Wednesday 26 February 2014

Komplikasi Kencing Manis / Diabetes

Mari kita tengok apa komplikasi atau kesan buruknya ke atas penghidap kencing manis.




Keadaan kecemasan bagi penyakit kencing manis :-
  • Hipoglisemia ialah apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. Anda akan mengalami sakit kepala, rasa pening, pusing, ketar tangan dan berpeluh. Anda boleh pengsan atau di serang sawan jika kandungan gula anda adalah terlalu rendah.
  • Hiperglisemia adalah apabila tahap gula dalam darah tinggi. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri.
  • Diabetes Ketoacidos ialah keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi. (Ini biasanya bermaksud anda benar-benar kekurangan insulin). Ia juga boleh di hasilkan oleh tekanan, jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan atau kemasukan wad bagi angin ahmar atau sakit jantung. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri.
Akibat dari kandungan gula yang tinggi dalam darah berlaku berpanjangan, ia kan mengakibatkan :
  • Mata - Katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta.
  • Saraf - Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki.
  •  Otak -  Angin ahmar (strok).
  •  Buah pinggang - Kegagalan buah pinggang.
  •  Jantung - Sakit/serangan jantung


Kredit To : Normeelah

****************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau
Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim 

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...