APA perasaan anda jika anda menunggang sebuah motosikal, kemudian elok berhenti di tepi jalan berniaga, tanpa sebarang amaran sebuah kereta datang dari hadapan dan melanggar anda sehingga tercampak?
Pastinya ia akan menjadi antara peristiwa yang tidak anda jangkakan akan berlaku.
Begitulah kisahnya yang
berlaku kepada seorang peniaga bermotosikal yang berniaga Putu Mayam di
sebuah kawasan perumahan yang dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu
seorang wanita.
Video berkenaan dapat
dirakamkan oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sebuah
rumah tempat kejadian berkenaan berlaku.
Rakaman selama 5.21 minit disiarkan dalam laman Facebook Only In Malaysia.
Pada permulaan rakaman,
visual menunjukkan keadaan yang amat tenang di kawasan perumahan
berkenaan tanpa ada kenderaan yang lalu lalang.
Tidak lama selepas itu,
datang seorang penjual Putu Mayam dengan motosikalnya berhenti di tepi
jalan di hadapan rumah yang mempunyai CCTV tadi seperti melihat jika ada
pelanggan yang mahu membeli barangan jualannya.
Tiba-tiba tanpa dia
menyedari, datang satu kereta dari arah hadapan tanpa tanda ingin
berhenti terus sahaja merempuh peniaga tadi sehingga dia terpelanting.
Kasihan kalau tengok cara peniaga itu tercampak ke jalan sebaik dirempuh kereta itu.
Wanita yang memandu
kereta berkenaan kemudian keluar dari keretanya dan kelihatan seperti
menyalahkan penjual Putu Mayam tadi. Kalau dilihat dari keadaan, jika
benar pun peniaga itu menghalang laluan wanita itu sepatutnya boleh
berhenti dahulu dan membunyikan hon.
Bukannya main langgar sampai macam tu sekali.
No comments:
Post a Comment