Wednesday, 8 January 2014

Menu Berpantang Bagi Ibu Selepas Bersalin

Secara umumnya, wanita di dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan laut (udang, ketam, sotong) kerana boleh menyebabkan kegatalan pada luka.
Telur boleh menyebabkan luka lambat sembuh dan mungkin bernanah

Ikan yang boleh dimakan adalah dari jenis bersisik (tidak bisa) atau yang tidak menyebabkan kegatalan seperti ikan siakap, haruan (menyembuhkan luka), bawal putih/hitam, gelama dan ikan tenggiri.

Antara sayur-sayuran dan buah-buahan yang tidak dibenarkan adalah seperti kubis, tebu, air kelapa dan buah anggur kerana akan menyebabkan tubuh sejuk atau ‘berangin’.

Jom tengok resepi2 yang boleh mommies semua cuba.
IKAN MASIN LADA HITAM 

Bahannya:
Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
Lada hitam
Caranya:
Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau dan gaulkannya sebati.

DAGING GORENG LADA HITAM

Bahannya:
Daging hihiris halus
Lada hitam secukup rasa
Halia
Bawang besar
Bawang putih
Sos Cili/Cili mesin
Sos tomato
Sos tiram
Kicap pekat
Garam/serbuk perasa
Caranya:
i) Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
ii) Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut. 
iii) Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.

SUP AYAM
Sup ayam hendaklah direbus hanya dengan rempah tumis, lada hitam, garam dan halia yang banyak. Supnya tidak boleh banyak.

SUP KENTANG
Orang berpantang tidak boleh banyak minum air dan makan makanan berminyak. Oleh itu sesekali untuk membasahkan tekak, anda boleh menikmati sup kentang yang dicampurkan dengan suun. Ia direbus hanya menggunakan halia dan lada hitam. Bagaimanapun, supnya tidak boleh banyak.


BUNCIS TUMIS LADA HITAM
Bahan tumis (ditumbuk)
Ikan bilis (secekup)
2 biji bwg merah(kecil)
1 biji bwg putih
1 sudu besar lada itam
Tumiskan bahan yg ditumbuk (dlm 1-2 sudu besar minyak masak) hingga naik bau masukan 1/2 cawan air.....pastu masukkan kacang buncis kacau2 (buncis jgn sampai layu sgt)...siap utk dihidangkan...mudah bangat....

SAWI TUMIS

Tumbuk bwg putih ngan ikan bilis..rebus ngan sawi..sedap gak..

PAPRIK AYAM
Tumbuk bawang merah, putih, halia. halia tu kalo tak suka makan seketul2, tumbuk bia lumat. Ayam potong isi jer. Tumis bawang n halia sampai garing. pastu masukkan ayam. dah agak masak ayam tu,masuk sayur. then masukkan sos cili, sos tomato (Optional), sos tiram, kicap cair. pastu ko letak r garam. aku tak letak pak aji. tapi pakai kiub tanpa msg. letak r seketul kiub ayam. kalo utk pantang, letak sket lada itam. wat syarat. kalo tak ketuk cili api then masukkan.

SARDIN HALIA 
1 tin sadin
2 ulas bwg merah (hiris)
1 ulas bwg putih(hiris)
halia (hiris)
air
garam
panaskan minyak then goreng ikan sadin sampai garing lepas tu angkat..kurangkan minyak..tumis bawang/halia sampai kuning lepas tu campo air sket..dah mendidih masokkan ikan sardin tadi..campo kuah sardin tu sket je


KERABU PEGAGA
Bahan:

1 ikat pegaga..bersihkan dan hiris kecil
1 cawan kelapa muda
bahan tumbuk...
1 s/k lada hitam
3 ulas bawang merah
sikit ikan bilis
garam
cara..
1. tumiskan sikit bahan tumbuk dan kelapa.
2. bila dah agak kering..masukkan pegaga dan tuutup api..
3. kacau rata dan hidangkan..
simple kan...
kalau bukan dalam pantang..boleh tambahkan cili merah..ikut kepedasan yg bolehlah...
memang sedap.....


DAGING BAKAR
Bahan-bahan

300 gm daging lembut
garam
minyak
Cara
1. Gaulkan daging dgn garam dan panggang sehingga amsak.
2. Renjiskan minyak sekali sekala supaya tidak melekat pada pemanggang.

AIR ASAM
4 keping asam gelugor
garam
5 s/k lada hitam tumbuk
sedikit hirisan bawang kecil
Cara gaulkan senua bahan dan rasakan garamnya.


