Friday, 21 February 2014

10 Kesilapan Terbesar Dalam Penyusuan Susu Ibu



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Baby breastfeeding

Kini lebih ramai wanita memutuskan untuk menyusukan bayi dengan harapan untuk memberikan bayi mereka dengan semua faedah kesihatan yang datang dari susu ibu, di samping membentuk satu ikatan khas dengan bayi mereka. Kebanyakan wanita memilih susu ibu dengan sikap yang positif dan meletakkan usaha dalam melakukan perkara yang betul. Namun, walaupun dengan semua usaha tersebut, penyusuan susu ibu tidak selalu berjalan mengikut perancangan kita. Jika penyusuan susu ibu tidak bermula dengan baik, ia boleh memberi cabaran yang kadang-kadang sukar untuk diatasi. Sekiranya kita lebih bersedia dan sedar akan kesilapan penyusuan yang biasa dilakukan, seorang ibu diharapkan dapat mengelakkan kesilapan-kesilapan ini dan membuat permulaan yang baik untuk penyusuan susu ibu.

1 BERPISAH DARIPADA BAYI SELEPAS LAHIR
Melainkan ada sebab perubatan untuk berpisah dengan bayi, pastikan bayi sentiasa berada dekat dengan anda; ia adalah salah satu cara terbaik untuk memudahkan penyusuan. Sejurus selepas kelahiran, minta agar bayi diletakkan di atas dada anda. Kemudian, peluk dan amati dia. Dia telah melalui pengalaman yang paling menakjubkan, dan saat ini dia memerlukan denyutan jantung dan suara anda untuk berasa selamat. Perkara ini akan berlarutan dalam beberapa minggu pertama. Sehingga lahir ke bumi, bayi anda berada dalam pelukan 24 jam sehari. Bayangkan jika anda cuma memegang dia 12 jam sehari, ianya telah menjadi separuh dari sebelumnya. Cuba lihat dari sudut bayi pandangan. Dia telah kehilangan separuh dari masa bersama ibunya. Sentiasa berada dengan bayi tidak bererti anda akan memanjakannya!

2 TIDAK MELEKAP DENGAN BETUL
Mulut bayi anda harus terbuka luas supaya bayi anda boleh mengambil bukan sahaja puting tetapi sebahagian besar areola anda juga. Jika bayi tidak melekap dengan betul, dia tidak akan mendapat semua susu yang dia perlukan, manakala anda pula mungkin akan berakhir dengan sakit atau retak pada puting. Sentuh kawasan di antara hidung dan bibir bayi dengan puting anda untuk merangsang bayi untuk membuka mulut seluas mungkin. Kemudian bawa dia ke payudara anda dengan segera. Anda akan terkejut apa melihat perbezaannya.

3 TERTEKAN JIKA PENYUSUAN TIDAK BERJALAN LANCAR
Ingat, anda perlu belajar bagaimana untuk menyusu, begitu juga dengan bayi anda. Jika ianya tidak berjalan seperti yang dirancang, jangan tertekan.
Lumrah alam, si ibu akan berasa bimbang kerana memikirkan itu tanggungjawabnya. Walau bagaimanapun, bayi memerlukan anda untuk bertenang. Perlahan-lahan, tarik nafas dalam, latihan semasa kelas bersalin akan membantu anda. Apabila bayi kecewa, anda perlu bertenang. Bayi anda tidak berada dalam masalah, dia tidak dalam bahaya, dia . . . hanya kecewa. Lebih tenang anda, lebih mudah untuk menenangkan bayi anda.”

Brestfeeding position


4 MENCARI KEDUDUKAN YANG BETUL UNTUK MENYUSUKAN BAYI ANDA
Hari-hari untuk belajar dan amalkan kedudukan ideal untuk penyusuan sudah berlalu. Walaupun kedudukan tertentu; seperti craddle atau football hold, boleh memberi manfaat kepada ramai ibu-ibu, pembelajaran kedudukan penyusuan yang sesuai adalah perkara terakhir yang ibu-ibu baru perlu risaukan. Itu semua adalah satu konsep yang telah ada dalam diri kita. Dapatkan kedudukan selesa di mana anda berada dan kemudian letakkan bayi di atas anda, dengan kepalanya di bawah dagu dan perut menghadap anda anda. Bayi akan bergerak ke arah payudara, dan kemudian secara natural kedua-duanya akan mencari kedudukan yang sesuai untuk anda.

5 TIDAK MENDAPAT SOKONGAN YANG BAIK
Semasa anda hamil, mungkin anda pernah mendengar cerita-cerita seram mengenai kelahiran dari ibu lain, dan sama juga dengan penyusuan susu ibu. Jika anda dikelilingi oleh cerita-cerita negatif, cari sokongan positif, mungkin hanya itu yang anda perlukan untuk penyusuan anda bermula dengan baik.
Jika anda tidak mempunyai kawan-kawan rapat atau keluarga yang mempunyai pengalaman penyusuan yang hebat, dapatkan bantuan daripada kumpulan sokongan susu ibu yang berderkatan. Sokongan ibu kepada ibu adalah sangat penting selepas anda membawa pulang bayi anda.

