Monday, 10 February 2014

Tazkiran Ringkas Buat Renungan Bersama





  • Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis, tetapi satu batang mancis juga dapat membakar jutaan pokok.
  • Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif. Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerena itu, setiap kali ada gesekan kecil, Sang mancis terus terbakar. 


  • Kita mempunyai kepala, dan juga otak, jadi kita tidaklah perlu terbakar dgn perasaan marah hanya kerena gesekan kecil. Ketika burung hidup, ia makan ulat, ketika burung mati, ulat pula makan burung
  •  Waktu terus berputar sepanjang zaman sama seperti kitaran kehidupan terus berlaku. Jangan merendahkan siapapun dalam hidup, bukan kerana siapa mereka, tetapi kerana siapa diri kita.



  • Kita mungkin berkuasa hari ini tetapi ADA yg lebih berkuasa daripada kita. Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita. Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi HARTA.

  • Ketika kita tua, kita baru tahu bahawa masih banyak perkara yang belum kita kerjakan dan, setelah di ambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia kerana sibuk hal keduniaan


  • Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA. Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong.
  • Jadilah teman perjalanan hidup yg tanpa banyak soal dan syarat. Sebab semuanya telah tertulis sebelum ianya terjadi seperti yg di ingat oleh Pencipta kita dan surah Al-Hadid ayat 22-24.
  • Apa yang ditanam, itulah yang akan kita tuai...



"Manusia ini ibarat seperti satu botol.... botol yg sama
1. kalau di isi air mineral,harganya RM1++
2. kalau di isi jus, harganya jd RM 8++
3. kalau di isi Madu yaman,akan jd RM200++
4. kalau di isi minyak wangi odd, akan jd RM1000
5. kalau di isi air longkang,ianya akan di buang dalam tong sampah kerana langsung xde harga dan xde siapa yg suka.


Botol yg sama tp harganya berbeza sb isi dalam nya berharga..manusia semua sama, yg membezakan nya adalah iman & amal dalam dirinya yg akan myebabkan dia berharga di sisi ALLAH atau dia di pandang hina oleh ALLAH lalu di buang kedalam neraka.



Fikir-fikirkan lah sebelum kita dipanggil & disoal apa tujuan kita di hidupkan didunia ini. 

Wallahuálam

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...