IKAN KERING MASAK HALIA
Bahan-bahan
200 gm ikan kering [isi]
1 cawan santan
3 sm halia
3 ulas bawang putih
2 s/k lada hitam
2 keping asam gelugor
2 sm kunyit hidup
garam[jika perlu]
Cara
1. Bersihkan isi ikan kering dan potong kecil.
2. Masukkan dalam periuk bersma abahn2 lain.
3. Masakkan sehingga kuah pekat.
4. Angkat dan hidangkan bersama nasi.

NASI MENGKUDU
Bahan-bahan
2 cawan beras [basuh dan toskan]
1 batang serai
3 cawan air rebusan daging
1 batang serai [ketukkan]
300 gm daging [rebuskan]
1 s/b serbuk lada hitam
1 s/b kerisek
3 ulas bawang merah [mayangkan]
2 helai daun mengkudu
garam
cara:
1. Bersihkan daging dan rebuskan sehingga lembut.
2. Masukkan beras, serai, air rebusan daging dan garam kedalam periuk dan masakkan saperti biasa.
3. Daun mengkudu di mayangkan halus dan rebus sehingga masak. Perahkan adaunnya sikit supaya kurang pahit.
4. Daging diketukkan dan potong nipis.
5. Campurkan lada hitam, bawang merah, kerisek, dan garam.
6. Gaulkan dengan ansi sehingga rata dan hidangkan


NASI PEGAGA
Bahan-bahan:
3 cawan beras [basuh dan toskan]
3 s/k lada hitam
1 cawan santan pekat [boleh gantiikan dgn susu segar atau susu cair]
3 cawan air
150 gm daun pegaga
sedikit garam
cara:
1. Basuhkan pegaga dan kisarkan. Tapiskan dan ambil airnya.
2. Masakkan beras dengan air pegaga, lada hitam dan garam.
3. Apabila hampir kering tuangkan santan dan amsakkan saperti nasi biasa.

NASI HALIA

Bahan-bahan
3 cawan beras
4 cawan air
100 gm halia [mesin dan tapiskan]
150 gm ikan kurau masin
1 batang serai [ketukkan]
2 s/k lada hitam
2 s/b kerisek
2 s/b air rendaman asam gelugor
2 ulas bawang putih ]
sedikit isi cekur ] tumbukkan
garam
Cara
1. Masukkan beras, serai dan perahan halia dalam periuk dan masakkan saperti nasi biasa.
2, Ikan kurau masin dibakar dan ditumbukkan isinya.
3. Gaulkan ikan tumbuk, kerisek, lada hitam, bawang putih, bawang putih isi cekor dan garam.
4. Bapurkan air rendaman asam keping. Kacau rata.
5. Taburkan atas nasi dan hidangkan supaya dimakan panas2.

SUP IKAN

2 biji bawang merah-diblender
5 biji bawang putih-diblender
3 ibu jari halia-diblender(halia kene banyakkan skit supaya hilang angin di badan)
20 biji lada hitam-diblender
3 ekor ikan merah
2 biji tomato dibelah 4.
setitik serai,setitik lemgkuas
daun sup daun bawang(penting ni untuk bau yg sedap..pembuka selera)
Panaskan sesenduk minyak dlm periuk.Bila minyak sudah panas,masukkan bahan bender semuanya.Setelah garing masukkan air putih sebanyak 2 mangkuk besar.Bila kuah mendidih,masukkan ikan tadi.Tunggu sehingga ikan masak ..baru boleh taruk tomato dan daun daun tadi.Jangan lupa bubuh 1 sudu garam dan sedikit serbuk perasa.Setelah 1 minit,tutup api .Dah masak pun.Senang lagi berkhasiat.

AYAM MASAK BIJAN

Bahan-bahannya
1/2 ekor ayam di buang kulit- di potong dan di bersihkan
4cm halia tua - di hiris
3 sudu makan minyak bijan
1/2 sudu makan kicap manis
Sedikit garam
Air secukupnya
Cara membuatnya
Panaskan minyak bijan dan tumiskan halia sehingga berbau harum. Masukkan ayam dan di kacau hingga rata. Tutup kuali dan dan masak ayam selama 20 minit dengan api yang kecil. Tuangkan sedkit air supaya tidak terlalu kering. Akhir sekali masukkan kicap dan di kacau rata. Bila ayam masak tutupkan api. Tambah garam jika perlu.

SUP IKAN HARUAN
Bahan-bahannya
1 ekor ikan haruan
2 cawan air
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam - di tumbuk
3 ulas bawang merah - di tumbuk
2 ulas bawang putih - di tumbuk
2 cm halia - di tumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Daun bawang dan daun sup di hiris
Cara membuatnya
Ikan di potong dan di bersihkan dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dengan air dan di tos. Panaskan minyak jagung dalam periuk dan tumiskan bahan yang di tumbuk tadi hingga berbau.
Masukkan sedkit air. Apabila mendidih masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih. Akhir sekali masukkan hirisan daun bawang dan daun sup sebagai penambah selera.


