Wednesday 12 February 2014

Sengsara Sembelit ketika Mengandung

Anda sedang mengandung? Selalu mengalami sembelit? Sembelit ialah masalah biasa semasa hamil. Kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita hamil mengalami sembelit. Ini diakibatkan oleh tekanan oleh uterus anda yang semakin membesar ke atas rektum, serta hormon-hormon kehamilan yang memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman anda. Sesetengah pil zat besi juga boleh membuatkan sembelit menjadi lebih teruk.



Apakah yang boleh saya lakukan mengenainya?

Pertama sekali, perhatikan bila dan bagaimana anda pergi ke tandas. Biasakan diri pergi ke tandas pada kali pertama anda rasa mahu membuang air besar. Waktu awal pagi atau kira-kira satu jam selepas waktu makan adalah masa-masa yang sesuai untuk anda cuba ke tandas. Cuba ambil masa lebih sedikit untuk bersendirian, walaupun ini agak sukar jika anda mempunyai anak-anak lain untuk dijaga.

Kaedah-kaedah lain juga boleh membantu:

  • Awasi diet anda. Pastikan anda minum air secukupnya dan lakukan senaman.
  • Makan makanan berserat tinggi seperti bijirin bijian penuh, roti bijian penuh dan buah-buahan serta sayur-sayuran segar setiap hari. Jika anda tidak biasa makan makanan berserat tinggi, masukkannya ke dalam diet anda secara beransur-ansur untuk mengelakkan anda mengalami kembung dan angin.
  • Minum banyak air atau jus buah-buahan, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Jus prun juga boleh membantu.
  • Bersenam! Berjalan, berenang, menunggang basikal senaman dan yoga kesemuanya boleh membantu mengurangkan sembelit, dan membuatkan anda berasa lebih cergas dan sihat.

Jika anda mengambil suplemen pranatal yang mengandungi zat besi, tanyalah doktor jika ada pilihan lain.

Jangan ambil ubat-ubatan berbentuk julap yang boleh didapati di pasaran tanpa mendapat nasihat daripada doktor anda terlebih dahulu. Jika perubahan pada diet dan gaya hidup tidak membantu, mungkin doktor anda boleh memberi ubat yang selamat diambil semasa hamil.


Adakah sembelit semasa hamil boleh menjadi masalah yang serius?

Sembelit bukanlah satu masalah besar bagi kebanyakan wanita hamil, tetapi jika ia berlarutan, maklumkanlah kepada doktor anda.

Kadang-kala, sembelit boleh menyebabkan buasir. Ini boleh jadi menyakitkan, gatal dan tidak selesa, tetapi boleh dirawat menggunakan krim dan minyak untuk mengurangkan simptomnya. Buasir biasanya reda sendiri tidak lama selepas anda bersalin.




Apa yang Shaklee cadangkan untuk masalah sembelit?

Untuk masalah sembelit, Ostematrix amat disarankan buat ibu mengandung. Ostematrix ialah pil kalsium. Ianya akan membuatkan najis anda lembut, tetapi pengambilan air perlulah mencukupi bagi memastikan tidak sembelit. Seperti mana yang diketahui, sewaktu mengandung, ibu mengandung amat memerlukan kalsium yang mencukupi bagi memastikan bekalan kalsium di hari tua tidak diambil oleh bayi dalam kandungan. Jika anda yang sedang mengandung tidak mengambil Kalsium yang mencukupi, bayi tetap memperolehi kalsium, tetapi badan anda akan kehilangan kalsium dari tulang, gigi dan anda akan mengalami masalah tulang reput, sakit sendi, gigi reput apabila kalsium anda tidak mencukupi.  


 

Kredit To : Mama Darwisy

****************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau
Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim 

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...