Sunday, 23 February 2014

Khasiat Susu Ibu Menurut Al-Quran & Kajian Saintifik


Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak daripada hari pertama kelahiran lagi.Banyak kajian membuktikan kelebihan susu ibu berbanding susu buat formula. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi sejak ia dilahirkan kerana ia mempengaruhi pembentukan fizikal dan juga mental anak-anak. Menyusu bayi dengan susu ibu adalah langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat. Begitu agung ciptaan Allah ,sebaik saja bayi dilahirkan proses pengeluaran susu ibu juga bermula.

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu," (Surah Al-Baqarah: 233)


Penyusuan susu ibu perlu diberikan secara eksklusif kerana bayi akan memperoleh kebaikan
yang banyak, jika dia disusui secara eksklusif. Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud,bayi hanya diberikan susu ibu dalam masa enam bulan pertama selepas kelahirannya. Tiadamakanan atau minuman lain diberikan pada bayi dalam tempoh tersebut. Makanan pelengkap hanya dimulakan setelah bayi berumur enam bulan dan ke atas. Penyusuan hendaklah diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun.

Untuk membolehkan penyusuan secara eksklusif selama 6 bulan dicapai, ibu hendaklah mengamalkan perkara-perkara seperti yang berikut :

i) Penyusuan susu ibu perlu dimulakan dalam masa satu jam pertama selepas kelahiran
bayi.
ii) Penyusuan eksklusif, iaitu bayi hanya diberikan susu ibu tanpa sebarang makan atau
minuman walaupun air masak.
iii) Ibu perlu menyusu mengikut kehendak bayi iaitu kekerapan menyusu adalah bergantung
pada permintaan bayi.
iv) Tidak memberikan sebarang botol atau puting tiruan kepada bayi dalam tempoh enam
bulan pertama.
v) Semua jenis cecair tidak digalakkan diberikan kepada bayi kecuali ubat-ubatan atau
rawatan yang diperlukan oleh bayi tersebut


PERBANDINGAN DI ANTARA SUSU IBU DAN SUSU FORMULA



Kredit To : Mama Leesa

****************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau
Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim 

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...