SUP SAYUR CAMPUR

Bahan:

3 ulas bawang putih
1 kiub pati rebusan ayam
50 gm suun
40 gm kek ikan
30 gm bunga kobis
30 gm brokoli
30 gm cendawan
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit minyak
Cara:
Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih bersama kek ikan hingga wangi. Masukkan air bersama pati rebusan ayam dan semua sayuran. Biar hingga mendidih. Masukkan suun. Biar selama lima minit sebelum diangkat. Hidangkan.
Petua Orang Tua : Walaupun ada yang mengatakan ibu selepas bersalin tidak digalakkan menikmati makanan berkuah, tetapi harus diingat masalah sembelit mudah berlaku sekiranya mereka hanya ingin mengamalkan makanan kering. Sayur-sayuran tetap diperlukan oleh setiap ibu yang sedang berpantang.

KUCAI GORENG KICAP

Bahan:
1 ikat kucai – dihiris
2 ulas bawang merah – dihirs
3 ulas bawang putih – dhiris
kicap
Cara:
Tumiskan bawang merah dan putih. Masukkan kucai dan kicap.


KARI IKAN HARUAN

Bahan:

1 ekor ikan haruan – dipotong kecil2
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
( dimesin)
1 biji bawang besar- dihiris
1 camt halba campur
1 tangkai daun kari
4 camb serbuk kari ikan
1 camt serbuk cili
1 mangkuk air asam
Cara:
Tumiskan daun kari , halba dan bawang besar yg dihiris. Masukkan bwg yg dimesin, biar sebentar. Masukkan rempah kari dan serbuk cili yg dah dibancuh dengan air. Masak hingga rempah betul2 masak. Masukkan air asam dan ikan Tambahkan garam dan apabila ikan dah masak tutupkan api.


PERIA GORENG KELAPA


Bahan:
5 biji peria kecil/1 biji yg besar – dipotong dan direndamkan dlm air garam
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit kunyit
kelapa parut
Cara:
Tumiskan bawang merah dan bawang putih. Masukkan kunyit dan peria yg telah dipotong. Masukkan kelapa parut dan gorengkan hingga peria lembut sikit tapi jgn terlalu lama.

SUP IKAN TENGGIRI

Bahan:
1 Ketul ikan tenggiri
sedikit minyak bijan
4 ulas bawang putih dicincang
seulas halia diketuk
1 biji tomato
sedikit daun sup
Cara:
Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan. Masukkan air dan tomato. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup. Biar seketika dan tutupkan api.


HARUAN PANGGANG HALIA

Bahan-bahan:

1 ekor ikan haruan
1 biji limau nipis [ambilkan jusnya]
2 s/b minyak
1/2 cawan air
1 s/k cuka
1 helai daun kunyit [mayang halus]
garam
bahan tumbuk
5 ulas bawang putih
6 sm halia
4 sm kunyit hidup
bahan rempah - tumbuk
1 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih
1 s/k lada hitam
Cara:
1. Ikan dibersihkan dan lumurkan jus limau. Basuhkan.
2. Gaulkan ikan dengan sedikit bahan tumbuk. Bakarkan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan separuh lagi bahan tumbuk dan bahan rempah sehingga wangi dan naik minyak.
4. Masukkkan air dan masakkan sehingga mendideh dan pekat.
5. Masukkan cuka dan hirisan daun kunyit.
6. Angkat dan siramkan pada ikan bakar.
7. Hidangkan dan makan semasa panas.


ASAM PEDAS REBUS

Bahan:

2 – 3 ekor ikan kembung
2 sudu besar asam jawa
400ml air
1 batang serai, dititik
garam secukup rasa
Giling:
10 tangkai lada kering
1 sudu kecil belacan
6 ulas bawang merah
Cara:
Cili Kering direbus dan di tumbuk lumat/blander.Jika tidak suka pedas boleh dikurangkan bilangannya. Lumatkan bawang merah dan belacan. Masukkan semua bahan tumbuk dan serai dengan 400ml air asam. Apabila mendidih, masukkan ikan dan garam secukup rasa. Biarkan ikan masak, tutup api dan hidang.
Masakan jenis ini sesuai untuk mereka yang berpantang,cuma jangan dimasukkan cili dan belacan.Gunakan ikan cencaru, ikan bawal, ikan merah dll dari jenis yang tidak gatal

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...