Wednesday, 16 July 2014

Bazar Ramadhan dan Konflik Palestine - Renungkan!!

Bazar Ramadhan dan Konflik Palestine | Renungkan!! |  Majoriti diantara sudah pasti telah pergi ke mana-mana pasar Ramadhan pada bulan ini untuk membeli juadah berbuka puasa. Tapi adakah kita mengambil berat tentang makanan yang kita beli tersebut samada dari segi kebersihan mahupun "keberkatan" makanan tersebut?. 

Pasar Ramadhan | Peringatan | Shaklee | Sg. Buloh | Setiawangsa
Pandangan Biasa Di Bazar Ramadhan

Terawikh | Peringatan | Shaklee | Sg. Buloh | Setiawangsa
Jemaah Di Surau.. Bandingkan....


Suami saya pernah bercerita tentang ke"slamber"an seorang pemuda yang meminum air di dalam bulan Ramadhan ini di sebuah gerai murtabak di  Pasar Ramadhan di Bandar Sg. Buloh. Walaupun beliau dilihat seperti sedikit menyorok ketika meminum air itu tapi ia masih jelas kelihatan di mata pengunjung di Pasar Ramadhan itu.  Pada ketika itu suami tengah mencari juadah yang sesuai untuk berbuka dan murtabak termasuk dalam salah satu list. Tapi bila terlihat kelakuan pemuda itu, terus suami membatalkan niat untuk membeli murtabak.

Alhamdulillah, rupanya tindakan suami itu bertepatan dengan pesanan dari Ustaz Ibrahim Tuan Man yang berkata :

Pasar Ramadhan | Peringatan | Shaklee | Sg. Buloh | Setiawangsa



Elakkan dari ke bazar ramadhan dalam tempoh masa yang lama. Kalau boleh singkatkan masa. Kerana di bazar ini terdapat pelbagai percampuran antara lelaki dan perempuan, orang yang tidak solat, orang yang suka buat maksiat. Dan paling penting, kita mesti titik beratkan isu beli makanan.
Cari penjual makanan yang menutup aurat. Ini bukan soal kuih tu sedap atau tidak, tapi ni soal makanan itu dibuat dari tangan siapa. Jangan beli makanan dari tangan yang fasik untuk berbuka puasa. Jangan beli kuih dari orang yang tidak solat untuk berbuka puasa. Jangan beli kuih dari orang yang derhaka pada Allah untuk berbuka puasa.
8jam kita berpuasa kerana Allah tiba-tiba berbuka puasa dengan makanan yang dibuat oleh orang yang menderhakai Allah. Nauzubillah... Selagi boleh elak, kita cuba untuk elak. Jika tidak, mohon ampun dengan Allah.
Bila kita berpuasa kerana Allah, maka kita harus berbuka puasa dengan rezeki yang diredhai oleh Allah.

Jika mereka sudah mula berniaga dari jam 3 petang, hanya berapa kerat sahaja diantara mereka yang mengerjakan solat Asar??. Semua maklum diantara jam 4-7 petang adalah merupakan waktu puncak bagi pembeli untuk membeli juadah berbuka.Bagi peniaga yang mukmin, pasti mereka akan memulakan perniagaan selepas menunaikan solat Asar. Ingat!!! Rezeki adalah milik Allah... bukan ditentukan oleh manusia...

Jika kita sendiri tidak boleh memboikot peniaga di Pasar Ramadhan yang tidak berpuasa (dan tidak mengerjakan solat) bagaimana pula daya kita untuk memboikot produk-produk yang menyokong Israel yang sedang hebat menyerang dan membunuh saudara kita di Palestine. Mari kita mengambil peranan kita sebagai seorang muslim yang beriman dan bertaqwa.


Gaza | Palestine | Peringatan | Shaklee | Sg. Buloh | Setiawangsa



Wallhua'lam...

7 comments:

  1. sangat bagus entry ni.. :) memberi sedikit pengajaran buat kita,, kalau boleh kita masak sendiri kan3 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang terbaik..
      Untuk diri sendiri, suami dan family tercinta... :)

      Delete
  2. lbh baik juadah berbuka kita buat dgn tgn sendiri . selain terjamin kebersihan dan kehalalannya , dapat juga elak perkara2 yg disebutkan di atas .

    ReplyDelete
  3. Betul tuu. memang benda tu kita tak sedar, tapi, itu lah kebenarannya. :)

    ReplyDelete
  4. betul tu
    ramai kejar untung sampai lupa solat asar
    nice entry :)

    ReplyDelete
  5. ramai orang yang mengejar keuntungan duniawi ..

    ReplyDelete
  6. walaupun jarang ke bazaar ramadhan tapi mcm x best juga nak boikot mereka huhu.. mereka jg manusia. berniaga untuk mencari rezeki yang mana lebih baik daripada mencuri. siapalah kita untuk mengadili mereka. be positif ya.. maybe next time bila terlihat perkara yang tak sesuai di buat waktu bulan puasa ni kita boleh tegur sebagai saudara islam..cara itu lebih baik daripada terus membuat kesimpulan kan? :)

    ReplyDelete

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...