Wednesday 8 January 2014

Penyebab Jerawat Muncul Pada Muka!




Kawasan jerawat muncul pada muka

Kawasan jerawat muncul pada muka

Jerawat muncul pada muka area 1 dan 2:
Ini berkaitan dengan masalah sistem pencernaan dalam badan. Cara penyelesaian, korang disarankan kurangkan makan makanan segera, makanan yang berlemak dan tingkatkan pengambilan air suam sekurang-kurangnya 8 gelas sehari iaitu bersamaan 3 liter air masak.

Jerawat muncul pada muka area 3:
Kalau jerawat kawasan 3 iaitu diantara celah kening. Ia dikaitkan dengan masalah hati. Bukan masalah bab hati dan perasaan tau! Hehe.. Untuk mengatasi masalah ini disarankan untuk korang kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu. Kalau cik tom memang suka sangat makan makan bergoreng. Nampak gayanya kena kurangkan la makan pasni. Hukhuk…

Jerawat muncul pada muka area 4, 5 dan 7:
Jika jerawat muncul pada kawasan 4, 5 dan 7, ianya dikatakan masalah kekurangan air dalam badan. So, korang dah tau masalahnya sebab kurang minum air. Jadi pasni jom sama-sama tambahkan pengambilan air suam. Alamak pasni kerap la masuk toilet nak terkucil. Hehe..
Jerawat muncul pada muka area 6:
Ianya dikaitkan dengan Jantung. Kita kena jaga tekanan darah supaya tak naik tinggi. Antara saranan untuk penyelesaiannya ialah dengan mengurangkan makan makanan pedas dan juga daging. Kemudian tingkatkan pemakanan yang kaya dengan Omega 3. Erk.. daging tue memang salah satu favourite cik tom.. tambah2 lagi makanan pedas baru terbuka selera nak makan.
Jerawat muncul pada muka area 8:
Jerawat yang muncul pada kawasan telinga ini dikaitkan dengan buah pinggang. Ini kerana mungkin kurangnya pengambilan air dan terlebih pengambilan garam dan kafein dalam badan. Sebaiknya ubah gaya hidup kita dengan lebihkan minum air masak dan kurangkan pegambilan garam dan kafein dalam masakan serta minuman seharian.
Jerawat muncul pada muka area 9 dan 10:
Ianya dikaitkan dengan masalah pernafasan. Untuk elakkan masalah pernafasan, sebaiknya elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan pengambilan gula dalam minuman dan makanan serta banyakkan bersenam.
Jerawat muncul pada muka area 11 dan 12:
Penyebab utama jerawat muncul pada kawasan bawah mulut ini ialah hormon dan stress. Pastikan tidur yang secukupnya, lebihkan minum air dan tingkatkan pengambilan sayuran hijau dalam pemakanan.
Jerawat muncul pada muka area 13:
Kalau jerawat korang kerap muncul pada kawasan dagu, ianya dikaitkan dengan masalah usus. Untuk memperbaiki sistem usus dalam badan digalakkan lebihkan makanan berserat dan perbanyakkan minum teh herba.

Jerawat muncul pada muka area 14:
Jerawat yang muncul pada kawasan leher ialah disebabkan penyakit. Badan korang mungkin sedang melawan bakteria untuk menggelakkan ianya dari jatuh sakit. Sebaiknya perbanyakkan berehat dan berfikir positif supaya hidup ceria dan jauhi stress.

Untuk keterangan lanjut sila lawati Link ini.


*******************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau

Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim  

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...