Tuesday, 11 February 2014

9 Tanda Bayi Tidak Mendapat Susu Secukupnya


 
Adalah menjadi harapan kepada ibu-ibu yang baru melahirkan untuk memberikan susu ibu secara eksklusif kepada anak yang baru lahir dengan harapan anak akan mendapatkan khasiat susu terbaik dari ibunya. Namun, ada juga ibu-ibu yang keliru macamana nak tahu bayi mereka dapat susu yang cukup atau tidak. Masa awal-awal selepas bersalin, ramai ibu yang ingat susu mereka tiada dan anak takkan dapat susu yang cukup. Mereka tidak tahu tanda bayi mereka dapat cukup susu atau tidak terutama kepada ibu-ibu muda yang baru melahirkan anak pertama.

Berikut adalah 10 tanda yang menunjukkan bayi tidak dapat susu badan secukupnya terutama ketika awal kelahiran.

1. Bayi anda tidak mendapat balik berat lahirnya atau menambahkan berat badan selepas dua minggu.

2. Payu dara anda tidak berasa lebih lembut selepas penyusuan.

3. Bayi anda meragam atau sering letih.

4. Pipi bayi anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. (Ini adalah tanda yang bayi anda tidak menghisap dengan betul dan anda perlu mendapatkan nasihat pakar perunding penyusuan untuk memastikan anda menggunakan teknik yang betul.)

5. Selepas hari kelima kelahiran, anda tidak menyalin lampin bayi anda sebanyak enam hingga lapan kali dalam masa 24 jam.

6. Bayi anda tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya masih berwarna gelap lima hari atau lebih selepas kelahiran.

7. Bayi anda semakin berwarna kekuningan, bukannya semakin kurang, selepas minggu pertama.
8. Muka bayi anda tidak berisi dalam masa tiga minggu.
9. Kulit bayi anda tetap berkerut selepas minggu pertama.
Tanda-tanda bayi mendapat susu secukupnya pula adalah:

1. Bayi anda menyusu lapan hingga 10 kali sehari pada dua atau tiga minggu pertama.

2. Buah dada anda sudah melepaskan susu sepenuhnya dan berasa lebih lembut selepas penyusuan.

3. Kulit bayi anda berasa tegang – ia akan memantul semula apabila dicubit.

4. Sepatutnya terdapat sekurang-kurangnya enam kali tukaran lampin basah dalam masa 24 jam. (Lebih mudah untuk mengetahui lampin biasa yang basah daripada lampin pakai buang yang basah.) Urin bayi anda akan berwarna jernih dan tidak berbau.

5. Kelihatan bayi menelan semasa penyusuan.

6. Najis bayi anda berwarna kuning gelap atau sering gelap, atau najis semakin berwarna cerah pada hari kelima selepas kelahiran.

sumber:http://www.babycenter.com.my

****************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ini, saya adalah wakil pengedar sah anda. Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

H/P: 019-3131 395 atau
Email: ummudd80@gmail.com atau
FB : Hafiza Halim 

No comments:

Post a Comment

Anak-Anak Muslim

Baju Muslimah

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...