Entah kenapa
tetiba perasaan ingin menjadi WAHM (working at home mum) semakin
membuak-buak kebelakangan ini. Mungkin penangan daripada bisnes Shaklee
ini, serta dikelilingi oleh ramai kengkawan yang telahpun berjaya
menjadi WAHM hasil daripada bisnes Shaklee. Duduk rumah sambil melihat
anak membesar di depan mata. Seronoknya....
Yang
menghairankannya ialah, sebelum terjebak dengan Shaklee ini, saya memang
seorang yang tak suka duduk di rumah menjaga anak-anak. Bagi saya, saya
akan kebosanan duduk di rumah menjaga anak-anak saya. Rasa macam tak
boleh hidup kalau tidak bekerja.Lagipun X seronok tidak dapat memegang
duit sendiri. Lagipun saya fikir mustahil untuk saya duduk di rumah
menjaga anak-anak saya,dan dapat duit setiap bulan.
Tetapi...Allah
jua yang memegang hati kita kan..Allah melembutkan hati saya untuk
memasang niat menjaga sendiri anak-anak saya..Melihat anak-anak saya
yang semakin besar, membuatkan saya betul-betul teringin mempunyai masa
yang lebih untuk bersama dengan mereka. Setiap hari bila hari bekerja,
balik dari kerja, berapa banyak sangatlah masa saya ada bersama dengan
mereka..Dan beberapa banyak insiden yang membuatkan saya terasa seperti
saya ibu yang gagal dalam menjalankan tanggungjawab sebagai
ibu..contohnya, baju sekolah Aisyah yang telah koyak, sampai sekarang
masih tak sempat-sempat untuk saya jahit..dan juga apabila apabila
Aisyah menghadapi peperiksaan, saya tidak mempunyai masa yang cukup
untuk duduk bersama dia mengulangkaji pelajaran. Sekurang-kurangnya saya
ingin duduk bersama dengan dia untuk menunjukkan sokongan saya
kepadanya..
Apabila
terjebak dengan Shaklee ini, dan melihat ramai yang berjaya mencapai
bonus 4-5 angka, membuatkan saya rasa tidak mustahil untuk saya
kecapinya suatu hari nanti. Dikelilingi dengan kumpulan -kumpulan
Shaklee yang sememangnya supportive, serta pelbagai motivasi serta
amalan-amalan rohani yang diajar oleh mereka. Saya berazam untuk
mencapai bonus 5 angka dalam jangka masa x lebih dari 2 tahun, supaya
saya boleh mempunyai lebih masa dengan anak-anak saya. Supaya saya boleh
sentiasa melihat mereka membesar di depan mata saya...Kita tatau bila
ajal kita kan...Saya hendak appreciate masa yang saya ada bersama dengan
mereka...
Kredit To : Normelah
*******************
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini , saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.
H/P: 019-3131 395 atau
Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim
No comments:
Post a Comment