Thursday 6 February 2014

Rawatan Resdung : Tiada Kaitan Dengan Ulat Resdung



Percaya atau tidak, segelintir daripada masyarakat Malaysia percaya kewujudan ulat resdung yang dikatakan menjadi punca penyakit resdung. Mereka percaya ulat resdung itu bukan mitos dan ulat resdung itu adalah sejenis parasit yang tinggal dalam rongga hidung seseorang. 

Sekaligus dikatakan menjadi punca seseorang itu berasa gatal-gatal , tak selesa dan hidung selalu tersumbat dan dipenuhi hingus. Hakikatnya, ulat resdung ini tidak wujud dan hanyalah mitos semata-mata. Mesti ada antara kita pernah melihat video di Youtube yang menunjukkan kewujudan ulat resdung yang dikeluarkan daripada hidung semasa merawat penyakit resdung. 

Dari mana datangnya ulat resdung ini jika dakwaan ini adalah mitos semata-mata?

Ulat Resdung Punca Resdung Tiada Kaitan Dengan Ulat Resdung
INI BUKAN GAMBAR ULAT RESDUNG!

Punca Sebenar Resdung

Sebenarnya, ulat resdung ini memang tidak wujud dan daripada mana datangnya ketika rawatan itu juga tidak diketahui. Jika kita memahami dengan betul bagaimanakah punca penyakit resdung ini terjadi maka kita akan faham kenapa ulat resdung itu hanyalah mitos semata-mata kerana daripada kajian-kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan, ulat resdung ini tidak pernah wujud. Pakar Hidung, Telinga dan Tekak Hospital Pakar Perdana, Dr. Mohamad Hamzah menyatakan dalam bidang perubatan moden ‘ulat resdung’ tidak pernah dibuktikan kewujudannya. Ini kerana resdung adalah sejenis penyakit hidung yang berpunca daripada radang pada membran. Sinus pula merujuk kepada rongga dalam tulang muka yang dipenuhi mukosa. Rongga sinus yang tersumbat berisiko menyebabkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Tambahan pula, resdung juga boleh berpunca disebabkan oleh rerambut halus silia dalam rongga sinus yang gagal menyempurnakan tugas untuk melancarkan aliran mukus. Gerak kerja seperti menyelam ataupun berenang juga boleh menjadi faktor penyumbang kepada risiko penyakit resdung.

resdung Punca Resdung Tiada Kaitan Dengan Ulat Resdung

Implikasi Dan Rawatan Yang Disyorkan

Andainya jangkitan ini dibiarkan terus berlarutan, nanah boleh merebak ke mata sehingga mengakibatkan buta selain merebak ke otak. Antara simptom-simptom adalah hidung tersumbat, hingus, deria bau bermasalah, sakit kepala, bau busuk dalam hidung, demam dan muka rasa sakit. Pesakit mungkin mengalami kesan sampingan seperti jangkitan kuman atau nanah merebak ke bahagian tekak, paru-paru, tulang muka dan juga dalam rongga mata yang boleh menyebabkan kecacatan pada deria penglihatan jika lambat menerima rawatan.
Antara komplikasi:
  • Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
  • Alahan hidung atau hidung sensitif
  • Selesema biasa yang melarat.
Jika anda ada simptom-simptom seperti yang dinyatakan ini, jangan berlengah untuk mencuba rawatan alternatif semula jadi. Anda boleh mencuba Set Resdung Shaklee bagi mengatasi masalah resdung anda. Produk Shaklee adalah produk semulajadi dan bebas dadah.


*******************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini , saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau

Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim 

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...