6 MENYUSUKAN BAYI ANDA MENGIKUT JADUAL
Apabila menyusukan bayi yang baru lahir, si ibu sering cuba untuk menjadualkan penyusuan mereka bagi setiap tiga hingga empat jam atau melihat jam untuk menyusukan bayi mereka. Daripada melihat jam, dinasihatkan supaya cuba untuk ikut isyarat bayi anda. Jika dia lapar, susukan dia, walaupun baru sahaja selesai menyusu. Cuba susukan bayi anda seberapa lama yang mungkin untuk mengosongkan payudara, tetapi jangan terlalu taksub dengan jam. Sesetengah bayi adalah penyusu yang sangat cekap dan boleh mengosongkan payudara anda manakala sesetengah bayi adalah perlahan dan mengambil masa yang lebih lama untuk melakukannya. Ikut isyarat bayi anda. Jika dia masih kelihatan lapar, teruskan menyusui. Jika dia menarik diri dari payudara sebelum waktunya, dia mungkin sudah kenyang. Cuba menyusukan dia lagi kemudian.

7 TERLALU AWAL MEMPERKENALKAN BOTOL ATAU PUTING TIRUAN
Tidak semua ibu-ibu mahu menyusukan secara eksklusif. Walau bagaimanapun, menawarkan formula terlalu cepat boleh mensabotaj hubungan penyusuan anda. Adalah lebih baik untuk menunggu sehingga bayi anda telah dapat menyesuaikan dengan penyusuan susu ibu dan sehingga bekalan susu anda stabil sebelum menawarkan formula atau puting tiruan kepada bayi anda. Kadang-kadang ibu akan memberi formula bayi kerana berfikir bayi mereka tidak mendapat susu yang mencukupi. Bayi selalunya akan menghisap sebotol formula, semata-mata kerana mereka suka menghisap. Bayi boleh menghisap botol sama ada mereka lapar atau tidak. Jika bayi anda mengambil sebotol formula selepas menyusu, ini tidak semestinya menunjukkan bahawa dia lapar. Ia boleh jadi kerana dia hanya menyukai perasaan tenang yang dia perolehi dari menghisap puting botol.

8 MENGHENTIKAN PENYUSUAN KETIKA KEMBALI BEKERJA
Kembali bekerja boleh memberi tekanan kepada semua ibu-ibu baru, tetapi kadang-kadang, ibu-ibu menyusu menghadapi cabaran tambahan; seperti mencari tempat yang tenang, bersih untuk mengepam susu ibu, dan menyelaras waktu rehat sepanjang hari. Jangan berputus asa; ambil tindakan! Berbincang dengan ketua anda mungkin boleh membantu anda. Dia mungkin mempunyai penyelesaian di mana anda boleh mengepam yang mungkin anda tidak tahu. Dan dia mungkin akan lebih memahami apabila anda perlu meninggalkan di mesyuarat.

9 KURANG KEYAKINAN
Kesilapan yang saya adalah sentiasa meragui diri saya tentang keputusan saya mengenai susu ibu,” kata Jennifer M., seorang ibu yang merumuskan pengalamannya cara ini: “Bimbang, gugup, ibu bapa kali pertama + bayi cerewet yang tidak boleh memberitahu apa yang dia mahu = kesengsaraan. Beberapa ketika kemudian, saya sedar betapa montel, gembira dan sihat bayi saya, dan saya berhenti menjadi negatif pada diri sendiri.

10 TERLALU AWAL BERCERAI SUSU
Anda boleh menyusukan selama beberapa hari, minggu, bulan atau tahun; itu semua terpulang kepada anda dan bayi anda. Apa-apa amaun susu ibu mempunyai manfaat untuk anda berdua, dan apabila tiba masanya untuk memberhentikan penyusuan, anda akan tahu. Jenna G., seorang ibu di Boston, berharap untuk menyusukan bayinya selama enam minggu tetapi tidak bercerai susu sehingga dia berumur 3 tahun. “Saya gembira bahawa saya mendengar nasihat ramai orang mengenai cerai susu dan hanya membiarkan ia berlaku secara semula jadi.”

Nikmati hubungan penyusuan susu ibu yang istimewa dengan bayi anda. Sebaik sahaja anda mencari alur anda dan memikirkan apa yang terbaik untuk anda dan bayi anda, satu-satunya “kesilapan” yang anda akan buat adalah bimbang melakukan kesilapan!

Kredit To : Dzu Amri.

****************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau
Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim 

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...