Monday, 20 January 2014

Cara Merancang Dan Melahirkan Zuriat Yang Soleh Dan Solehah


Tidak ada cara mendidik anak yang paling baik dan paling berkesan melainkan dengan cara didikan Islam. Langkah pertama ke arah didikan anak yang sempurna ialah keazaman ibu-bapa itu sendiri untuk kembali menghayati Islam dan menghidupkan Biah Islamiyyah (yakni suasana keislaman) di dalam keluarga dan rumah. Hanya anak yang hidup di dalam suasana keislaman yang dapat menghayati Islam dan seterusnya berjaya dibentuk menjadi anak yang soleh.

“Wahai orang-orang beriman! Sahut dan sambutlah seruan Allah dan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang akan menjadikan kamu hidup sempurna”. (Al-Anfal: 24)


Langkah-langkah yang praktikal untuk melahirkan anak yang Soleh dan Solehah :
  1. Didiklah anak-anak kita mengenali Allah
  2. Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain 
  3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita
  4. Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman). Antara perkara yang dapat kita lakukan untuk tujuan tersebut ialah;
  5. Selalu membaca al-Quran di rumah
  6. Membiasakan solat-solat sunat di rumah
  7. Hidupkan budaya memberi salam
  8. Praktikkan adab-adab Islam di dalam rumah.
  9. Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, mushalla atau surau
  10. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita
  11. Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu
  12. Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan.
  13. Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh
  14. Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita
Insya-Allah dengan melaksanakan langkah-langkah tersebut dengan bersungguh-sungguh dan istiqamah, akan lahirlah di dalam keluarga kita anak-anak soleh yang bukan sahaja dikasihi Allah, tetapi juga menyejukkan mata kita dan menyenangkan masyarakat.



Doa untuk mendapatkan Zuriat..


Doa Nabi Zakaria kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan".
(A-li'Imraan 3:38)
  

  
Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi".
(Al-Anbiyaa' 21:89)


****************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau
Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim 

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...