupi, kalsium dari tulang anda akan diserap bagi menghasilkan susu. Lama kelamaan terutamanya ibu yang mempunyai anak ramai, tulang akan menjadi rapuh, gigi rongak, belakang akan membongkok awal dari sepatutnya. Oleh itu, pastikan anda mengambil kalsium yang cukup.

Harga Set Penyusuan 3M ini sangat berbaloi. Cuma RM499.75 untuk kegunaan 4 hingga 6 bulan, iaitu bersamaan dengan RM99.95 sebulan. Walaubagaimanapun, kami menawarkan pilihan kepada anda sekiranya anda mempunyai kekangan kewangan untuk mendapatkan Set Penyusuan 3M ini.

Kredit To : Dzu Amri.

****************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau
Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim 

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...