Tuesday, 18 February 2014

Perubahan Semasa Hamil

Sememangnya apabila kita hamil mesti ada perubahan..lebih-lebih lagi saiz perut. Mestilah, kan baby makin membesar..Selalunya perubahan ini berlaku secara beransur-ansur untuk beri masa pada ibu membuat persediaan untuk menyesuaikan diri..




Jom kita kupas apa perubahannya dan cara nak mengendalikan..Tapi ibu-ibu harus ingat, perubahan setiap kehamilan tidak sama..

PERUBAHAN FIZIKAL


>> Sistem Penghadaman



Apabila kehamilan semakin berkembang, rahim akan membesar untuk menampung bayi yang sedang membesar, dan abdomen juga akan turut mengembang. Rahim akan meningkat dari kawasan pubik semasa awal kehamilan sehingga ke bawah sangkar rusuk semasa akhir kehamilan. Semasa ia membesar, organ yang lain seperti pundi kencing, ginjal, diafragma dan usus akan ditekan dan menyebabkan fungsi organ tersebut terjejas. Apabila semakin menghampiri waktu kelahiran, abdomen kita akan melendut dan kita dapat merasakan bayi bergerak ke bahagian pinggul. Selalunya ia akan mengakibatkan rasa loya dan sembelit.

LOYA – normal yapi tak semua ibu akan mengalaminya..Biasanya ibu akan mula rasa loya dari minggu ke-5 berlarutan sehingga ke minggu ke-15.Rasa loya ni tak menentu tetapi kebanyakkan ibu akan merasa loya pada waktu pagi. Dan ada ibu-ibu yang alah pada bau seperti minyak goring, wangian dan sebagainya, ada juga yang tiba-tiba suka bau pelik..Untuk mengatasi loya, cuba makan beberapa keping biskut kosong pada waktu pagi. Jauhkan diri daripada makanan dan bau yang akan menyebabkan kita berasa loya.

SEMBELIT - Sembelit biasanya berlaku dari awal kehamilan sehingga bulan ke-6. Ini kerana semasa hamil perjalanan usus menjadi lambat dan mengakibat peningkatan hormon progestron. Banyakkan makan buah dan sayur berserat dan minum air masak..baik untuk membantu ibu-ibu mengurang dan menghilangkan sembelit. Kalau dibiarkan mungkin akan menyebabkan buasir dan kadangkala menyebabkan pendarahan..




>> Payudara

Payudara anda semakin membesar.. ini disebabkan penghasilan kelenjar susu akibat dari aras hormon estrogen dan progesteron yang tinggi.Bintik-bintik pada areola mula membesar untuk melembab dan melembutkan kulit. Pada minggu keenam belas kehamilan, kawasan mengelilingi puting akan membesar dan menghitam disebabkan oleh pengaliran darah yang meningkat. Saluran darah dalam kulit juga mungkin bengkak dan lebih kelihatan semasa hamil. Apabila semakin hampir nak bersalin, puting anda akan mula mengeluarkan kolostrum. Payudara anda akan berasa lebih ‘penuh’ dan berat akibat daripada perubahan aras hormon dalam badan. Ia juga mungkin berasa lebih lembut dan sensitif sepanjang kehamilan.Sebaiknya pada masa ini, ibu-ibu dinasihatkan agar jaga ia dengan baik.. Pakai coli yang sesuai untuk menampung buah dada anda. Jika tidak, ia akan akan mudah kendur dan menggelebeh..



>> Bengkak & Penahanan Air

Biasanya di trimester ketiga kehamilan, kita mungkin akan mengalami bengkak pada bahagian kaki dan tapak kaki. Sel tisu badan akan menyimpan lebih banyak air dan lebih tertumpu pada bahagian bawah badan. Ia jadi lebih buruk lagi apabila kita berdiri terlalu lama atau terdedah kepada cuaca panas. Jari anda juga mungkin akan rasa keras dan bengkak, terutamanya pada waktu pagi.

Untuk kurangkan bengkak, ibu-ibu bolehlah baring sambil meninggikan kaki dan cuba membuat senaman tapak kaki yang ringan.. Yang penting banyakkan minum air masak..Jika bengkak semakin teruk, ia mungkin gejala penyakit pre-eclampsia. Sila rujuk doktor anda ya..




>> Ruam
Ibu hamil mungkin akan mengalami ruam di bahagian bawah payudara atau pangkal paha. Keadaan ini adalah biasa terutamanya dalam cuaca panas dan disebabkan oleh kerengsaan yang diakibatkan oleh peluh kulit yang bersentuhan.

Seeloknya pada masa ini, ibu-ibu dinasihatkan menjaga kebersihan di sekitar  kawasan ini.. Pastikan ia sentiasa bersih dan kering untuk elakkan jangkitan kuman dan ruam.. Anda juga dinasihatkan memakai pakaian dari kain kapas yang longgar.




>> Pigmentasi Bertambah

Anda mungkin akan rasa badan panas dan tidak selesa. Mungkin terdapat pigmentasi atau bintik bintik pada kulit. Lebam dan nampak hitam sedikit dari biasa terutama bahagaian wajah dan leher serta perut.

Kesan regangan ini sebenarnya, tiada apa-apa yang boleh dilakukan kerana perubahan hormon dalam badan adalah semulajadi. Pigmentasi sepatutnya akan hilang atau pudar selepas bayi lahir.



Walaubagaimana pun harus di ingat..Tidak semua ibu akan rasa semua perubahan ini dan kadang-kala juga perubahan ketika hamil anak pertama mungkin tidak sama ketika hamil anak ke dua atau seterusnya ada.. Itulah misteri kehamilan yang sungguh istimewa..hanya ibu yang merasainya…

Selain itu, bagi memberikan tenaga semasa hamil, ibu-ibu digalakkan mengambil nutrisi tambahan seperti Set KehamilanShaklee..Semestinya ia baik untuk ibu dan anak..

Kredit To : Sheila Mutalib

****************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini atau ingin menjadi ahli bagi menambahkan sumber pendapatan, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau
Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim 

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...