Tuesday 11 February 2014

Kurang Tidur Punca Gemuk?



Kurang tidur boleh jadikan kita gemuk? Ish. Macam tak logik aje statement ini kan?

Sebenarnya faktor tidur bukanlah sebab utama seseorang itu gemuk. Ada banyak lagi punca gemuk yang popular seperti pemakanan, aktiviti seharian dan genetik. Akan tetapi, terdapat satu kajian yang menunjukkan mereka yang tidur kurang dari 6-7 jam berpotensi mengalami obesiti sebanyak 27%. Mereka yang tidur kurang dari 5 jam pula berpotensi mengalami obesiti sebanyak 73%. (Kajian telah dijalankan kepada 9,000 orang di antara tahun 1982 dan 1984).


Sebenarnya, apabila kita kurang tidur, hormon dalam badan kita akan terganggu. Hormon tersebut adalah hormon leptin dan hormon ghrelin. Apabila kita kurang tidur, badan kita akan mempunyai hormon leptin yang sangat sedikit dan hormon ghrelin yang sangat banyak.


Kaitan Hormon Leptin dan Ghrelin dengan Kegemukan

Hormon Leptin berfungsi dalam kawalan selera makan, metabolisme badan dan pembakaran kalori. Leptin akan beritahu otak kita bila kita kenyang, dan bila kalori boleh mula dibakar. Ia juga beritahu otak kita bila masa sesuai bila tenaga diperlukan oleh badan.

Ketika tidur, paras hormon Leptin meningkat, memberitahu otak kita yang kita banyak tenaga dan tiada rasa lapar dan tiada pembakaran kalori berlaku. Apabila kita kurang tidur, hormon Leptin akan jadi sangat sedikit dan menyebabkan otak kita fikir kita tak cukup tenaga. Otak memberi signal yang kita lapar dan juga merendahkan kadar metabolisme badan.




Satu lagi hormon yang berkait dengan tidur dan kegemukan adalah Hormon Ghrelin. Tugas Ghrelin adalah berbeza dengan Hormon Leptin. Jika Hormon Leptin beritahu kita kenyang dan tak perlu makan, Hormon Ghrelin pula beri isyarat kepada otak supaya kita makan, dan tenaga disimpan sebagai lemak. Apabila tidur terganggu, Hormon Ghrelin akan meningkat dan ini akan menyebabkan kita rasa nak makan sebab otak kita menerima signal seolah-olah kita kekurangan tenaga.

Kurang tidur juga menyebabkan paras hormon tekanan dan kerintangan kepada insulin meningkat. Kedua-dua faktor ini boleh menyebabkan penambahan berat badan. 


Tidur yang baik memberi kesan baik kepada fungsi badan

     1. Cuba amalkan tidur yang cukup (7 hingga 9 jam sehari)

     2. Tingkatkan amalan senaman

     3. Elakkan minum minuman berkafein sebelum tidur.

sumber: http://science.howstuffworks.com/life/sleep-obesity1.htm

Bacaan lanjut : Cara Mendapatkan Tidur yang Lena dengan Vitamin

****************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau
Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim 

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...